Thursday, October 23, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Aisyah Hijanah Akhirnya Bersuara, Stres Antara Punca Saiz Bayi Kecil Dari Usia Kandungan?

by Naddy Joe
November 29, 2023
97
KONGSIAN
Share on Facebook

Pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah akhirnya tampil bersuara selepas tular isu mengenai suaminya yang juga pempengaruh media sosial, Aliff Teega yang membuat pengakuan mendirikan rumah tangga kali kedua di media sosial.

Mohon Jasa Baik Netizen Tidak Bertanya Isu Berkenaan Ketika Sesi ‘Live’

Aisyah menerusi hantaran di Insta Stories, menjelaskan bahawa semuanya berada dalam keadaan baik, malah turut meminta jasa baik netizen untuk memberikan ruang serta tidak bertanya mengenai isu berkenaan ketika sesi ‘live’ yang dilakukan seperti biasa.

“Tujuan saya menulis kali ini adalah untuk menjernihkan dan memurnikan keadaan yang sedang berlaku.

Alhamdulillah semuanya dalam keadaan yang baik. Tapi atas komitmen saya kepada syarikat, Hijanah Official, saya tetap perlu membuat ‘live’ seperti biasa.

Saya mohon netizen untuk memberikan ruang dan tidak bertanya mengenai isu yang terjadi. Dikhuatiri situasi akan bertambah besar.”-jelas Aisyah Hijanah di Insta Stories

Tambahnya lagi, isteri pertama kepada Alif Teega ini juga memohon orang ramai untuk mendoakan agar bayi di dalam kandungannya yang kini berada di trimester kedua.

“Doakan bayi dalam kandungan saya dipelihara daripada sebarang kemudaratan. InsyaAllah saya cuba sebaiknya menjaga dengan baik dan selamat. Alhamdulullah semalam baru ‘detail scan’. dan bayi dalam keadaan baik, tetapi agak kecil daripada umurnya. Rakan-rakan psikologi juga ada yang memeriksa dan menjaga kesejahteraan mental saya.”-kongsi Aisyah lagi

“Baby Agak Kecil Daripada Umurnya…”

Dalam pada itu, Aisyah menyatakan bahawa keadaan bayinya yang kecil daripada usia kandungan disebabkan beberapa faktor antaranya seperti saiz tubuh badannya yang kecil, serta tertekan sepanjang isu berkenaan berlaku.

“Baby agak kecil daripada umurnya. Mungkin banyak faktor, badan saya agak kecil, stres sepanjang isu dan kurang selera makan.

Doakan semoga this  baby girl diberikan takdir yang baik, rezeki dan jodoh yang baik, dibesarkan dengan baik dan dijadikan anak yang mudah masuk ke syurga.”-tulis Aisyah

Sama-sama kita doakan agar ibu serta bayi di dalam kandungan berada dalam keadaan sihat dan baik, serta dipermudahkan segala urusan..Aaminn.

Aisyah Hijanahalif teega
https://lomp.at/flr5f
Share39Tweet24SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Datuk Aliff Syukri Dakwa Siti Nurhaliza Beli Beg Sebab Kasihan-“Saya Menjual Sambil Terjerit-Jerit”

by Puteri Alia
July 23, 2025

Terharu dan penuh rasa syukur, usahawan sensasi Datuk Aliff Syukri tidak menyangka figura tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi...

Read more
Lokal

[VIDEO] Bella Atillah Pakai Topi Gambar Muka Syed Saddiq Buatkan Netizen Teruja!

Siapa yang tidak mengenali dengan pelakon dan penyanyi cantik satu ini, iaitu Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah...

Read more
by Jash Lee
July 24, 2025
Foto - @ramonazamzam (IG)
Lokal

[VIDEO] Ramona Luah Tak Pernah Jumpa Bapa Kandung Sejak Bayi- “Dia Tak Berminat”

Rasanya semua orang, termasuklah Murai, tidak tahu bahawa lelaki yang dipanggil sebagai "ayah" sejak dari kecil oleh aktres Ramona Zamzam...

Read more
by Soph Azz
July 30, 2025
Foto - @sophiekoshka (IG)
Lokal

Tak “Gila Publisiti”, Sophia Albarakbah Tayang Bukti Jadi Mangsa Buli & Gangguan Seksual

Beberapa hari lepas, nama Sophia Albarakbah sekali lagi menjadi bualan orang ramai apabila aktres itu telah tampil membuat laporan polis....

Read more
by Nurul A.
August 11, 2025
Lokal

Nelydia Senrose Kini Sah Bergelar Datin, Netizen Puji ‘Padan Serasi’ Lepas Suami Dianugerah Datuk Oleh Sultan Pahang

Pelakon popular Datin Nelydia Senrose meluahkan rasa syukur dan bangga apabila suaminya, Datuk Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, menerima penganugerahan...

Read more
by Puteri Alia
July 28, 2025
Lokal

Datin Atikah Suhaime Nafi Gelaran Untuk Tunjuk Mewah, Dedah Rutin Belanja Emas, Omakase & Derma Rawak

Pelakon Datin Atikah Suhaime menegaskan gelaran yang disandangnya bukan lesen untuk menunjuk kemewahan, sebaliknya peluang untuk berkongsi rezeki dengan orang...

Read more
by Puteri Alia
August 28, 2025
Lokal

Sambut Hari Lahir di Hotel, Yazmin Aziz Dikecam Netizen Gara-Gara Pergaulan dengan Kekasih!

Nama penyanyi dan pempengaruh sensasi, Yazmin Aziz kembali menjadi perhatian ramai apabila kekasihnya, Simon Joseph Javier merancang satu kejutan istimewa...

Read more
by Aphit J.
September 13, 2025
Lokal

[VIDEO] “Khawla Ni Betul-Betul Ernie Zakri Versi Kecil”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @ernienators.my yang peroleh perhatian ramai. Video...

Read more
by Noah Ab
October 10, 2025
Lokal

Nourul Depp Syukur Rumah Selamat, Tapi 13 Terkorban Dalam Banjir Kilat Bali

Penyanyi Nourul Depp melahirkan rasa syukur apabila kediamannya bersama keluarga di Bali tidak terjejas meskipun pulau peranginan terkenal Indonesia itu...

Read more
by Puteri Alia
September 12, 2025
Lokal

Aliff Syukri Terharu Lihat Ammar Ahyan Daftar Masuk Kolej-“Ammar Ni Nampak Je Blur, Tapi..”

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa sebak melihat anak sulungnya, Ammar Ahyan yang semakin menjadi membesar selepas...

Read more
by Naddy Joe
August 19, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tetap Setia Walau Terluka”- Tak Lagi Ikuti Suami Di IG, Luahan Uqasha Senrose Cetus Tanda Tanya

  2. 2

    Kecoh Isu Unfollow Fazura! Fasha Sandha Akhirnya Bersuara, Siap Buat Tutorial Lagi! – “Bukan Budaya Saya Nak Unfollow”

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Afwa Mahu Bela Anak Ayam Sebagai Binatang Peliharaan, Buatkan Netizen Terhibur

  4. 4

    STR 2026 Wajib Daftar Akaun Baharu Walaupun Dulu Pernah Mohon- Begini Caranya…

  5. 5

    4 Golongan Terima MyKad RM200 Pada Oktober Ini- Jom Semak Nama Anda Tersenarai Tak?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem