Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Saya Dah Tak Suka Tengok Kamera” – Aliff Syukri Enggan Lagi Terlibat Publisiti Murahan

Aliff berkata fokusnya kini lebih tertumpu kepada syarikat dan imej korporatnya

by Khai Azfar
February 1, 2022
Share on Facebook

Jutawan kosmetik terkenal, Dato Seri Aliff Syukri mendedahkan kisahnya kini jarang menjadi sorotan netizen berikutan sengaja berbuat demikian.

Mahu Tumpu Syarikat 

Menurut Aliff, sebelum ini dia sememangnya sedia maklum akan kisah mengenai dirinya dan keluarga yang sering tular di media sosial malah sehingga menjadi bualan hangat dan kecaman para netizen. Atas faktor keluarga dan umurnya yang semakin meningkat, Aliff berkata fokusnya kini lebih tertumpu kepada syarikat dan imej korporatnya sebagai seorang usahawan.

“Saya kerugian lebih daripada 40% di era pandemik ini. Tetapi rezeki saya, saya tidak berhutang dengan mana-mana pihak dan saya bukan berbelanja besar serta membazir. Kalau tengok pun saya dah kurang meriak kerana terlalu sensitif untuk dibuat ketika ini apatah lagi ramai terkesan. Kalau rasa nak buat, cepat-cepat saya fikir tak boleh buat macam itu.

“Saya sendiri  terkesan sebenarnya. Sasaran perniagaan saya dahulu dan kini pun dah berbeza. Kita tak boleh ketawakan orang.Bila saya tengok banyak syarikat besar gulung tikar saya tak pernah ketawakan dan saya tak nak ulas mana-mana isu berkaitan kerana kita tahu betapa sukarnya sekarang rakyat Malaysia untuk meneruskan kehidupan” kata Aliff kepada Murai.my

Enggan Lagi Terkinja-Kinja

Malah, dia akui tidak lagi berminat untuk terkinja-kinja di hadapan kamera seperti dahulu hanya kerana ingin mencari publisiti. Sudah puas mengecapinya, Aliff berharap perjalanannya bersama syarikat selepas ini akan terus sukses apatah lagi turut menerima tempias wabak penularan COVID-19 yang masih melanda negara.

“Saya menjadikan ibu saya sebagai idola. Dia sering menasihati saya untuk tidak terkinja-kinja tetapi masa itu saya tak fikir kerana mementingkan jumlah penonton dan populariti. Saya tidak pernah memerli siapa dan tidak pernah terfikir ke arah itu. Umur saya pun dah meningkat

“Secara jujurnya saya dah tak suka tengok kamera. Isteri saya pun dah kurang di hadapan kamera. Saya berada di dalam bidang korporat dan perniagaan pun saya dah tukar dalam bidang yang sama supaya Aliff Syukri selepas ini bukan dilihat menagih publisiti murahan. Maksud saya nak cari publisiti mudah saja. Orang cetuskan kontroversi dan kita pun menyelit atau bagi komen.

“Pengikut saya pun ramai. Bukan saya nak riak tapi saya tak perlukan itu. Cukuplah saya pernah dituduh dera anak, ambil kesempatan terhadap pembantu rumah, seludup Sajat dan sebagainya. Bagi saya, anda nampak biasa. Tetapi bila melibatkan keluarga, tercetus pula krisis di antara ahli keluarga. Sebenarnya saya berhadapan dengan lebih 10 kes saman, tetapi saya tidak kecoh kerana bagi saya tidak perlu untuk kecoh mengenainya biarlah antara saya dan peguam saya” katanya lagi

Aliff ditemui Murai.my di malam penghargaan D’Herbs Terlajak Laris di One World Hotel Petaling Jaya pada malam Sabtu. Dalam majlis itu, Aliff turut memaklumkan syarikatnya akan menubuhkan Akademi DSS (Datin Seri Shahida) yang bakal dilancarkan pada tahun ini. Akademi DSS mensasarkan untuk membantu golongan belia dan remaja yang ingin memulakan perniagaan kelak.

“Aku Tak Maafkan, Sampai Mati Aku Cari Kau” – Aliff Syukri Kecewa Beg Dipijak Diva AA, Dakwa Badan Disihir
aliff syukri
https://lomp.at/9ug8n
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara