Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

Alvin Chong Kecewa Dengan Netizen Menyuruh Dia Bersunat & Tukar Agama

by Ayden Mikhael
June 30, 2018
Share on Facebook

Disebabkan kerap berlakon dalam drama Melayu membuatkan segelintir netizen sesuka hati menyuruh Alvin Chong menukar agama sehingga membuatkan dia berasa agak kecewa dengan mentaliti sedemikian.

Menurut Alvin, isu agama baginya telah mengguris perasaannya yang merupakan pengganut agama Kristian.

“Saya kecewa apabila ada orang yang tidak kenal bertanya atau berjenaka berkaitan agama serta bertanya bila saya ingin menukar agama.

“Perkara seperti ini juga berlaku terhadap orang Melayu yang berhijrah keluar negara, mereka juga turut melalui perkara yang sama iaitu akan ada yang bertanya dan meminta mereka tukar agama. Itu yang saya rasa,” DIpetik Dari Mstar Online.

Bagi Alvin, pendekatan untuk menarik seseorang itu mengenali agama Islam seharusnya dilakukan dengan cara yang baik dan sopan. Hal itu sedikit sebanyak membuatkan dia tidak gemar dengan mentaliti segelintir masyarakat Malaysia yang dilihat seperti sengaja menyebabkan kekecohan.

“Dia perlu kenal dan jadi kawan saya dahulu. Kenapa masih ada orang bermentaliti begini di Malaysia?

“Mereka tanya bila saya nak sunat (bersunat), bila nak masuk Islam dan bergurau tentang agama. Bagi saya ia terlalu peribadi. Saya tidak akan balas mesej-mesej begini kerana ia hanya akan menjadi perkara serius dan sensitif,” ujarnya lagi.

Mengulas tentang dunia lakonan, pelakon berusia 26 tahun itu akui bahawa dia pernah menerima tawaran untuk melakonkan watak sebagai seorang lelaki Melayu. Bagaimanapun, disebabkan merasai dirinya belum fasih berbahasa Melayu, Alvin terpaksa menolak tawaran berkenaan.

“Ada tawaran yang mahu saya bawa watak lelaki Melayu tapi saya tolak kerana saya rasa tidak bersedia.

“Bahasa Melayu saya masih belum fasih, saya akan minta penulis skrip sama ada dia boleh tukar kepada watak mualaf barulah saya boleh terima,” tambahnya lagi.

murai.my berharap agar Alvin dapat meneruskan kerjaya sebagai seorang pelakon serta penyanyi. Abaikan apa yang netizen berkata negatif dan terus pandang ke depan untuk kerjaya yang sedang meninggkat naik, aamiin!

Sumber : Mstar Online

alvin chong
https://lomp.at/ttkkf
Share4Tweet2SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Ini Rahsia Port Dickson, Pasir Pink & Tarikan Hebat Yang Perlu Anda Cuba!

by Farah Fatihah
January 21, 2026

Port Dickson bukan sahaja terkenal dengan pantainya yang cantik, malah menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk pelancong, sama ada bersama keluarga,...

Read moreDetails
Foto - @nabilzira (IG)
Lokal

Dakwa Ada Pihak Iri Hati, Nabil Ahmad Tegas Hubungan Baik Dengan Fazura

by Nurul A.
February 26, 2026

Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad menjadi perhatian ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa hubungannya dengan aktres Nur Fazura...

Read moreDetails
Foto - @zendaya (IG)
Hollywood

Kenapa Zendaya Minta Aktres Seksi Ini Jaga Jarak Daripada Tom Holland?

by Nurul A.
January 30, 2026

Spekulasi mengenai kehidupan peribadi pasangan selebriti, Zendaya dan Tom Holland kembali mencuri perhatian ramai. Kali ini, khabar angin tersebut mengaitkan...

Read moreDetails
Foto - @yayasanwarisananakselangor (IG)
Berita

Individu Lahir Tahun 2008 Berpeluang Tebus RM1500 TAWAS Selangor 2026

by Nurul A.
January 23, 2026

Berita gembira untuk mereka yang lahir pada tahun 2008! Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) bakal menyalurkan pembayaran manfaat bagi individu...

Read moreDetails
Foto - @markruffalo (IG)
Hollywood

Peminat Kecewa, Mark Ruffalo Sahkan “Hulk” Tiada Dalam ‘Avengers: Doomsday’

by Nurul A.
January 23, 2026

Peminat meluahkan rasa kekecewaan selepas aktor Mark Rufallo mengesahkan bahawa watak "Hulk" tidak akan kembali dalam filem 'Avengers: Doomsday' yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  5. 5

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara