Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Malaysia

“Menjijikkan!”- Selebriti Beri Respon Selepas Pelajar ‘Diarah’ Bayar RM1 Juta

by Soph Azz
August 5, 2021
Share on Facebook

Belum selesai kes gurauan seorang guru mengenai rogol, pelajar Ain Husniza Saiful Nizam, 17, mendedahkan dia telah menerima surat tuntutan RM1 juta.

‘Diarah’ Bayar Atas Alasan Fitnah

Ain Husniza mendedahkan surat tuntutan yang diterimanya itu telah meminta dia untuk membayar jumlah RM1 juta dalam tempoh tujuh hari. Tambahnya, tuntutan itu sebagai ganti rugi terhadap kenyataan yang dibuat terhadap guru tersebut.

Foto – Twitter

“Harini Ain tiba-tiba terima surat tuntutan atas “pernyataan-pernyataan fitnah”. Dalam surat ini Ain diberi 7 hari untuk semua tuntutan ini. Antaranya untuk membayar RM 1juta dalam ganti rugi.

Ain minta semua doakan urusan Ain dipermudahkan”, dedahnya.

Walau bagaimanapun, Ain tidak menyatakan secara terperinci tentang tuntutan lain yang difailkan oleh guru berkenaan terhadapnya.

Foto – Twitter

Selebriti Beri Respon 

Melihat tuntutan yang dibuat oleh seorang guru yang bergurau tentang rogol telah menarik perhatian beberapa selebriti termasuklah pelakon Ida Nerina dan model Alicia Amin.

Berkongsi di Instagram, pelakon Ida Nerina mendedahkan guru terbabit sepatutnya membayar jumlah berkenaan terhadap Ain. Ujarnya, tuntutan tersebut perlu diberikan kepadanya kembali memandangkan dia telah mengancam keselamatan dan kepercayaan pelajar itu.

Foto – @theidanerina (Instagram)

“Saya sangat marah! Dia yang sepatutnya membayar RM1 juta kerana mengkhianati kepercayaan dan keselamatan pelajar. Kerja sampai mati pun takkan dapat 1M kot. Dia cikgu kayangan ke apa?”, luah Ida.

Manakala pelakon dan model, Alicia Amin pula mengatakan dia tidak mempercayai bahawa situasi ini akan berlaku. Malah dia berkongsi beberapa screenshots di Twitter yang menunjukkan tiada sebarang tindakan terhadap guru tersebut.

Topik Berkaitan Alicia Amin Pertahan Meerqeen Yang Dikecam Makin Berisi?
Foto – @hangriii (Instagram)

“Sukar dipercayai! Ya Tuhan, ini memang membuatkan saya naik marah.”

Sekadar info, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkongsi guru terbabit tidak akan diambil tindakan lanjut memandangkan pihaknya menerima notis tiada tindakan lanjut (NFA).

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ain husnizaalicia aminida nerina
Share3Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  5. 5

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara