Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Bimbang Dengan Virus Covid-19 Atau Varian Delta 2? Penulen Udara Ini Boleh Membantu

by Phic ARMAN
October 15, 2021
Share on Facebook

Dalam usaha melindungi rakyat Malaysia daripada Covid-19 secara berterusan, jenama kelengkapan rumah terkemuka dari Korea Selatan, SK magic, mengumumkan pelancaran penulen udara terbaharunya, All Clean Virus Fit, sekali gus mengembangkan rangkaian produk SK magic yang berteknologi canggih. Inovasi terbaharu ini telah didaftarkan sebagai peralatan kesihatan dan perubatan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah AS (USFDA) 1 dan mampu menyingkirkan 99.99% virus Covid-19 termasuk varian Delta 2 .

Ia juga mampu menyingkirkan bahan pencemar udara yang biasa ditemui dalam ruang tertutup seperti bakteria, virus, kulat dan habuk yang dapat mencetuskan masalah kesihatan. Bagi menghadapi fasa endemik, langkah keselamatan dan kebersihan tetap menjadi keutamaan. Setakat ini, banyak perkara yang telah kita pelajari, dan kita sedar sistem imun amat penting dalam melawan Covid-19.

Selain sanitasi kendiri, pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial di tempat awam, langkah berjaga-jaga di rumah seperti kualiti udara dalam rumah juga wajar dititikberatkan. Justeru, penting untuk kita membuat pilihan bijak bagi memastikan udara yang kita hirup di rumah adalah bersih dan segar.

Pelakon Korea Popular Park Seo-joon Bersama All Clean Virus Fit SK magic

“Di SK magic, kami sentiasa mencabar diri dan mencari penyelesaian inovatif bagi membudayakan gaya hidup yang sihat dan berkualiti menerusi produk kami. Sejak tercetusnya pandemik, kami giat membangkitkan kesedaran tentang kepentingan air dan udara yang bersih. Salah satunya melalui program CSR SKmagicCares baru-baru ini, kami turut menyumbang sebilangan penulen udara dan air ke pusat vaksin Covid-19, Hospital dan pusat beli-belah dengan tujuan memberi akses udara serta air yang bersih kepada rakyat Malaysia. Bagi mencapai matlamat ini, kami berbesar hati memperkenalkan penulen udara All Clean Virus Fit bagi membebaskan kediaman rakyat Malaysia daripada virus Covid-19 termasuk varian Delta 3 .

Seperti semua produk kami, All Clean Virus Fit dilengkapi teknologi serba canggih dan reka bentuk yang sofistikated pada harga berpatutan bagi memenuhi keperluan dan keutamaan pelanggan kami,” kata Kim Kyung Won, Pengarah Urusan SK magic Malaysia.

All Clean Virus Fit SK magic bukan sahaja dapat menyingkirkan pelbagai bahan pencemar udara berbahaya dari kawasan tertutup, lebih penting, ia dapat menghilangkan 99.99% virus Covid-19 termasuk varian Delta, Koronavirus Manusia dan virus H1N1 4 menerusi fungsi pensterilan UV Arc Core yang terbukti, serta sistem penapisan lapan langkah yang menerapkan kecanggihan Penapis Habuk Gentian Tembaga Ultra Halus. Bagi menjamin perlindungan menyeluruh, All Clean Virus Fit juga dilengkapi ciri sedutan pintar 360° dari pelbagai arah.

Menyedari kepentingan penjarakan sosial, SK magic juga menawarkan pilihan perkhidmatan tanpa sentuh kepada pelanggan dengan menyediakan inovasi penyelenggaraan produk secara jarak jauh. All Clean Virus Fit mudah dibuka dengan ventilasi dan kipas yang boleh dicuci, sekali gus memudahkan kerja pembersihan dan penyelenggaraan.

Penulen udara All Clean Virus Fit berdaftar dengan Pentadbiran Makanan dan Dadah AS (USFDA) 5 ini berkesan untuk pengguna yang mengalami masalah pernafasan atau alahan, sebagai peralatan kesihatan dan perubatan bagi membantu mereka bernafas lebih baik di tempat tertutup, di samping meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan pengguna. Penulen udara All Clean dapat disewa dengan harga pengenalan serendah RM79 setiap bulan, manakala All Clean Virus Fit boleh dinikmati pada hanya RM99 setiap bulan mulai 1 Oktober 2021. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web rasmi SK magic Malaysia di www.skmagic.com.my atau laman Facebook di facebook.com/myskmagic.

park seo joonSK magic
https://lomp.at/wr4tr
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Bahang JAECOO J5 Makin Terasa, Tawar Pakej Early Bird RM8,888

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, kehadiran JAECOO J5 kini semakin menghampiri detik pentingnya. MURAI melihat OMODA...

Read moreDetails
LifeXplore

HUAWEI Mate X7 Rasmi di Malaysia, Telefon Lipat Premium Yang Lebih Praktikal

by Naja Nix
January 21, 2026

Semalam HUAWEI secara rasmi memperkenalkan HUAWEI Mate X7 di Malaysia, sekaligus menetapkan penanda aras baharu dalam kategori telefon pintar boleh...

Read moreDetails
Korporat

Ramai Terkejut! ShopeePay Kini Miliki Limit Tertinggi RM30,000

by Phic ARMAN
January 25, 2026

MURAI baru sahaja menerima satu berita yang cukup menggembirakan buat geng pengguna tegar ShopeePay. Platform dompet digital itu kini meningkatkan...

Read moreDetails
LifeXplore

ShopeePay Money+ Baru Dilancarkan: 5 Perkara Penting Sebelum Anda Mahu Melabur

by Phic ARMAN
January 27, 2026

ShopeePay baru saja melancarkan Money+, ciri pelaburan baharu yang membolehkan pengguna mula melabur dengan serendah RM10 sambil menikmati pulangan harian....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara