Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Kisah Seram Noura Al Taqaqa, Penyanyi Kuwait Yang Menyanyi Di Majlis Kahwin Jin

by Nurul A.
March 9, 2026
Foto - Verona Pictures

Foto - Verona Pictures

56
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini tular beberapa klip video mengenai penyanyi wanita Kuwait 90-an, Noura Al Taqaqa di media sosial. Melihatkan klip tersebut, MURAI jadi teringat akan kisahnya yang agak menyeramkan iaitu membuat persembahan di majlis kahwin jin.

Jika ada yang tidak tahu, Noura mempunyai sebuah kumpulan muzik, di mana ahlinya adalah rakan wanitanya. Mereka sekumpulan sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Kuwait kerana sering membuat persembahan di majlis perkahwinan.

@kacamatafakta

Kisah Menyeramkan Grup Musik Noura Al Taqaqa Yang Diundang Ke Pernikahan Bangsa Jin #kisahmenyeramkan #kisahnyata #nouraaltaqaqa #ceritaseram

♬ Horror Piano Den Tum – Faid rafanda

Namun pada suatu malam, Noura telah menerima panggilan daripada seorang wanita yang meminta kumpulan muziknya untuk membuat persembahan di majlis perkahwinan anak perempuannya.

Pada awalnya, Noura menolak tawaran tersebut kerana mereka sedang bercuti. Tetapi setelah dipujuk, Noura menerima tawaran tersebut.

Pada hari kejadian, kumpulan muzik Noura Al Taqaqa tiba di sebuah rumah yang menjadi lokasi majlis perkawinan. Berdasarkan beberapa sumber, rumah yang didatanginya itu dihiasi dengan pelbagai hiasan dan nampak sangat mewah.

https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Video-2026-03-09-at-16.18.59.mp4

Noura dan ahli kumpulannya disambut mesra oleh wanita yang menelefonnya itu. Mereka kemudiannya membuat persembahan dan menghiburkan tetamu jemputan di majlis perkahwinan itu sehingga lewat malam.

Apabila Noura menghentikan persembahan, wanita tersebut memintanya untuk meneruskan lagi persembahan dan sanggup untuk membayar lebih perkhidmatan mereka.

Walau bagaimanapun, tanpa curiga, Noura meneruskan persembahan sehinggalah salah seorang ahli kumpulannya mula perasan terdapat bayang-bayang hitam dan rupa kaki beberapa tetamu yang hadir kelihatan sangat pelik. Dan peliknya itu bukan biasa-biasa kerana tetamu yang hadir berkaki kambing!

Terkejut melihat situasi tersebut, mereka berlari keluar dan meninggalkan rumah tersebut. Apabila berpaling ke belakang, rumah yang tersergam indah itu berubah menjadi rumah usang yang sangat buruk.

@___storylife

. Berdasarkan kisah benar ketika menghadiri Majlis yang sebenarnya Majlis bunian dan apabila terbongkar wajah cantik tetamu bertukar menyeramkan. #kisahseram #majlisjin #pageforyou #fyp

♬ Seram & Tegang – Chapluk

Sejak daripada itu, Noura membatalkan semua tempahan dan memulangkan kembali wang deposit kepada pelanggan yang seterusnya. Dan secara tiba-tibanya namanya dan kumpulan muziknya lenyap tanpa sebarang berita.

Seorang wartawan berjaya menemu ramah Noura. Setibanya di rumah penyanyi itu, dia terbau kemenyan yang cukup kuat dan dinding rumahnya dipenuhi dengan ayat-ayat Al-Quran. Wartawan itu menggambarkan keadaan Noura yang semakin kurus mencengkung berbanding sebelum ini sedikit berisi.

Untuk makluman, Noura juga ada mengambil beberapa gambar yang di majlis tersebut untuk digunakan bagi tujuan dokumentasi. Apabila mereka melihat semula gambar diambil, gambar-gambar tersebut tidak dapat memaparkan dengan jelas bentuk wajah dan tangan tetamu majlis perkahwinan tersebut.

Error happened.
noura al taqaqa
https://lomp.at/jhofz
Share22Tweet14SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara