Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Aina Abdul Mohon Peminat Supaya Jangan Bergaduh Serta Membandingkannya Dengan Tokti

by Jash Lee
April 12, 2023
Share on Facebook

Penyanyi tersohor negara, Aina Abdul nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana namanya sering disebut-sebutkan dalam industri muzik masa kini. Dari naib juara Mentor hingga menjadi Juara dalam AJL melonjakkan lagi nama Aina ke tahap yang lebih tinggi serta meluaskan lagi rezekinya di dalam serta luar negara.

Jika Tiada Tokti Maka Tiadalah Saya

Aina juga mempunyai kelab peminatnya sendiri bagi membantunya untuk memberi semangat ketika melakukan konsert atau menyertai mana-mana pertandingan.

Namun selepas sahaja AIna memenangi banyak pertandingan termasuklah AJL, ada segelintir individu dari kelab peminatnya yang tidak bertanggungjawab memperlagakan Aina dengan penyanyi no 1 negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Dengan mengatakan bahawa Aina lebih menyerlah berbanding Tokti namun sebaliknya juga ada yang mengatakan Tokti lebih menyerlah berbanding Aina, perkara tersebut menyebabkan pergaduhan antara dua kelab peminat itu.

VIA instagram

Baru-baru ini, di sidang media Big Stage, Aina mengambil kesempatan untuk memperjelaskan segalanya dan meminta untuk tidak bergaduh siapa yang lebih hebat atau apa-apa pun.

“Saya banyak kali cakap dengan semua orang, tanpa Dato Siti saya pun takda dekat sini, sebabnya Aina sangat mengagumi beliau, jadi saya banyak belajar dari apa yang dipersembahkan oleh Dato Siti di tahun-tahun sebelum ini. Jadi saya cuba yang terbaik untuk menjadi versi diri saya supaya orang tak rasa saya macam nak tiru Dato Siti atau nak melawannya.”-kata Aina

“Nama Dato Siti bukanlah nama yang kecik malah nama itu wujud semasa saya masih sekolah rendah lagi, saya budak hingusan sangat,beliau dah menyanyi di AJL menerusi lagu jerat percintaan. jadi apa-apa perbandingan saya terima je saya dah lali.”-tambah Aina.

@sitizoner

Sokong industri muzik Malaysia #fyp

♬ bunyi asal – Sitizoner – Sitizoner

Tambah Aina lagi, dia tidak mahu perbandingan yang dibuat dari kelab peminat masing-masing akan menjejaskan hubungannya dengan Tokti.

Saya dengan Tokti sebenarnya ok saja, so far alhamdulillah kita semakin rapat so okay jelah takde apa2″-kata Aina

@sitizoner

Membalas kepada @AinaxVocals #fyp

♬ bunyi asal – Sitizoner – Sitizoner

Menyokong seseorang selebriti itu adalah bagus namun jangan sampai merendahkan artis lain demi untuk menaikkan nama selebriti yang kita minat. Apa-apa pun, MURAI MY memang peminat Aina dan Tokti, tak perlu untuk membandingkan siapa diantara mereka yang lebih hebat kerana masing-masing hebat dengan cara tersendiri. Kita cuma perlu menerima dan nikmati karya yang ingin disampaikan oleh mereka.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aina abdulDato Sri Siti Nurhalizatokti
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara