Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Ambil Kesempatan Guna Nama SEARCH, Ahli Kumpulan Ambil Tindakan Undang-Undang

Mozylir telah menggunakan nama SEARCH tanpa kebenaran

by Khai Azfar
May 20, 2021
Share on Facebook

Ahli kumpulan SEARCH yang terdiri daripada Amy dan Nasir telah membuat tuntutan terhadap Mozylir Bin Mokhtaruddin yang dipercayai pemilik perniagaan ‘Home Of Champins’ berikutan menggunakan nama kumpulan tersebut untuk tujuan promosi dan perniagaannya tanpa kebenaran.

Promosi Perniagaan Guna Nama SEARCH

Menerusi sebuah kenyataan yang dikirimkan kepada pihak Murai.my, SEARCH yang terdiri daripada Amy, Nasir, Nordin dan Kid bersetuju untuk turut memberikan hak nama kumpulan ini dan hasil kerja sepencarian seorang lagi ahli kumpulan mereka, Allahyarham Yazit yang meninggal dunia pada tahun 2019.Segala hak tersebut sejak tahun 1981 kini akan diberikan kepada waris-waris Allahyarham Yazit.

Bagaimanapun, Amy dan Nasir mendapat tahu baru-baru ini Mozylir telah menggunakan nama SEARCH tanpa kebenaran Nasir, Amy dan waris arwah Yazit.

“Nasir dan Amy telahmendapat tahu bahawa Mozylir Bin Mokhtaruddin/Home of Champions telah :-

(a) menggunakan nama “fenomenasearch” melalui laman web https://www.fenomenasearch.com dan menggunakan e-mel yang memakai nama domain fenomenasearch.com;

(b) menjual pakaian-pakaian dan aksesori menggunakan nama SEARCH atau imej-imej yang berkaitan dengan SEARCH melalui, antara lainnya, beberapa laman web seperti :-(i) https://www.fenomenasearch.com/shop;
(ii) https://www.facebook.com/fbhomeofchampions/;
(iii) Instagram: @homeofchampions.store; dan
(iv) Shopee @homeofchampions.store;
(c) menjual kasut “Aliph x SEARCH – Edisi 2021” atas dasar penjualan terhad kepada 999 unit” jelas kenyataan tersebut

Keluarkan Tuntutan 

Berikutan itu, pihak SEARCH telah mengambil nasihat guaman dan mengeluarkan tuntutan terhadap Mozylir untuk menghentikan kegiatan-kegiatannya seperti yang tertera. Difahamkan, Amy akan menjelaskan lebih lanjut mengenai isu yang terjadi menerusi IG Live nya @akuamysearch pada hari Jumaat(21 Mei 2021) jam 8 malam.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
amy searchKumpulan Search
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  5. 5

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara