Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Ahmad Tamimi Siregar Harap Ada Tempias Sambutan Filem Mat Kilau

Pelakon senior berbakat, Datuk Ahmad Tamimi Siregar kini menjadi watak utama dalam filem terbaru lakonannya, Perjalanan Pertama.

by Arsiqin Yusof
July 12, 2022
Share on Facebook

Pelakon senior berbakat, Datuk Ahmad Tamimi Siregar kini menjadi watak utama dalam filem terbaru lakonannya, Perjalanan Pertama.

Cerita Kekeluargaan Makin Dapat Sambutan

Menurut Tamimi, 72, cerita tentang kekeluargaan seperti yang diketengahkan dalam filem berkenaan semakin mendapat tempat di industri hiburan tempatan mahupun di Indonesia. Dia juga berharap agar fenomena sambutan filem Mat Kilau sedikit sebanyak memberi tempias kepada filem Perjalanan Pertama pula.

“Cerita kekeluargaan sudah mula mendapat tempat, kerana berdasarkan percubaan saya mengarahkan episod berjudul Ayahanda sebelum ini, ia mendapat empat juta tontonan dalam satu siaran.

“Di Malaysia, mungkin selepas kehebatan filem Mat Kilau yang sudah menjangkau RM53 juta kutipan (ketika kenyataan ini diberikan) akan mendapat tempiasnya kepada Perjalanan Pertama yang juga bersifat kekeluargaan,” katanya kepada Murai MY.

Ahmad Tamimi ditemui ketika Majlis Tayangan Perdana Filem Perjalanan Pertama di Epicentrum XXI, Kuningan Jakarta Khamis lalu.

Pertama Kali Pegang Watak Utama

Mengulas tentang pertama kali bergelar watak utama selepas empat puluh tahun terlibat dalam bidang lakonan, Ahmad Tamimi berterima kasih kepada pengarah filem itu iaitu Arief Malinmundo kerana memberi kepercayaan kepadanya.

“Secara jujurnya, umur saya kini sudah 72 tahun, inilah pertama kali saya memegang watak utama dalam filem, sebelum ini tak pernah. Apapun saya ucapkan terima kasih kepada Arief kerana memberi kepercayaan kepada saya walaupun pernah ada ura-ura mahu beri watak ini kepada pelakon lain, tapi Alhamdulillah sudah jadi rezeki saya.

“Mungkin rezeki saya di sini, Alhamdulillah kerana laluan hidup kadang-kadang membuahkan hasil pada akhirnya. Laluan hidup sebelum ini adalah proses untuk berjaya dan jika tidak dapat watak utama pun tidak mengapa.

“Semoga filem ini diterima baik oleh para penonton di Indonesia dan di tanah air Malaysia,” katanya lagi.

Filem Perjalanan Pertama adalah hasil kerjasama dua syarikat produksi iaitu Mahakarya Pictures (Indonesia) dan D’ Ayu Pictures (Malaysia).

Netflix Tak Bunuh Pawagam, Harga Popcorn Yang Buat Orang 'Give Up'

Ia dibintangi dua pelakon utama juga dari dua negara iaitu Ahmad Tamimi dan pelakon kanak-kanak Indonesia, Muzakki Ramdhan.

Perjalanan pertama akan mula menemui penonton Indonesia di pawagam bermula 14 Julai ini, diikuti tayangan di Malaysia pada 18 Ogos.

Filem ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Randy Pangalila, Adinda Thomas dan Gilang Dirga.

filemPerjalanan PertamaTamimi Siregar
https://lomp.at/2svu4
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

A. Aida Anggun Bertudung, Rakan Selebriti & Peminat Titip Rasa Syukur

by Naddy Joe
March 3, 2026

Penerbit terkenal, Datuk A. Aida mencuri perhatian netizen dan rakan selebriti selepas berkongsi penampilan terkininya di media sosial, baru-baru. Menerusi...

Read moreDetails
Lokal

Kamal Adli Sehabis Baik Menjaga Batas Dalam Tempoh Iddah-“Tak Cuba Nak Rapat Dengan Mana-Mana Perempuan..”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Kamal Adli Mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memuatnaik satu hantaran mengenai tempoh iddah. Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli...

Read moreDetails
Lokal

Janna Nick Persoal Sikap ‘Hipokrit’ Netizen?

by Naddy Joe
January 16, 2026

Sebelum ini ramai selebriti mendapat kecaman netizen selepas didakwa mempromosikan produk yang menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin. Terkini, pelakon...

Read moreDetails
Berita

Shima Anuar & Suami Tuntut Hutang RM1.5 Juta!-“Suami Artis Ada, Pegawai Tinggi Kerajaan…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pelakon, Shima Anuar tampil membuat tuntutan hutang terhadap pihak terlibat yang mencecah RM1.5 juta. Shima atau nama penuhnya Noor Hashimah...

Read moreDetails
Bollywood

VIDEO Wajah Terkini Aktres Bollywood Buat Ramai Terdiam, Rani Mukerji Paling Mengejutkan

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Sebuah video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @bollywood_deo baru-baru ini menarik perhatian peminat Bollywood apabila memaparkan wajah terkini pelakon...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore