Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Aliff Aziz, Mark Adam & Ruhanies Antara Artis Bakal Gamatkan Havoc Trio Festival 2025

by Naddy Joe
November 3, 2025
Share on Facebook

Havoc Event & Management Sdn. Bhd. sekali lagi mencetus fenomena dengan penganjuran HAVOC TRIO FESTIVAL 2025, sebuah festival mega tahunan yang menghimpunkan tiga segmen utama — Year-End Sale, Food Festival dan Back to School Fair di bawah satu bumbung.

Festival ini akan berlangsung selama empat hari, dari 4 hingga 7 Disember 2025, bertempat di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur, bermula dari 11 pagi hingga 11 malam setiap hari.

Menampilkan lebih 300 vendor pelbagai kategori termasuk makanan viral, gaya hidup, produk pendidikan dan kelengkapan persekolahan, Havoc Trio Festival 2025 dijangka menarik lebih 500,000 pengunjung sepanjang empat hari penganjuran.

Segmen Islamik & Kerohanian Diperkenalkan

Buat pertama kali, Havoc Trio Festival 2025 turut memperkenalkan program Islamik yang mengetengahkan elemen kerohanian dan perpaduan ummah. Antara program yang bakal diadakan ialah:

• Malam Mahabbah
• Malam Kerohanian bersama pendakwah jemputan
• Persembahan Nasyid & Special Appearance Penyanyi Lelaki

Program ini diadakan bagi memberi ruang kepada pengunjung menikmati suasana festival yang bukan sahaja meriah, tetapi juga bernilai rohani dan kekeluargaan.

Aliff Aziz Buat ‘Comeback’

Antara sorotan utama festival kali ini ialah kemunculan semula artis kontroversi, Aliff Aziz, yang dijemput khas oleh pihak Havoc untuk membuat persembahan istimewa selepas sekian lama tidak muncul di pentas Malaysia.

Senarai Artis & Aktiviti Menarik

Selain Aliff Aziz dan Mark Adam, antara artis yang bakal memeriahkan pentas Havoc Trio Festival 2025 termasuk Ruhainies, Risteena Asfan Shah, Syura Badron, Qistina Raisya, Daud Latah, Chef Ammar, Azza Elite, Saharul Ridzwan, Vokey, Zarina Zainuddin dan ramai lagi.

Aktiviti interaktif seperti Food Challenge, Lucky Draw Harian, Happy Hour Sale Countdown, Back to School Giveaway, serta persembahan malam kerohanian & permainan rakyat bakal memberi pengalaman luar biasa buat seisi keluarga.

Aliff Aziz Pilih Hidup Tenang, Enggan Lagi Pandang Ke Belakang Selepas Kontroversi
aliff azizruhainies
https://lomp.at/yxzg2
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Sarimah Ibrahim ‘Sound’ Artis Kritik Drama Tempatan- “Jangan Hentam Industri Sendiri!”

by Phic ARMAN
March 16, 2026

Dunia drama tempatan sekali lagi jadi topik perbualan hangat apabila beberapa selebriti meluahkan rasa tidak puas hati terhadap jalan cerita...

Read moreDetails
Foto - @dyavol.x (IG)
Bollywood

Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

by Nurul A.
January 30, 2026

MURAI yakin peminat Bollywood di luar sana panik selepas dengar khabar angin ini! King of Bollywood, Shah Rukh Khan dilaporkan...

Read moreDetails
Berita

Nad Zainal Kongsi Sikap Ungku Ismail Ketika Awal Kehamilan, Netizen Terhibur!-“Lelaki Memang Gitu..”

by Naddy Joe
February 12, 2026

Umum mengetahui pelakon, Nad Zainal baru sahaja berkongsi khabar gembira mengenai dia yang kini sedang hamil cahaya mata keempat. Nad...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Spotlight

Siti Nurhaliza Buka Suara Pasal ‘Sound System’- “Terpulang Kepada Masing-masing”

by Phic ARMAN
February 16, 2026

Nama besar seperti Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memang terkenal dengan setiap persembahan yang mementingkan kualiti. Bukan sekadar vokal...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara