Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Alif Satar Dedah Rahsia Awet Muda Bapa Saudaranya, Nassier Wahab

by Ayden Mikhael
July 15, 2018
Share on Facebook

Penyanyi senior yang popular, Datuk Nassier Wahab sentiasa mencuri tumpuan peminat dek kerana senantiasa kelihatan awet muda meskipun sudah berumur. Nassier juga merupakan antara selebriti yang terus bertahan dalam industri seni tanah air dengan kehebatan vokal beliau yang memukau.

Sebelum ini, Nassier juga banyak kali berkongsi kisah kehidupannya bersama peminat sama ada aspek menjaga vokal mahupun kesihatan. Mungkin tidak ramai yang tahu beliau juga sering kelihatan awet muda kerana mengamalkan membaca Surah Yusuf. 

Perkara itu diakui sendiri penyanyi Alif Satar yang memuatnaik sekeping foto lama kelihatan Nassier di zaman muda manakala Alif masih kanak-kanak. Dalam al-Quran sebelum ini ada menyebut Surah Yusuf mempunyai rahsia untuk menaikkan seri wajah dan awet muda.

“Ini bapa saudara saya @nassierwahab. Di sebelah kiri itu dia sedang bermain keyboard milik ayah di rumah lama saya pada 20 tahun lalu dan saya tersenyum hingga telinga.

“Pak cik Nassier ni suka baca surah Yusuf dan itu menjelaskan kenapa dia sentiasa kelihatan kacak.

“Sudah tentu salah seorang wira muzik saya ketika membesar. Terima kasih pak cik Nassier!” tulis Alif menerusi Instagram miliknya.

Alif menyatakan Pakcik Nassier gemar membaca Surah Yusuf yang membuatkan beliau sentiasa kelihatan mempersona sehingga hari ini. Dalam dua foto dalam status yang sama, jika dibuat perbandingan Nassier sememangnya tidak banyak jauh berubah. Penyanyi lagu ‘Lelaki Seperti Aku’ itu juga menganggap Pakcik Nassier sebagai salah seorang idolanya dalam bidang muzik.

Sumber : IG Alif Satar

Alif Satar Sambung Duta, GB Gold Pula Lancar Emas Bentuk Keris. Lengkap Warisan & Inspirasi!
Alif SatarNassier Wahab
https://lomp.at/mw67z
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - UNIQLO Malaysia
Inspirasi

Hanya 2 Kali Sebulan, UNIQLO Malaysia Beri Pokok Percuma Di Taman Tugu Nursery!

by Nurul A.
February 28, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO mengumumkan kelanjutan kerjasamanya dengan Taman Tugu Malaysia dan Pusat Alam Sekitar Global (GEC), bagi memperkukuh komitmen...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

  5. 5

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara