Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Individu Lahir Tahun 2008 Berpeluang Tebus RM1500 TAWAS Selangor 2026

by Nurul A.
January 23, 2026
Foto - @yayasanwarisananakselangor (IG)

Foto - @yayasanwarisananakselangor (IG)

41
KONGSIAN
Share on Facebook

Berita gembira untuk mereka yang lahir pada tahun 2008!

Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) bakal menyalurkan pembayaran manfaat bagi individu yang lahir pada tahun 2008. Untuk makluman semua, TAWAS ialah satu program khas kerajaan negeri Selangor untuk memberi manfaat jangka panjang kepada anak-anak kelahiran Selangor.

Penting untuk kamu tahu, TAWAS terbuka kepada bayi dan anak-anak kelahiran Selangor yang memenuhi syaray dan permohonan perlu dibuat sebelum umur 3 tahun.

View this post on Instagram

Kelayakan & Syarat Pemohon TAWAS

  1. Warganegara Malaysia dan mempunyai MyKid/atau MyKad.
  2. Dilahirkan di Selangor atau memenuhi syarat kelahiran yang ditetapkan oleh kerajaan negeri Selangor
  3. Terbuka kepada anak-anak kelahiran mulai 1 Januari 2008 sahaja
  4. Permohonan perlu dibuat sebelum usia anak mencapai 3 tahun
  5. Permohonan perlu dibuat oleh penjaga sah, untuk anak angkat pula perlu disertakan salinan surat perakuan anak angkat atau surat kuasa penjagaan rasmi.

Pada masa yang sama, penjaga perlu menyediakan salinan MyKid dan sijil lahir anak, salinan MyKad ibu dan bapa. Bagi anak angkat pula, salinan MyKad penjaga dan salinan surat perakuan anak angkat.

Semakan Kelayakan

  1. Layari web rasmi semakan TAWAS [https://tawas.yawas.my/login.php]
  2. Masukkan nombor MyKad ibu, bapa atau penjaga
  3. Klik “Log Masuk” untuk lihat status pendaftaran, maklumat ahli dan kelayakan tuntutan

Untuk sebarang masalah, hubungi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) di 03-5481 8800 atau emel khairat.tawas@gmail.com.

Cara Kemaskini Maklumat

Ibu bapa atau penjaga ahli TAWAS boleh mengemas kini maklumat di https://tawas.yawas.my/login.php atau aplikasi YAWAS sebelum fasa pembayaran pada Mac 2026.

Kemas kini maklumat: 

  1. Nombor telefon ibu, bapa atau penjaga
  2. Alamat tempat tinggal terkini
  3. Emel ibu, bapa atau penjaga
  4. Pilihan kaedah pembayaran

Fasa Pembayaran 

Fasa pembayaran TAWAS Selangor 2026 untuk anak kelahiran 2008 terbahagi kepada 4 fasa seperti:

  • Fasa 1 (Ahli lahir bulan Januari-Mac): 15 Mac sehingga 30 Mac 2026
  • Fasa 2 (Ahli lahir bulan April-Jun): 15 Jun sehingga 30 Jun 2026
  • Fasa 3 (Ahli lahir bulan Julai-September): 15 September sehingga 30 September 2026
  • Fasa 4 (Ahli lahir bulan Oktober-Disember): 15 Disember sehingga 30 Disember 2026

Untuk pengetahuan semua, jika terlepas peluang membuat tuntutan dalam fasa yang ditetapkan, tuntutan boleh dilakukan pada fasa seterusnya. Tetapi tempoh tuntutan adalah selama satu tahun dari tarikh hari lahir yang ke-18.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
Tabung Warisan Anak Selangortawastawas selangor 2026
Share16Tweet10SendShare

KINI TRENDING

Berita

Kenapa Meerqeen Dipilih Jadi Duta REDMI Note 17 Series?

by Phic ARMAN
August 20, 2026

Bila Xiaomi umumkan Meerqeen sebagai Malaysia Ambassador untuk REDMI Note 17 Series, ramai mungkin tertanya-tanya, kenapa Meerqeen? Jawapannya sebenarnya cukup...

Read moreDetails
Berita

Gardenia Semarakkan Merdeka 2026, 5,000 Cenderahati Buat Pengunjung

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Bila sebut sambutan Hari Kebangsaan, bukan hanya perarakan dan kibaran Jalur Gemilang yang mencuri perhatian. Tahun ini, Gardenia Bakeries (KL)...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Meja Bulat & CCTV Jadi Bukti, Sami Thailand Seleweng Dana Kuil & Jalin Hubungan Sulit 

  2. 2

    Cadangan PU Riz Henti Pelihara Anjing Tuai Kecaman -“Saya Personally Tak Suka Anjing”

  3. 3

    Publisiti Jer! 3 Kes Skandal Selebriti Ini Guna Modus Operandi Yang Sama

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara