Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

AirAsia Travel Fair 2025: Tawar Pelbagai Destinasi Antarabangsa & Domestik Menarik Untuk Kamu!

by Nurul A.
August 25, 2025
Foto - AirAsia

Foto - AirAsia

Share on Facebook

Syarikat penerbangan AirAsia telah mengadakan AirAsia Travel Fair 2025, menawarkan pelbagai tawaran istimewa kepada pelancong yang bijak. Berlangsung selama tiga hari (22-24 Ogos 2025) di Exhibition Centre, Pavilion Bukit Jalil, pameran pelancongan ini menghimpunkan para pengembara, ejen pelancongan, lembaga pelancongan dan rakan industri di bawah satu bumbung.

Pengunjung ditawarkan lebih 1000 pakej pelancongan berdiskaun dan pilihan luas destinasi antarabangsa dan domestik menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Menariknya kali  ini, AirAsia Travel Fair 2025 bukan sahaja mempromosikan rangkaian AirAsia, malah turut menawarkan pakej menarik daripada ejen pelancongan lain. Dengan menyatukan ekosistem pelancongan yang lebih luas, para pengembara dapat menikmati lebih banyak pilihan sambil memperkukuh peranan Kuala Lumpur sebagai pintu masuk utama bagi pelancongan ke luar negara dan dalam negara.

“Tahun ini kami telah menyambung semula lima laluan dan melancarkan 25 laluan baharu, selaras dengan komitmen untuk membuka lebih banyak perjalanan kepada semua. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 2) kini berfungsi sebagai hab mega, menghubungkan bandar-bandar utama di seluruh Asean dan meletakkan Malaysia pada kedudukan strategik sebagai pintu masuk utama pelancong serantau dan antarabangsa”, kongsi Amanda Woo, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia.

Foto – AirAsia

Selain itu, salah satu kemuncak AirAsia Travel Fair 2025 ialah diskaun luar biasa untuk penerbangan AirAsia, menawarkan potongan sehingga 35 peratus untuk laluan terpilih.

Laluan baharu seperti Kuala Lumpur–Tashkent, Istanbul, Palembang, Semarang, Banjarmasin dan Darwin pula telah memperkukuh kedudukan Kuala Lumpur sebagai hab penerbangan utama.

Bukan itu sahaja, rangkaian AirAsia yang merangkumi lebih 130 destinasi di seluruh Asia, Australia, Asia Tengah dan Timur Tengah kini lebih mudah diakses dengan tawaran eksklusif ini. 

Topik Berkaitan Ada Apa Dengan Banjarmasin? AirAsia Buka Laluan Terus Dari Kuala Lumpur

Sepanjang tiga hari berlangsungnya pameran pelancongan ini, lebih 700 hadiah penerbangan disediakan untuk dimenangi, membolehkan pengunjung berpeluang memenangi penerbangan percuma ke beberapa destinasi paling popular AirAsia dan 100 pelanggan pertama diberi baucar tunai RM100. 

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
airasiaairasia travel fair 2025pavilion bukit jalil
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Star Voyager
Destinasi

StarCruises Kembali ke Hong Kong bersama Star Voyager untuk Percutian Pelayaran Musim Luruh

by Nurul A.
July 19, 2026

StarCruises bawa kembali musim percutian pelayaran ke Hong Kong apabila Star Voyager kembali dari 30 September hingga 13 November 2026....

Read moreDetails
Bintan
Destinasi

Satu Pulau, Dua Resort Marriott- Ini Cara Terbaik Untuk Teroka Pulau Bintan

by Nurul A.
July 31, 2026

Bintan telah lama diiktiraf sebagai salah satu destinasi pulau yang paling mudah diakses di Asia Tenggara, semuanya hanya dengan menaiki...

Read moreDetails
Le Méridien Putrajaya
Hotel

Ulang Tahun Ke-10, Le Méridien Putrajaya Tawar Penginapan Terpilih & Pengalaman Kulinari

by Nurul A.
August 20, 2026

Le Méridien Putrajaya menandakan ulang tahun ke-10nya dengan koleksi tawaran penginapan dan santapan terhad dari Ogos hingga September ini. Diinspirasikan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Publisiti Jer! 3 Kes Skandal Selebriti Ini Guna Modus Operandi Yang Sama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara