Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

“Rasa-Rasa Malaysia”- Sertai Inside Scoop Untuk Terokai Citarasa Tempatan

by Nurul A.
April 4, 2026
Foto - Inside Scoop

Foto - Inside Scoop

Share on Facebook

Sempena meraikan Tahun Melawat Malaysia 2026, jenama aiskrim Inside Scoop, telah melancarkan koleksi “Rasa-Rasa Malaysia”. Setiap perisa diinspirasikan daripada ramuan tempatan dan kisah tradisi setiap negeri.

Koleksi edisi terhad ini menampilkan enam perisa baharu yang melambangkan identiti unik negeri-negeri di Malaysia. Koleksi ‘Rasa-Rasa Malaysia’ ini menggunakan ramuan autentik yang menonjolkan keaslian citarasa setiap negeri.

Foto – Inside Scoop

Enam perisa tersebut ialah:

  • Affogato (Johor): Sebuah sanjungan buat kopi Liberica Muar yang terkenal sebagai “Elephant Bean”.
  • Dark Chocolate Banana (Kelantan): Menampilkan hasil tanaman terbaik Pantai Timur, coklat gelap 70% dari Kelantan yang pernah memenangi anugerah. Digandingkan pula dengan kemanisan pisang berangan ranum untuk keseimbangan sempurna antara rasa pahit dan manis.
  • Dodol Musang King (Melaka): Gandingan unik antara sajian warisan Melaka dengan Raja Buah. Tekstur kenyal dan rasa karamel dodol durian tradisional dipertingkatkan lagi dengan Musang King.
  • Gula Apong Tiramisu (Sarawak): Perisa tiramisu ini diserikan dengan adunan gula apong Sarawak yang menawarkan smoky yang unik.
  • Moola ChocoMalt Kaw Dinosaur (KL/Selangor): Diinspirasikan daripada minuman klasik gerai mamak sekitar KL dan Selangor.
  • Strawberry Lemonade (Pahang): Aiskrim lemon digabungkan bersama strawberi Cameron Highlands, membangkitkan suasana dingin tanah tinggi.
Foto – Inside Scoop

Setiap skup aiskrim Rasa-Rasa Malaysia akan dihidangkan dalam cawan khas yang dibalut dengan ilustrasi unik bagi setiap negeri. Pelanggan boleh menikmati perisa kegemaran secara individu. Atau membawa pulang Pek Rasa-Rasa edisi terhad (RM70) sesuai untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan.

Topik Berkaitan Inside Scoope Himpun 9 Jenama Ikonik Tempatan Menerusi Edisi "Lokal Legends"
Foto – Inside Scoop

Inside Scoop turut membangkitkan keterujaan pengembaraan citarasa ini melalui aktiviti jejak cop (stamp rally). Bagi setiap pembelian Pek Rasa-Rasa (RM70) edisi terhad, pelanggan akan menerima sebuah Pasport Aiskrim.

Singgah ke cawangan Inside Scoop bagi mengumpul reka bentuk cop yang unik sebagai kenangan.

Setiap cawangan menampilkan reka bentuk cop yang unik. Pasport Aiskrim ini hanya tersedia secara eksklusif dengan setiap pembelian Pek Rasa-Rasa, sementara stok masih ada.

Koleksi ini boleh didapati di semua cawangan Inside Scoop seluruh negara dari 6 April 2026 sehingga 11 Mei 2026. Selamat mencuba!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
inside scoopinside scoop malaysia
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - Ashhryshoshedap
Selera

Konsep Mediterranean Santorini, Ashhryshoshedap Kini Di R&F Johor Bahru

by Nurul A.
July 24, 2026

Selepas hampir lima tahun membina jenama dalam industri makanan dan minuman, pempengaruh serta usahawan, Ashhry Atan, terus mengorak langkah apabila...

Read moreDetails
Foto - @msocialresortpenang (IG)
Selera

Taste of Malaysia, M Social Resort Penang Perkenalkan Bufet Sempena Hari Malaysia!

by Nurul A.
September 4, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada bulan ini, M Social Resort Pulau Pinang (Penang) menjemput kamu untuk datang bersama-sama dan...

Read moreDetails
Foto - Inside Scoop
LifeXplore

Inside Scoope Himpun 9 Jenama Ikonik Tempatan Menerusi Edisi “Lokal Legends”

by Nurul A.
August 14, 2026

Bersempena dengan sambutan bulan kebangsaan, Inside Scoop kembali dengan Lokal Legends 2026, kempen tahunan yang meraikan jenama tempatan yang telah...

Read moreDetails
remix
Selera

Secret Recipe Perkenal 4 Hidangan ‘Remix’ Lokal , Khas Untuk Bulan Merdeka Ini!

by Nurul A.
August 10, 2026

Khas untuk bulan Merdeka ini, Secret Recipe meraikan identiti kulinari negara yang meriah dengan Menu Istimewa Merdeka yang serba baharu,...

Read moreDetails
Foto - Ralph's Coffee
Selera

Ralph’s Coffee Rai Festival Pertengahan Musim Luruh Dengan Kek Bulan Eksklusif

by Nurul A.
July 18, 2026

Sempena Festival Pertengahan Musim Luruh, yang melambangkan refleksi, kesyukuran dan kebersamaan, Ralph’s Coffee mempersembahkan kotak hadiah kek bulan edisi khas...

Read moreDetails
Secret Recipe Hari Merdeka
Selera

Rai Hari Merdeka Ke-69 Dengan Promosi Menarik Dari Secret Recipe!

by Nurul A.
August 22, 2026

Semasa Malaysia bersiap sedia untuk meraikan Kemerdekaan, Secret Recipe memberi rakyat Malaysia satu lagi sebab untuk berkumpul, berkongsi dan meraikannya...

Read moreDetails
Kimpton Naluria KL
Selera

Kimpton Naluria KL Perkenal Set Hadiah Pertengahan Musim Luruh Yang Pertama

by Nurul A.
August 4, 2026

Kimpton Naluria Kuala Lumpur (KL) mengalu-alukan Festival Pertengahan Musim Luruh sulungnya dengan pelancaran Celestial Duality 星月之境 (xīng yuè zhī jìng)....

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    Meja Bulat & CCTV Jadi Bukti, Sami Thailand Seleweng Dana Kuil & Jalin Hubungan Sulit 

  3. 3

    Cadangan PU Riz Henti Pelihara Anjing Tuai Kecaman -“Saya Personally Tak Suka Anjing”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Di Sebalik Mahkota Taanusiya Chetty, Ada Kisah Yang Tak Ramai Tahu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara