Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

“Aku Akan Tuntut Keadilan”- Polis Sahkan Rangka Manusia Yang Ditemui Milik Bella, Kakaknya Sedih Mayat Tidak Sempurna

by Puteri Alia
January 23, 2024
Share on Facebook

Misteri identiti rangka manusia tidak sempurna yang ditemui di sebuah rumah terbengkalai di Lorong Imam Jailani Kampung Batu 7 Tongkang Pecah, pada Jumaat lalu, akhirnya menemui jawapan

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, laporan analisa ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sudah diterima lewat petang Selasa.

Menurutnya, melalui laporan itu mengesahkan hasil analisis DNA didapati ia sepadan dengan sampel yang diambil dari ibu dan kakak Mira Sharmila Samsusah, 32, atau Bella yang dilaporkan hilang pada 14 Disember tahun lalu.

“Selamat tinggal Bella, aku sayang sangat pada kau Bella. Aku akan tuntut keadilan atas pemergian kau ini”.

“Sepatutnya kita masih bersama-sama kan,” itu luahan Norhisham Samsusah, 36, selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan rangka ditemui dalam rumah sewa di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, ialah Bella atau Mila Sharmila Samsusah.

Memetik laporan Berita Harian, Norhisham atau lebih mesra dengan panggilan Ayu menerima berita mendukacitakan itu sekitar 6.20 petang selepas dihubungi pihak polis memaklumkan keputusan DNA terbabit.

“Kehilangan paling berat. Dukacita saya maklumkan ujian DNA mengesahkan rangka itu milik Bella. Berat dugaan kami sekeluarga.

“Esok jenazah akan dituntut di Hospital Sultan Ismail sebelah pagi dan dibawa pulang ke Batu Pahat untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banang Jaya.

“Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Dato Bentara. Mohon semua kenalan, rakan, sahabat dan semua warga Batu Pahat datang untuk solatkan Bella kali terakhir,” katanya dalam coretan di Facebook.

Menurut Ayu lagi, dia berterima kasih atas doa dan usaha semua pihak sehingga terjumpanya adik kesayangan walaupun dalam keadaan tidak sempurna.

Mahkamah Kekal 12 Tahun Penjara, Hakim Mahu Gambar Kecederaan Bella Dipaparkan Dalam Perbicaraan Siti Bainun

Dalam pada itu, ruang komen di Facebook Ayu dipenuhi dengan ucapan takziah serta kata-kata semangat.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
bellarangka manusia
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  5. 5

    Fatiya Latiff Dedah Realiti Dunia Seni, Akui Tidak Lagi Jadi Pilihan Untuk Watak Utama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara