• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Vanessa Dedah Pernah Hampir Putus Asa, Trofi AIM23 Jadi Pembakar Semangat!

Penyanyi Vanessa Reynauld akui terharu dan gembira apabila diiktiraf sebagai Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) Ahad lalu.

by Arsiqin Yusof
September 13, 2022
Share on Facebook

Penyanyi Vanessa Reynauld akui terharu dan gembira apabila diiktiraf sebagai Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) Ahad lalu.

Menurut Vanessa, sorakan para hadirin meraikan kemenangannya membuatkan dia berasa sebak ketika naik semula ke pentas, usai membuat persembahan menyanyikan single Buat Ku Sempurna.

“Apabila saya dengar nama saya diumumkan oleh penyampai anugerah, ketika itu saya di belakang pentas baru selesai buat persembahan.

“Saya terkejut, sampai di atas pentas rasa macam tak percaya tambahan para hadirin pun bersorak untuk saya, ia membuatkan saya sebak dan emosi,” katanya.

Dalam pada itu Vanessa menambah, trofi anugerah berprestij seperti AIM adalah sangat didambakan selama dia berkecimpung dalam industri hiburan tanah air.

Ia sekaligus menjadi pembakar semangat untuk dia bertahan dan terus berkarya dalam dunia muzik.

“Selama ini saya benar-benar ingin memenangi anugerah untuk bakat saya dan apa yang telah saya sumbangkan terhadap industri juga.

“Malah, saya pernah rasa hampir nak putus asa, tapi bila menerima anugerah ini, saya rasa lebih bersemangat untuk teruskan perjuangan dalam industri hiburan di Malaysia,” katanya lagi.

Tahniah diucapkan kepada Vanessa Reynauld, semoga terus bersinar!

Vanessa Reynauld
https://lomp.at/0e9nd
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Fazura Bersyukur Dapat Tunai Impian Fatima Ke Disneyland Paris

by Naddy Joe
January 5, 2026

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura mencuri perhatian netizen selepas menunaikan impian anak perempuannya, Nur Fatima Aisya untuk bercuti di taman...

Read moreDetails
via Instagram @bellaastillah
Lokal

Comel… Gelagat Ayden Nak Jadi Doktor Curi Perhatian Netizen

by Farah Fatihah
December 23, 2025

Anak sulung Bella Astillah, Ayden atau nama penuhnya Mohamed Ayden Adrean bin Mohammad Aliff, terus mencuri perhatian ramai dengan kepintaran...

Read moreDetails
Lokal

‘Allah Belum Bagi Rezeki Untuk Aisha Dapat Adik Baby..”-Fasha Sandha

by Naddy Joe
February 16, 2026

Perkongsian pelakon, Fasha Sandha mendapat reaksi netizen selepas seolah-olah memberikan bayangan mengenai dirinya yang masih belum diberi rezeki untuk menimang...

Read moreDetails
Foto - @boss_ned (IG)
Lokal

Peminat ‘Approve’ Hubungan Boss Ned & Nadia Brian- “She’s Definitely A Keeper”

by Nurul A.
December 23, 2025

Kebelakangan ini, media sosial menjadi 'rancak' selepas usahawan Boss Ned atau nama sebenarnya Nedim Nazri Aziz, memuat naik gambar mesra...

Read moreDetails
Foto - @nadia.brian (IG)
Lokal

Anggun Dalam Gaun Unggu, Kenapa Penampilan Nadia Brian Tuai Kecaman?

by Nurul A.
December 30, 2025

Majlis resepsi pelakon-penyanyi Erra Fazira dan usahawan Ezwan Zain yang diadakan di Hyatt Regency Kuala Lumpur baru-baru ini terus menjadi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    [VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

  3. 3

    Didakwa Halang Pengguna Kerusi Roda Masuk Premis, Tindakan Butik Undang Perdebatan

  4. 4

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  5. 5

    RM17 Juta ‘Ang Pow’ Kerajaan Johor Untuk Komuniti Cina Sempena Tahun Baharu Cina 2026

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore