Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Ambil Tahu! Ini 5 Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum ‘Check Out’ Hotel

by Aphit J.
July 26, 2020
via Agoda

via Agoda

12
KONGSIAN
Share on Facebook

Bercuti dan memiliki bilik hotel yang diidamkan merupakan salah satu aspek yang akan memberikan suasana percutian anda bertambah seronok dan menarik. Setelah menggunakan bilik hotel, ada sesetengah daripada kalangan kita yang mengemas kembali bilik dan ada juga yang membiarkan keadaan bilik hotel berselerak.

Di sini ada 5 tip yang anda boleh amalkan untuk memastikan bilik dalam keadaan kemas sebelum meninggalkan bilik hotel anda.

Membuang Sampah Dan Sisa Makanan

via Eurotek

Mungkin ada yang berpendapat bahawa anda telah membayar kos penginapan, jadi kerja pembersihan diserahkan sepenuhnya kepada pihak hotel. Sebaiknya buanglah sampah dan sisa makanan anda di dalam tong sampah supaya mudah untuk kerja pembersihan kelak.

Melakukan Pembersihan Ringan

via Media Licdn

Tidak salah sekiranya anda melakukan sedikit pembersihan ringan sebelum meninggalkan bilik hotel. Sebaiknya lap meja yang mempunyai sisa tumpahan makanan dan minuman serta sekiranya terdapat gumpalan rambut di dalam bilik air, buanglah ke dalam tong sampah.

Meletakkan Barang Di Tempat Asal

via Oho Feed

Ini perkara yang jarang dilakukan ketika mengemas bilik hotel. Sebaiknya letakkan remote tv dan remote air conditioner di satu tempat yang mudah untuk dilihat. Begitu juga dengan susun atur barangan di dalam bilik hotel seperti katil, meja dan kerusi, kembalikan kepada kedudukan yang sediakala.

Mengumpul Tuala Di Satu Tempat Yang Kering

via Forbes

Kebanyakkan hotel ada menyediakan tuala dan kain lebih kepada penginap bilik. Sebelum check out, kumpul tuala dan kain di satu tempat yang kering dan elakkan meletakkan di atas katil mahupun di atas kerusi. Ini kerana akan memberikan kesan yang lembab terhadap permukaan katil.

Membuang Tanda Do Not Disturb Di Pintu Hotel

via Flyer Talk

Sebelum keluar, perkara yang terakhir adalah memastikan tanda Do Not Disturb di buang ataupun di letakkan tanda Please Make Up Room. Sekiranya anda membiarkan tanda Do Not Disturb, berkemungkinan ini akan memberikan kesan kepada petugas yang ingin mengemas bilik anda.

Jadi tidak salah sekiranya anda mempunyai sedikit common sense sebelum meningglkan bilik hotel seperti mengemas bilik dan memastikan dalam keadaan yang teratur. Ini akan memudahkan lagi untuk petugas mengemas bilik anda.

etika menginap di hotelperkara yang perlu dilakukan sebelum check outtip menginap di hoteltip sebelum check out
https://lomp.at/v2p08
Share9Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - TRX
Jalan-Jalan

Rai Tradisi & Kebersamaan Dengan The Exchange TRX Menerusi ‘Rimbun Raya’

by Nurul A.
March 21, 2026

Sempena Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, The Exchange TRX membawakan Rimbun Raya, sebuah kempen perayaan yang...

Read moreDetails
Foto - redBus
Destinasi

Hari Wanita Antarabangsa: 5 Idea Percutian Solo Untuk Kamu Yang Sukakan ‘Adventure’!

by Nurul A.
March 7, 2026

Perjalanan solo bagi wanita kini bukan sekadar hashtag menarik di Instagram, ia telah menjadi satu gerakan yang mencerminkan peralihan yang...

Read moreDetails
Hotel

Tak Payah Terbang! Rasa Yogyakarta Datang Terus Ke Penang Marriott Hotel

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Ada satu benda MURAI percaya… kalau bau rempah dah sampai dulu sebelum kita nampak makanan, confirm malam itu tak akan...

Read moreDetails
Hotel

Renaissance Johor Bahru Tawar Peluang Berbuka Bersama Zam Akmal & Sheila Rusly

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Setiap kali Ramadan tiba, suasananya memang berbeza. Bukan sekadar tentang juadah di meja, tetapi juga tentang kebersamaan, cerita dan momen...

Read moreDetails
Hotel

Dari Rendang Tok Sampai Burnt Cheesecake Durian, Buffet Raya Lemon Garden Shangri-La KL Kembali Lagi

by Phic ARMAN
March 29, 2026

Musim Raya memang tak lengkap tanpa jamuan besar-besaran, kan? Kali ini, MURAI nak bawa anda menjengah kemeriahan Hari Raya Open...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara