Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

Alasan Kenapa 10 Makanan Ini Dilarang Simpan Dalam Peti Sejuk

by Aphit J.
March 8, 2020
Perasa via food52

Perasa via food52

11
KONGSIAN
Share on Facebook

Perkara pertama yang anda lakukan apabila pulang dari kedai runcit adalah meletakkan barang yang dibeli di tempat sepatutnya. Makanan bijirin dan beras akan dimasukkan ke dalam pantri, peralatan dandanan dan produk kebersihan diletakkan di bilik air dan tandas dan sudah pasti kebanyakan barang berupa makanan akan diletakkan di dalam peti sejuk bertujuan untuk tahan lama.

Sedar ataupun tidak, sesetengah makanan yang diletakkan di dalam peti sejuk akan merosakkan lagi makanan dan tidak patut diletakkan didalam peti sejuk. Berikut adalah beberapa tip untuk panduan penyimpanan makanan menurut buzznoble.

Tomato Menjadi Lebih Lembik Di Dalam Peti Sejuk

Tomato via insider

Menyimpan tomato di dalam peti sejuk dapat menghilangkan rasa dan zat tomato itu sendiri. Dengan meletakkan tomato yang agak lama di dalam peti sejuk, ini akan menghilangkan tesktur tomato dan menyebabkan tomato menjadi lembik.

Untuk tahan lebih lama, letakkan tomato yang muda didalam beg kertas dan biarkan diluar peti sejuk. Manakala tomato yang masak boleh bertahan sehingga seminggu sekiranya diletakkan dalam suhu bilik.

Kekacang Dan Rempah Ratus Mampu Bertahan Di Suhu Bilik

Spices via jfwonline

Kekacang dan rempah ratus tidak perlu didinginkan kerana ia akan bertahan lama didapur anda dan pastikan anda menyimpannya dalam bekas kedap udara. Sekiranya kekacang ini mula berbau, anda perlu menggorengnya dalam kuali kering dan panggang kekacang ini sedikit untuk menghilangkan bau tersebut.

Anda boleh menyimpan kacang dan rempah ratus dalam peti sejuk jika anda tidak merancang untuk menggunakannya untuk masa yang lama.

Kanji Kentang Bertukar Menjadi Gula

Potato via littlepotatoes

Jika ditanya mengenai cara penyimpanan kentang yang betul, kebanyakkan daripada kita mengangap peti sejuk adalah pilihan yang tepat bukan? Ini kerana peti sejuk bersifat sejuk, kering dan gelap.

Suhu yang agak sejuk adalah tidak sesuai untuk meletakkan kentang di dalam peti sejuk dan akan menukarkan kanji kentang menjadi gula. Malahan tindakan ini akan memberi kesan kepada tesktur dan rasa kentang itu sendiri. Jadi, cara terbaik adalah menyimpan kentang yang belum dibasuh di dapur kering dan mempunyai pengudaraan yang baik.

Roti Jadi Kering

Bread via Wikipedia

Penyimpanan roti di dalam peti sejuk akan menyebabkan roti menjadi kering dan berasa seperti berkapur. Menurut buzznoble, cara terbaik untuk mengekalkan rasa roti adalah menyimpan dalam suhu bilik yang sejuk dan kering.

Kopi Akan Kehilangan Rasa

Coffe via pixabay

Cara mengekalkan rasa kopi adalah dengan menyimpanya di dalam bekas kedap udara dan di luar peti sejuk. Meletakkannya di dalam peti sejuk boleh menyebabkan kopi bergumpal dan kehilangan rasa. Ini kerana kopi bersifat penyerap yang cukup baik. Sekiranya kopi disimpan di dalam peti sejuk, ia akan menyerap bau dan rasa makanan lain yang terdapat di dalam peti sejuk.

Madu Membentuk Kepingan Kristal

Honey via healthline

Madu adalah salah satu keajaiban alam semula jadi. Bukan sahaja memberi manfaat kesihatan yang banyak, ia juga akan kekal selama-lamanya dalam bentuk semulajadinya! Cara terbik untuk menyimpan madu adalah dengan memastikan madu ditutup dengan ketat dan luaran madu disapu bersih (untuk mengelakkan serangga). Menyimpannya di dalam peti sejuk boleh menyebabkan madu membentuk kepingan kristal dan keras.

Tembikai Kehilangan Khasiat Sebagai Antioksidan

Melon via sprouts

Melon atau tembikai akan berubah tesktur seakan serbuk jika disimpan terlalu lama di dalam peti sejuk. Untuk mengekalkan rasa dan tekstur yang terbaik adalah dengan menyimpan dalam suhu bilik. Seperti yang dinyatakan dalam laman buzznoble, kajian mendapati bahawa kesejukan boleh menjejaskan manfaat sebenar buah tembikai kerana kehilangan beberapa antioksidan dan pengurangkan kadar beta-karoten.

Tembikai potong yang didinginkan mestilah disimpan dengan betul kerana ia boleh menyerap bau dari makanan lain di dalam peti sejuk.

Perasa Makanan Akan Rosak

Perasa via food52

Perasa makanan seperti sos tomato, kicap, mustard, dan kebanyakan sos salad boleh dibiarkan dalam suhu bilik selepas dibuka tanpa risau akan kerosakannya. Jadi tidak perlu disejukkan walaupun selepas dibuka. Sama seperti sapuan coklat, sirap maple, mentega kacang dan lain-lain juga tidak perlu penyejukan.

Ini kerana produk ini dibuat menggunakan bahan pengawet, gula atau garam (pengawet semulajadi), cuka dan sebagainya yang dapat mengelakkan kerosakan kepada bahan perasa ini.

Herba Akan Cepat Layu

Herb via homestratosphere

Ramai dalam kalangan kita menganggap herba adalah salah satu makanan yang harus diletakkan di dalam peti sejuk. Tetapi pada hakikatnya, meletakkan herba di dalam peti sejuk akan menjadikannya lebih cepat layu. Untuk memastikan herba sentiasa segar, letakkannya di dapur di dalam secawan air seperti gubahan bunga hiasan anda.

Bawang Akan Cepat Rosak

Onion via The Packer

Bawang dikategorikan sebagai makanan yang agak sensitif kerana penyimpanan yang terbaik adalah dengan mengelakkan beg plastik ataupun peti sejuk. Penyimpanan yang baik membolehkan bawang mendapatkan udara segar untuk bertahan lebih lama.

Sekiranya bawang diletakkan di dalam peti sejuk, mungkin ada kelembapan berlebihan yang menjadikan bawang cepat rosak.

Bawang yang dikupas atau dicincang boleh disimpan di dalam peti sejuk selama beberapa hari, tetapi pastikan menutupnya dengan ketat.

Sudah terbukti bahawa tidak semua makanan boleh disimpan di dalam peti sejuk, jadi untuk memastikan makanan bertahan lama, elakkan tindakan yang akan merosakkan makanan. Mungkin ini satu cara untuk elakkan pembaziran makanan!

https://lomp.at/15sy0
Share8Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Selera

Nikmati ‘Oyster Omellete’ & Nasi Kerabu Enak Di Courtyard By Marriott KL South

by Naddy Joe
January 26, 2026

Ramadhan tahun ini lebih istimewa apabila Courtyard By Marriott Kuala Lumpur South kembali menjemput para media tempatan untuk merasai pengalaman...

Read moreDetails
Foto - NakNak
Selera

Makan Tanpa Waswas, NakNak Kini Disahkan Halal!

by Nurul A.
February 15, 2026

Berita baik untuk peminat NakNak! Peminat NakNak kini mempunyai lebih banyak sebab untuk bergembira apabila restoran servis pantas (QSR) berinspirasikan...

Read moreDetails
LifeXplore

Rahsia Lidah Bakar Di Sebalik 100 Sajian Bufet Eksklusif Putrajaya Marriott Hotel

by Phic ARMAN
January 14, 2026

Baru-baru ini, MURAI berkesempatan menghadiri sesi preview bufet Ramadan di Putrajaya Marriott Hotel, dan jujurnya... pengalaman kali ini memang lain...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

by Farah Fatihah
February 13, 2026

Dekat Kuala Lumpur sekarang, susah nak jumpa nasi berlauk sedap dengan harga yang mesra poket. Semua mahal-mahal, lauk sikit pun...

Read moreDetails
via Ai generated
LifeXplore

Setiap Suapan Ada Cerita… Jom Cuba Tempat Makan Best Wajib di Kelantan!

by Farah Fatihah
December 27, 2025

Siapa kata Kelantan bukan syurga makanan? Negeri Cik Siti Wan Kembang ini terkenal dengan warisan budaya dan tradisi yang tersendiri,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore