Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Aliyah Balqis Dakwa Kekasih Curang Bersama Sahabatnya, Jule- “Kenapa Kau Buat Aku Macam Ni?”

by Farah Fatihah
December 15, 2025
via Tiktok @ayiyaaaaaaaa

via Tiktok @ayiyaaaaaaaa

52
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini, isu melibatkan pempengaruh Aliyah Balqis atau lebih dikenali sebagai Aya hangat diperkatakan di media sosial apabila dia memuat naik sebuah video yang mendakwa kekasihnya, Yusman Kusuma atau Yuka yang berasal dari Indonesia, berlaku curang dengan individu yang dianggap sebagai sahabat baiknya sendiri, iaitu Julia Prastini atau dikenali sebagai Jule.

Dakwaan itu mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial, khususnya berkait isu kepercayaan dan pengkhianatan dalam persahabatan.

Dalam pendedahan yang sama, Jule turut dikaitkan dengan dakwaan hubungan sulit ketika masih bergelar isteri kepada pempengaruh Korea, Na Daehoon, yang mana isu berkaitan pasangan tersebut sebelum ini pernah menjadi perhatian umum dan berakhir dengan perceraian mereka pada 3 Disember 2025.

@ayiyaaaaaaaa

allahuakhbar, takda orang lain ke … kenapa kawan sendiri yaallah. allah.

♬ original sound – aya balqis – aya balqis

Menerusi satu hantaran di akaun TikTok miliknya, @ayiyaaaaaaaa, Aya tampil membuat pendedahan dengan nada sebak, mendedahkan bahawa kecurigaan itu sebenarnya sudah lama berputik dalam hatinya. Namun, dia memilih untuk berdiam diri kerana tidak mempunyai bukti kukuh.

“Selama ini Aya diam sebab tak ada bukti. Tapi ALLAH yang tunjukkan. ALLAH itu adil sama kita. Kalau kita baik, ALLAH pun baik dengan kita,” katanya sambil menahan emosi.

Segalanya mula terbongkar apabila Aya menemui satu nama kontak mencurigakan, ‘Zakie’, di dalam telefon kekasihnya, Yuka. Menurut Aya, nombor tersebut sering dihubungi sehingga menimbulkan tanda tanya. Setelah membuat perbandingan dengan senarai kenalannya sendiri, Aya mendakwa nombor berkenaan milik Jule, individu yang selama ini dianggap sahabat paling rapat.

Lebih memilukan, Aya mengakui hubungan persahabatannya dengan Jule sangat akrab. Mereka sering berkongsi cerita, saling memberi sokongan dan melalui pelbagai fasa kehidupan bersama.

“Aku anggap kau kawan baik. Kenapa kau buat aku macam ni?” luah Aya dalam linangan air mata.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan bahawa mereka juga sebelum ini sudah mengesyaki hubungan antara Yuka dan Jule, namun tidak mempunyai bukti kukuh untuk mengesahkannya dan memberi semangat kepada Aya.

via Tiktok @ayiyaaaaaaaa

via Tiktok @ayiyaaaaaaaa
via Tiktok @ayiyaaaaaaaa

Malah, rakan baik Aya sendiri, @yeenryn0, turut tampil memberikan komen yang menyatakan dia turut merasakan perkara yang sama sejak awal, selain terus memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada Aya.

via Tiktok @ayiyaaaaaaaa

Nama ‘Zakie’ yang disangka lelaki akhirnya didakwa merujuk kepada Julia Prastini sendiri. Untuk rekod, Jule sebelum ini pernah dilihat rapat dengan Ayaa, termasuk keluar bersama secara “double date”.

Pendedahan yang dibuat Aya mencetuskan perhatian ramai dan membuka perbincangan tentang nilai kepercayaan serta kejujuran dalam persahabatan dan hubungan cinta, sekali gus menjadi pengajaran bahawa pengkhianatan boleh datang daripada orang yang paling dipercayai.

"Suami Kalah Dengan Rakan Wanita Yang Pandai Melayan. Contohnya Tolong Koyakkan Sos" - Pendapat Lelaki Ini Dikecam Netizen!
curangjulekawan baik
https://lomp.at/wutya
Share21Tweet13SendShare

KINI TRENDING

Sosial Buzz

[VIDEO] Gelagat Fadhlina Sidek Fasih Bercakap Bahasa Arab Buat Ramai Terkejut

by Phic ARMAN
January 22, 2026

MURAI selalu kata, bahasa Arab bukan sekadar bahasa, tapi jambatan ilmu dan budaya. Boleh faham, boleh bercakap, kita bukan saja...

Read moreDetails
via imagefx
Sosial Buzz

Didakwa Halang Pengguna Kerusi Roda Masuk Premis, Tindakan Butik Undang Perdebatan

by Naja Nix
February 18, 2026

Satu perkongsian di media sosial mencetus perhatian ramai apabila seorang individu mendakwa ibunya tidak dibenarkan memasuki sebuah butik pakaian di...

Read moreDetails
Insentif

Berita Baik Buat Usahawan Wanita Kelantan, Ini Cara Mohon Tabung RM2,500 Untuk Naik Taraf Perniagaan

by Ayu Kamaruddin
March 3, 2026

Golongan usahawan wanita di Kelantan kini mempunyai satu lagi peluang untuk mengembangkan perniagaan masing-masing apabila permohonan Tabung Usahawan Wanita Kelantan...

Read moreDetails
Insentif

STR Fasa 1 2026 Dikreditkan Bermula Esok, Ini Perkara Penting Penerima Perlu Tahu

by Ayu Kamaruddin
January 19, 2026

Berita baik buat jutaan rakyat Malaysia apabila Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Tahun 2026 bakal mula disalurkan bermula esok...

Read moreDetails
Foto - Verona Pictures
Viral

Kisah Seram Noura Al Taqaqa, Penyanyi Kuwait Yang Menyanyi Di Majlis Kahwin Jin

by Nurul A.
March 9, 2026

Baru-baru ini tular beberapa klip video mengenai penyanyi wanita Kuwait 90-an, Noura Al Taqaqa di media sosial. Melihatkan klip tersebut,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara