Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

ALPHA Cipta Kejayaan Dengan Raih Lebih 22 Juta Strim & Tontonan Digital Menerusi MV ‘P Ramlee Saloma’

by Naddy Joe
September 23, 2025
Share on Facebook

Kumpulan lelaki terkenal, ALPHA terus mencipta fenomena dengan kejayaan single terbaharu mereka berjudul “P Ramlee Saloma”. Dilancarkan pada 18 Julai 2025 lalu, lagu ini bukan sahaja menjadi OST sebuah drama popular malah telah mengukuhkan lagi kedudukan ALPHA dalam industri muzik tanah air.

Dianggotai oleh Rizal Rasid, Araff, Daniel Sher, Ray-D, Izat Ibrahim, Afiq Sky dan Ariel Fesol, ALPHA ditubuhkan menerusi rancangan program realiti Big Stage Alpha.

Selepas kejayaan single sulung mereka “Monalisa (Bang Bang)”, kini ALPHA sekali lagi membuktikan kemampuan dengan karya terbaharu mereka.

Lagu Inspirasi Cinta Agung

Dibawakan dalam bentuk balada moden yang menyentuh jiwa, “P Ramlee Saloma” diinspirasikan daripada kisah cinta abadi dua legenda seni negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarhamah Puan Sri Saloma.

“Saya sangat bangga kerana dalam tempoh singkat sahaja lagu ini berjaya meraih jutaan strim. Sokongan peminat membuktikan muzik kami diterima, dan itu buat saya benar-benar terharu,” kata Rizal Rasid

Berjaya Kumpul Lebih 22 Juta Capaian Digital

Hanya dalam tempoh dua bulan selepas pelancaran pada 18 Julai lalu, “P Ramlee  Saloma” telah berjaya mengumpul lebih daripada 22 juta capaian digital yang merangkumi platform Spotify, YouTube, YouTube Music, Apple Music dan tontonan video pendek.

Bagi sebuah kumpulan yang baru sahaja melangkah dengan single kedua, angka ini membuktikan bahawa muzik ALPHA mampu meninggalkan impak besar dan mendapat tempat di hati peminat. Bagi Araff, kejayaan ini menjadi pembakar semangat.

“Bila nampak lagu ini trending, semangat saya naik berganda. Saya mahu peminat tahu bahawa kami akan terus berusaha untuk hasilkan karya yang lebih baik, dan saya harap mereka terus bersama kami,” ujarnya.

MV Sebagai Hadiah Buat Peminat 

Bagi menghargai sokongan tanpa henti daripada para peminat, ALPHA kini tampil dengan video muzik (MV) rasmi “P Ramlee Saloma”.

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

Dengan visual penuh romantik dan sinematografi moden, MV ini bukan sahaja menambah makna pada lagu, malah menjadi simbol kasih sayang ALPHA kepada semua penyokong mereka.

“MV ini lahir dari hati kami untuk peminat. Ia menjadi pemangkin untuk kami hasilkan lebih banyak visual yang lebih mantap selepas ini,” jelas Ray-D.

YouTube video

Bermula 19 September 2025, MV rasmi “P Ramlee Saloma” boleh ditonton secara eksklusif di Youtube @RocketfFuelNetwork.

Manakala single tersebut boleh distrim di semua platform digital utama seperti di Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music

ALPHA
https://lomp.at/2qh8p
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @farazmedia (FB)
Lokal

Rumah Tangga Didakwa Kembali Bergolak, Ini Respons Yusuf Bahrin

by Nurul A.
March 5, 2026

Nampaknya dakwaan mengenai pergolakan rumah tangga pelakon Yusuf Bahrin dan penyanyi rap Zizi Kirana kembali menjadi bualan ramai. Memandangkan ramai...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Aida Aris Buat ‘Live’ Di Sebelah Jenazah Anak Amyza Aznan, Undang Teguran Netizen!-“Tolong Hormat…”

by Naddy Joe
February 24, 2026

Baru-baru ini industri seni dikejutkan dengan berita pemergian putera sulung kepada pelakon dan pelawak, Amyza Aznan iaitu Allahyarham Andre Mikhail...

Read moreDetails
Foto - @hannahyeoh (FB)
Lokal

Kenapa Penampilan Hannah Yeoh Berselendang Di Bulan Ramadan Tuai Kecaman?

by Nurul A.
March 12, 2026

Jujur MURAI katakan, Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh nampak sangat manis dan sopan apabila menggayakan selendang. Berdasarkan beberapa kongsiannya di...

Read moreDetails
Lokal

Program Realiti Drama Masakan ‘Dapur Goodday’ Kini Kembali

by Naddy Joe
February 28, 2026

Program realiti drama masakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, Dapur Goodday kembali dengan musim kedua. Menemui penonton bermula 18 Februari,...

Read moreDetails
Lokal

‘Segala Bulan Islam Diratibnya’- Peminat Luah Pedih, Siti Nurhaliza Balas Dengan Lembut

by Phic ARMAN
January 26, 2026

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi menjadi bualan hangat,  tetapi bukan kerana salah apa pun. Seperti biasa, Siti...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara