• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Akui Lalai Dan Terasa Hina Dikaitkan Nama Dengan Ustaz Wadi, Janna Nick Sudah Mohon Maaf Secara Peribadi

by Puteri Alia
June 19, 2023
Share on Facebook

Agama Islam menganjurkan umatnya menghormati orang berilmu. Banyak firman Allah SWT dalam al-Quran yang menekankan perkara ini.

Antaranya, al-Quran meminta orang ramai membandingkan perbezaan kedudukan dan keperibadian orang berilmu dan orang yang tidak mempunyai ilmu atau jahil. Malah, Nabi Muhammad SAW menyatakan golongan ulama ialah pewaris nabi.

Malah ulama adalah orang yang paling berjasa dalam menjaga, membela dan menyampaikan kepada kita syariat Islam secara suci murni sehingga hari ini. Oleh itu, kita wajib menghormati mereka dan mengakui keahlian mereka.

Bahkan para ulama mempunyai jasa besar kerana mereka ‘perantara’ yang menyampaikan kepada kita agama yang benar. Pegangan agama yang benar penentu buat kita di akhirat nanti, sama ada akan bahagia atau sengsara. Daripada aspek ini, tentunya ‘hutang’ kita kepada ulama adalah cukup besar.

Berbahas soal ini, baru-baru ini pelakon Janna Nick mendedahkan dia telah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar berhubung kontroversi majlis resepsi perkahwinannya tempoh hari.

Menurut Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, dia mengakui kesilapan kerana kelalaian berpunca dari dirinya sendiri.

“Saya minta maaf itu adalah kealpaan saya. Saya sedar itu merupakan kelalaian dan kesalahan dari pihak saya yang mana majlis itu tidak sesuai dengan Ustaz Wadi.

“Ustaz Wadi pun sudah buat penjelasan daripada pihak dia, saya juga tidak mahu panjangkan isu ini.

“Saya sangat menghormati Ustaz Wadi dan juga para ulama yang ada di Malaysia. Saya sebagai orang yang cetek ilmu sangat menghormati mereka semua.

“Kalau mahu bandingkan nama saya dengan beliau sangat jauh beza. Saya rasa hina sangat kalau mahu panjangkan kontroversi ini,” ujar Janna.

Janna yang ditemui pada majlis tayangan perdana filem Jemputan Ke Neraka sebentar tadi berharap orang ramai berhenti mengaitkan Ustaz Wadi dengannya.

Janna Nick Terkejut Lobster Roll Harrods Viral: “RM98 Tapi Kosong Weh!”

“Saya mohon kepada orang ramai untuk tidak lagi kaitkan nama Ustaz Wadi dengan saya. Saya juga telah membuat permohonan maaf secara peribadi dengan dia,” kata Janna.

Tambah Janna, dia sama sekali tidak menyangka kehadiran Ustaz Wadi atau nama sebenarnya, Mohamad Wadi Annuar Ayub akan menimbulkan kontroversi.

“Tujuan saya menjemput Ustaz Wadi kerana malam sebelum hari pernikahan saya memintanya untuk mengetuai majlis doa selamat dan bacaan yassin.

“Malam itu juga, dia ada menyampaikan ceramah bertajuk Memimpin Isi Rumah Ke Syurga. Disebabkan itu, Ustaz Wadi tahu ada undangan perkahwinan dan saya tidak tahu hukum dalam Islam kalau sudah jemput orang itu, wajib hadir.

“Semoga semua orang boleh hentikan isu ini dan tidak berlaku perbalahan. Niat saya hanya mahu mohon keberkatan daripada orang yang ilmunya tinggi untuk mendoakan perkahwinan saya,” jelas pelantun lagu Gatal itu lagi.

Terdahulu, kecoh dalam media sosial apabila netizen meluahkan rasa segan melihat kehadiran agamawan itu ke majlis resepsi pasangan berkenaan yang bertema ala kebaratan.

Wadi Annuar yang duduk di barisan hadapan tetamu pada majlis itu juga kelihatan janggal apabila perlu melihat pakaian pengantin serta tetamu yang hadir dalam keadaan seksi dan tidak menutup aurat.

Janna dan pelakon, Dini Schatzmann melangsungkan perkahwinan di sebuah resort terkemuka di Langkawi pada 10 Jun lalu.

Dini Schatzmannjanna nick
https://lomp.at/7q7os
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @iamsrk (IG)
Bollywood

Kisah Shah Rukh Khan Gagal Jadi Tentera- “Saya Tak Mahu Potong…”

by Nurul A.
November 6, 2025

Sebelum menjadi King of Bollywood, Shah Rukh Khan nampaknya mempunyai impian yang berbeza, iaitu menjadi seorang pegawai dalam tentera India....

Read more
Lokal

[VIDEO] Cara Fattah Amin Sapu Sunscreen Dekat Isteri Buatkan Netizen Cair-“Siap Cium Tangan”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Fattah Amin meyapu pelindung matahari pada tangan isteri tercintanya itu. Namun yang menarik...

Read more
by Noah Ab
October 8, 2025
Lokal

[VIDEO] Afwa Bawa Motor Buatkan Peminat Teruja-“Dengan Dua Anak Saudara Sekali Naik”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Afwa yang membawa motor polis mainan miliknya itu dan membonceng dua anak saudaranya...

Read more
by Noah Ab
October 30, 2025
Lokal

Rita Rudaini Bersuara Isu Suami Culas Bayar Nafkah!-“Masalah Nafkah Ni Dari Zaman Dulu Lagi..”

Pelakon, Rita Rudaini tampil memberikan respon terhadap isu suami yang culas dalam membayar nafkah, baru-baru ini. Rita atau Rita Rita...

Read more
by Naddy Joe
December 15, 2025
Foto - @maiaestiantyreal (IG)
Indonesia

Elak Jadi Isu Pergaduhan Di Majlis Kahwin El Rumi, Maia Estianty Minta Sediakan…

Penyanyi Maia Estianty tidak mahu sebarang drama pada majlis perkahwinan anak keduanya, El Rumi dan pasangannya, Syifa Hadju. Maia mengakui...

Read more
by Nurul A.
October 30, 2025
Lokal

[VIDEO] Aksi Shila Amzah Menunggang Motorsikal Elektrik, Buatkan Netizen Teruja

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Shila Amzah Yang menunggang motorsikal elektrik yang dibeli oleh suaminya itu. https://www.tiktok.com/@ubaihani/video/7553494593031916818?_t=ZS-8zzshVTIB3C&_r=1 Rata-rata...

Read more
by Noah Ab
September 25, 2025
Lokal

KAWS Sertai UNIQLO Sebagai ‘First Artist In Residence’

Peruncit pakaian global, UNIQLO mengumumkan bahawa KAWS, artis kontemporari yang terkenal dengan gaya sendiri tersendiri yang mengubahsuai budaya pop, telah...

Read more
by Naddy Joe
September 26, 2025
Foto - @billieeilish (IG)
Hollywood

[VIDEO] Peminat Jadi Agresif, Tarik Billie Eilish Di Barricade Ketika Konsert Jelajah

Paling mengejutkan! Penyanyi Billie Eilish hampir cedera parah apabila salah seorang peminat telah menariknya di kawasan barricade semasa konsert jelajah...

Read more
by Nurul A.
October 15, 2025
Lokal

[VIDEO] Siti Nurhaliza Guna ‘Filter Pregnancy’ Buatkan Peminat Teruja-“Dapat Kembar Terus Haaa”

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan Siti Nurhaliza yang bermain filter pregnancy di applikasi tiktok, namun tidak sangka keputusan filter...

Read more
by Noah Ab
October 13, 2025
Musik

Konsert Artis Seberang Makin Sendu? Kini Nasyid Pula Naik Takhta!

MURAI perasan satu fenomena pelik tapi menarik akhir-akhir ini. Konsert nasyid makin laku keras, siap hampir sold out! Baru-baru ini...

Read more
by Phic ARMAN
October 17, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  2. 2

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-“Terima Kasih Menjadi Inspirasiku..”

  5. 5

    “Aku Syak Bapak Dia Letak Nama Ex-Ex Dia Sekali”- Nama Panjang Sampai Penuh Borang Cetus Spekulasi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore