Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Amar Baharin Kayuh Basikal 50 Darjah Celcius ke Madinah, Berjaya Sampai Walau Dianggap Kerja Bodoh

by Puteri Alia
May 29, 2025
2.6k
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Amar Baharin dan penjelajah Grand Slam negara, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin akhirnya menamatkan misi pengembaraan epik mereka, “Journey to Tanah Haram”, apabila selamat tiba di Masjid Nabawi, Madinah pada jam 10.45 pagi waktu Arab Saudi, bersamaan 3.45 petang waktu Malaysia.

Misi penuh cabaran yang menyaksikan mereka berkayuh dari pekan terakhir di Al Henakiyah sejauh 115 kilometer itu menjadi detik penuh emosi dan kesyukuran buat kedua-duanya. Qobin meluahkan rasa syukur kepada Allah atas kejayaan mereka mengharungi perjalanan yang sebahagian besarnya menggunakan basikal, selain kenderaan darat dan udara.

Menurutnya, pengembaraan itu bukan untuk mencipta nama atau rekod peribadi, sebaliknya memenuhi impian yang telah lama terpendam untuk menjejakkan kaki ke bumi Madinah dengan cara luar biasa. Amar pula mengakui terharu dan tergamam dengan pencapaian tersebut yang disifatkannya sebagai pengalaman luar biasa.

Katanya, perjalanan itu amat mencabar dari segi mental dan fizikal, lebih-lebih lagi apabila perlu meredah cuaca ekstrem dengan suhu mencecah 50 darjah Celsius. Rasa tidak percaya masih menyelubungi dirinya apabila berjaya sampai ke Madinah dengan menggunakan basikal sebagai kenderaan utama. Amar juga tidak menyembunyikan keterujaannya untuk segera menziarahi Makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi.

Perjalanan mereka yang bermula dari Padang Besar, Perlis pada 27 April lalu dengan pelepasan istimewa oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah merentasi Thailand, Iran, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi, mengambil masa keseluruhan selama 33 hari.

Kisah Limbad, Ahli Silap Mata Indonesia Digelar "Syaitan" & Ditahan Askar Arab Saudi
amar bahrinhajiMasjid Nabawiumrah
https://lomp.at/cits4
Share1035Tweet647SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Ragam Watie Hanifiah ‘Food Hunting’ Ketika Sarat Hamil, Curi Perhatian Netizen!-“Seronok Tengok..”

by Naddy Joe
January 5, 2026

Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen 'me time' di Indonesia,...

Read moreDetails
Lokal

Ojenn Aiwahhh Kesal Dengan Sikap Netizen Beri Komen Persoal Lelaki Berperwatakan Lembut

by Naddy Joe
February 13, 2026

Usahawan dan pempengaruh terkenal Ojenn Aiwahhh meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoal lelaki berperwatakan lembut. "Lauk masyaAllah...

Read moreDetails
Lokal

Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon, Adam Corrie membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang tidak menghantar anak lelakinya itu untuk belajar di sekolah...

Read moreDetails
Korea

20 Bilion Won Cukai Tertunggak? Ini 5 Fakta Kes Siasatan Cha Eun-woo

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Bila sebut nama Cha Eun-woo, ramai bayangkan visual ‘heaven’, senyuman manis dan bakat yang makin bersinar dari ASTRO ke dunia...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ridzokumura Kongsi Momen Anak Sahur Tanpa Ibu Di Sisi, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 19, 2026

Perkongsian usahawan dan pempengaruh terkenal, Ridzokumura mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak lelakinya, Sky Taizo Okumura yang menikmati...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore