Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

[VIDEO] Tangkap, Bakar, & Makan! Memancing Atas Tasik Beku Di Korea Ini Harus Ada Dalam ‘Bucket List’ Anda

by Phic ARMAN
January 26, 2024
Share on Facebook

Ice Fishing atau memancing di atas ais sememang sesuatu aktiviti tidak mungkin berlaku di Malaysia. Ini kerana aktiviti memancing ini hanya di negara yang bermusim sejuk atau salji, seperti Amerika Syarikat, Benua Eropah, Korea Selatan, Jepun dan negara lain di dunia.

Bukan semudah yang disangka! Memancing di atas ais sememangnya memerlukan fizikal yang kuat seperti mampu menahan cuaca sejuk yang lama.

Jadi jom ke Hwacheon, sebuah bandar terpencil di wilayah timur laut Gangwon, Korea.  Apabila musim sejuk tiba, sekumpulan pemancing di sini melepaskan hobi mereka memancing di tasik beku.

Sama seperti tahun-tahun terdahulu, kali Pesta Ais Hwacheon Sancheoneo 2024  berlangsung selama 23 hari hingga 28 Januari di Hwacheon. Di sini ramai akan menangkap ikan jeni Sancheoneo iaitu spesies ikan trout yang diketahui hanya hidup dalam air tawar yang sangat bersih.

Penganjur berkata, tahun ini mereka telah untuk melepaskan 160 tan sancheoneo ke dalam sungai beku seluas 61,654 meter persegi semasa perayaan tahun ini. Mereka juga  membuka kawasan perikanan dan rehat warga asing sahaja, menjangkakan kira-kira 100,000 pelancong asing tahun ini.

Kalau anda nak tahu, Sukan Olimpik Remaja Musim Sejuk 2024 telah diadakan di Pyeongchang, Gangwon. Baru-baru ini, AirAsia X mempelawa kami untuk rasai sendiri pengalaman musim sejuk di Gangwon dan ada banyak tempat menarik yang kami pergi.

MURAI MY bertuah kerana berpeluang menikmati pengalaman ini dan kami percaya memancing di atas ais harus ada dalam ‘BucketList’ anda.

MURAI MY dijemput oleh AAX (AirAsiaX) dan Korea Tourism Organization dengan kerjasama Gangwon State . Kami di bawa meneroka musim sejuk yang menakjubkan di wilayah timur laut Korea Selatan itu selama 8 hari. Antara tempat menarik yang dikunjungi seperti, Nami Island, Samaksan Cable Car, Alpaca World , Oak Valley Ski dan banyak lagi.

Kenapa Ramai Sangat Orang Malaysia Pilih Korea Selatan Untuk Melancong?

Pesta Ais Hwacheon Sancheoneo 2024

Aktiviti di mulakan dengan membuat lubang di tengah lapisan ais tebal yang menutupi permukaan tasik. Walaupun udaranya sejuk dan kadangkala membuatkan tangan terasa beku, kami tetap seronok menikmati hobi ini.

Memancing ais sangat popular di kalangan beberapa orang Korea. Bagi penduduk yang biasa dengan udara sejuk, memancing ais sudah menjadi budaya tersendiri. Namun, hobi ini juga boleh dijadikan perniagaan yang menguntungkan untuk menjual peralatan memancing ais, daripada peralatan memancing sehinggalah pemanas yang menghangatkan badan pemancing.

Terdapat banyak lubang di lokasi untuk kami memancing dan petugas di sini akan membantu anda ketika menangkap ikan.

Selepas memancing, anda boleh menikmati ikan bakar anda yang baru ditangkap dan ketahui bagaimana rasanya selepas itu!

Selepas itu, luangkan sedikit masa mencuba pelbagai aktiviti ais yang ditawarkan seperti naik eretan, bobsledding, bola sepak ais, luncur ais dan banyak lagi keseronokan musim sejuk.

Kami sangat menikmati perjalanan ini sangat disyorkan. Anda boleh menangkap seberapa banyak ikan yang anda boleh dan hanya boleh dihidangkan seekor ikan setiap orang semasa waktu bbq. Siapa sangka ikan sancheoneo ini segar dan lazat.

Semasa melawat festival ais, pastikan andatidak melepskan melihat arca salji gergasi yang dikatakan terbesar di dunia. Terdapat banyak arca ais besar dengan lampu berwarna-warni di dalamnya. Saya sangat seronok menuruni gelongsor ais gergasi. Ini adalah projek bersama antara Pesta Ais Hwacheon Sancheoneo dan Pesta Tanglung Ais Harbin di Harbin, Wilayah Heilongjiang, jauh di utara China. Kedua-dua perayaan ini adalah sebahagian daripada empat festival musim sejuk terbaik di dunia.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Harga Pakej

Menurut tinjauan kami, anda boleh memesan pakej memancing ini menerusi laman Klook dengan yuran penyertaannya ialah RM150 untuk setiap orang. Harga ini termasuk kemudahan kemudahan pemindahan bas ulang-alik ke/dari Seoul.

Kalau anda mahu bercuti ke Korea musim sejuk ni, boleh tempah tiket melalui AirAsia sekarang. AirAsia ada penerbangan terus ke Seoul, Busan dan Pulau Jeju. Yang penting, harga yang mereka tawarkan sangat berpatutan.

airasiaXGangwonHwacheonkoreaKorea Tourism Organization
https://lomp.at/ikpaa
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Destinasi

Buffet Ramadan Di LEGOLAND Hotel Hidang Lebih 200 Menu Pikat Seisi Keluarga

by Ayu Kamaruddin
January 29, 2026

Bila sebut buffet Ramadan, kebiasaannya orang akan cari yang lengkap, selesa dan sesuai untuk seisi keluarga. Menariknya tahun ini, LEGOLAND...

Read moreDetails
Hotel

Tak Payah Terbang! Rasa Yogyakarta Datang Terus Ke Penang Marriott Hotel

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Ada satu benda MURAI percaya… kalau bau rempah dah sampai dulu sebelum kita nampak makanan, confirm malam itu tak akan...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Misteri Kepala Medusa Mengiring ‘Disembunyikan’ Di Bawah Hagia Sophia Selama 1,500 Tahun

by Phic ARMAN
January 6, 2026

Bulan November 2025 lalu, Istanbul menyambut rombongan media Malaysia dengan tangan terbuka… dan sedikit kabus misteri. Kami tiba dengan penerbangan...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Vietjet Perkenal Diskaun Istimewa! Masa Terbaik Rakyat Malaysia ‘Lock’ Percutian 2026

by Phic ARMAN
January 27, 2026

Cuti panjang dan musim perayaan 2026 makin dekat,  memang waktu paling ideal untuk rakyat Malaysia mula ‘lock’ percutian. Lagi best,...

Read moreDetails
Hotel

Marriott Bonvoy Dipilih Sebagai Rakan Hotel Rasmi FIFA World Cup 2026

by Phic ARMAN
January 17, 2026

Marriott Bonvoy, rangkaian yang menaungi lebih 30 jenama hotel terkemuka dunia, kini mengesahkan kerjasama rasmi bersama FIFA World Cup 2026...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    [VIDEO] Zain Saidin & Aaisyah Dhia Rana Pergi Bazar Ramadan, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore