Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

“Allah Dah Jawab Doa Akak”-Norharizan Tak Sangka Dijemput Ke Rumah Allah Selepas Beli Baju Melayu

by Phic ARMAN
March 20, 2024
Share on Facebook

Kisah yang menyentuh hati tentang nasib dan kebaikan yang tidak dijangka telah memberi inspirasi kepada ramai orang baru-baru ini. Seorang pemuda yang tidak menyangka mendapat tuah besar selepas membeli baju Melayu dari jenama Bulan Bintang, akhirnya mengambil keputusan untuk memberikan hadiah yang dimenanginya kepada ibu tercinta.

Pemuda itu bernama Muhammad Akmal Firdaus Hushaimi, 23, dan ibunya Norharizan Uda Osman, 49. Dengan hati yang penuh kegembiraan dan terharu, Akmal memberikan hadiah pakej menunaikan ibadah Umrah itu kepada ibunya. Dia memberitahu bagaimana dia memenangi hadiah itu dan bagaimana dia mahu ibunya merealisasikan impian mereka bersama. Ibu Akmal dalam linangan air mata terharu, menerima pemberian itu dengan tangan terbuka, kagum dengan kebaikan dan  anaknya.

“Mak memang sudah lama teringin nak ke Tanah Suci menunaikan umrah. Alhamdulillah, Allah kabulkan dengan menang peraduan Imbas dan Menang Bulan Bintang. Doa ibu memang tak nafi keberkatannya. Mak teringin nak pergi Tanah Suci, lepas tekan tebus, Alhamdulillah impian mak tercapai.

“Mak memang tak sangka dan sampai sekarang masih tak percaya yang dia menang umrah. Memang itu impian dia dan terima kasih banyak banyak untuk pengasas Bulan Bintang kerana merealisasikan impian mak,” katanya.

Dek kerana video viral yang membuatkan ramai sebak, pengasas jenama terbabit, Azzim Zahid Azmi atau Meri turun padang sendiri bertemu ibu tunggal terbabit di Ipoh, Perak.

@meripergibulat

Rezeki tak pernah salah alamat. Tahniah lagi sekali kak, jangan lupa doakan Bulan Bintang ye ?? #bulanbintang

♬ original sound – meri yang busy – meri yang busy

Menerusi video temu bual Meri dengan Norharizan yang dikongsikan di laman TikTok, ibu tunggal itu sudah tiga tahun menanam impian untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

“Saya beli tiga pasang baju Melayu untuk tiga orang anak teruna saya. Pada mulanya, anak saya mahukan PS5 jika ada rezeki memenangi peraduan ini. Pada saya, jika ada rezeki, Insya-Allah. Cubaan pertama untuk anak sulung, kami tidak memenangi sebarang hadiah dan untuk anak kedua pula, kami memenangi baucer.

“Bagi percubaan terakhir, anak-anak mahukan saya sendiri yang menekan telefon pintar. Saya hanya bertawakal dan tak sangka saya memenangi pakej Umrah. Syukur Alhamdulillah.

“Saya dah tiga tahun tanam impian, tak sangka bila beli baju Melayu Bulan Bintang untuk anak-anak, ini yang saya dapat. Bagi kami yang kurang kemampuan, inilah rezekinya. Saya memang terharu kerana tak sangka, rezeki saya nak tunai Umrah, nak melihat Kaabah bakal tercapai, Alhamdulillah. Allah dah jawab doa saya,” katanya.

@madakmal_

Ya Allahhhhhhh macam tak percaya. Rezeki mama dapat hadiah umrah. Jarang betul bertuah camni TQ @bulanbintangclothing @meripergibulat ? #bulanbintang #bajumelayu #fyp @Bulan Bintang Clothing HQ @meri yang busy

♬ original sound – mal – mal

Tambah Norharizan, dia tidak menyangka rezeki kali pertama berbelanja baju sedondon untuk anak-anak menjadi punca rezeki untuk dirinya menunaikan ibadah terbabit.

“Saya belum pernah ke Makkah, tahun lalu kakak saya sekeluarga ada ke sana. Saya gembira lihat mereka tapi saya sayu kerana saya memasang keinginan itu, tetapi Allah masih belum izinkan. Selepas saya menang peraduan itu, saya tertanya, betul ke? Bukan ‘scam’ ke? Anak cakap tak, memang betul dapat.

“Saya membeli baju sedondon berwarna biru untuk anak-anak saya pakai di Hari Raya nanti sebab sebelum ini, kami tak pernah merasa. Saya tak sangka, rezeki pakej umrah ini yang saya dapat selepas berbelanja untuk anak-anak,” katanya lagi.

Norharizan memenangi pakej Umrah untuk dua orang dan ia bernilai RM12,090 untuk setiap seorang.

Menerusi kempen Terrrrpaling Raya Bulan Bintang menawarkan hadiah bernilai lebih RM3 juta untuk semua pelanggan tahun ini. Antara hadiah yang ditawarkan adalah 10 Perodua Myvi dan Bezza, iPhone 15, emas 999, pakej umrah dan banyak lagi.

Bulan BintangMuhammad Akmal Firdaus Hushaimi
https://lomp.at/24k2b
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Verona Pictures
Viral

Kisah Seram Noura Al Taqaqa, Penyanyi Kuwait Yang Menyanyi Di Majlis Kahwin Jin

by Nurul A.
March 9, 2026

Baru-baru ini tular beberapa klip video mengenai penyanyi wanita Kuwait 90-an, Noura Al Taqaqa di media sosial. Melihatkan klip tersebut,...

Read moreDetails
Viral

Bekas Cheerleader Dikenakan Hukuman Selepas Buang Bayi Dalam Tong Sampah

by Nurul A.
March 17, 2026

Seorang bekas cheerleader menghadapi pertuduhan berat selepas bayi yang baru dilahirkan ditemui meninggal dunia di dalam almari bilik tidurnya. Wanita...

Read moreDetails
Foto - @masjidattaqwattdi (Threads)
Viral

Netizen Tegur Kenyataan Masjid At-Taqwa TTDI- “Explaination 2 Muka Surat Tapi…”

by Nurul A.
February 27, 2026

Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) baru-baru ini mencuri perhatian ramai kerana timbul beberapa isu yang kurang menyenangkan. Antara...

Read moreDetails
Foto - @gn4mii (Threads)
Viral

[VIDEO] Netizen Bengang Lelaki Onani Depan Jemaah Wanita- “Lepas Tu Salahkan Pakaian Perempuan”

by Nurul A.
March 6, 2026

Tak habis-habis, kali ini tular pula sebuah rakaman CCTV yang memaparkan seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh ketika berada dalam sebuah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara