Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Amelia Henderson Tak Sangka Ambil Watak Pelacur & Penyanyi- ‘Saya Kena ‘Panic Attacks” & Hampir Menangis’

by Phic ARMAN
August 17, 2023
Share on Facebook

Buat julung kalinya, Astro memaparkan drama di sebalik tabir pembikinan pertandingan realiti nyanyian. Dengan pengalaman berdekad lama dalam menerbitkan rancangan-rancangan realiti nyanyian popular, Astro kini menyingkap kisah-kisah yang berlaku disebalik pembikinannya. Menerusi siri fiksyen yang diilhamkan oleh kisah-kisah benar, ‘One Million Dollar Voice’ bakal mengundang pelbagai reaksi dan pertanyaan di kalangan para penonton dan peminat drama.

‘One Million Dollar Voice’ membariskan nama-nama hebat and popular dunia hiburan Malaysia termasuk Emma Maembong, Amelia Henderson, Ben Amir, Lah Ahmad, Roy Azman, Datin Nina Juren, Sean Lee, Zarul Umbrella serta nama-nama baharu seperti Naufal Azrin, Uriah SK, Neeta Manisha, Bee Aishah, Ezra Kairo, Tracie Sinidol, Layla Sania dan ramai lagi. Drama yang bakal menggegarkan industri hiburan ini diarahkan oleh Michael Ang dan diterbitkan oleh Juita Viden.

Apa yang MURAI dapat saksikan dari episod utama yang dipertontonkan secara eksklusif kepada media semalam, terdapat 10 peserta yang menyertai ‘One Million Dollar Voice’. Dua daripadanya bukanlah dari industri muzik iaitu Ben Amir dan Amelia.

Ketika sidang media yang berlangsung selepas acara pratonton episod pertama, Amelia yang memegang watak sebagai Zana berkata dia tidak menyangka akan menyanyi dalam projek ini.

“Bila Michael Ang hubungi saya bercerita tentang projek ini, saya rasa macam tak percaya ‘Serius ke?’. Pekerjaan saya (pelacur) dalam watak ini agak sedikit pelik, dah la kena menyanyi pula. Saya kadang-kadang rasa tertipu pula, pada mulanya saya fikir bukan watak macam ni selepas bincang dengan Michael Ang. Bukan setakat kena menyanyi di audisi tetapi di atas pentas besar juga.”- katanya.

Di Luar Zon Selesa

Walaubagaimanapun, Amelia menyahut cabaran ini kerana dia beranggapan bahawa watak ini diluar zon selesanya.

“Tapi apa yang membuatkan saya menerima tawaran ini adalah kerana ia sebuah cabaran luar biasa untuk saya. Ia diluar ‘comfort zone’ !”

“Tapi saya berasa sangat kerdil bila bersama-sama pelakon yang mempunyai bakat nyanyian yang hebat-hebat. Sebenarnya hanya saya dan Ben Amir sahaja yang bukan penyanyi dalam 10 orang peserta.  Jadi tekanan itu memang ada, namun selepas melihat hasilnya saya berasa sangat bangga dengan projek ini”

Kena Serangan Panik

Berkongsi pengalaman pahit dan manis ketika penggambaran, Amelia mengaku mengalami serangan panik tatkala kali pertama masuk studio rakaman.

“Ini kelakar, ketika saya pertama kali masuk studio rakaman, saya mengalami serangan panik sebab saya stress kerana tak pernah nyanyi depan orang. Memang saya betul-betul tertekan, sampai menangis dalam studio rakaman. Tapi saya sentiasa membetulkan apa yang kurang untuk melakukan yang terbaik dalam projek ini”

‘One Million Dollar Voice’

View this post on Instagram

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Drama rantaian ini merupakan sebuah drama yang diinspirasikan oleh kisah-kisah benar sebuah pertandingan realiti nyanyian terbitan Astro. Sepuluh penyanyi amatur mempunyai misi yang sama iaitu untuk menyertai pertandingan realiti nyanyian ‘One Million Dollar Voice’ yang diterbitkan oleh Ria Nusantara Network untuk memenangi USD 1 juta serta merebut gelaran juara #1MDV musim keempat. Mereka akan melakukan apa jua untuk menyertai dan kekal dalam pertandingan tersebut. Mungkinkah musim ini merupakan musim paling ‘kotor’ yang dipenuhi dengan elemen jenayah?

‘One Million Dollar Voice’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 28 Ogos 2023, jam 10.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati drama ini di Astro.

Adam Corrie Kongsi Realiti Seorang Mualaf, Kekasih Ben Amir Tampil Bersuara- "Islam Sepatutnya...
Amelia Hendersonben amirDatin Nina Jurenemma maembongLah Ahmadroy azmansean leezarul umbrella
https://lomp.at/el3ec
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @amirulhakim_mustapha (Threads)
Lokal

[VIDEO] Mawi AF Dedah Pernah Terima Pakaian Dalam Berlendir Dari Peminat Fanatik

by Nurul A.
March 16, 2026

Selepas sebelas tahun, penyanyi Mawi berkongsi satu pengalaman pelik  yang telah mengejutkan orang ramai. Pengalaman itu dialaminya sendiri selepas menjuarai...

Read moreDetails
Lokal

Sasha Aziz Terima Teguran Ustazah Perjelas Hukum Jalani Rawatan Ketatkan Alat Sulit-“Saya Belajar Benda Baru..”

by Naddy Joe
January 22, 2026

Usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz sebelum ini menjadi kecaman netizen di media sosial selepas membuat perkongsian mengenai...

Read moreDetails
Foto - @billieeilish (IG)
Hollywood

Gemar Penampilan ‘Oversized’, Ini Alasan Peribadi Billie Eilish

by Nurul A.
March 3, 2026

Nama Billie Eilish sering menjadi topik hangat dalam kalangan peminat. Penyanyi ini bukan sahaja dikenali kerana muzik hebatnya, tetapi juga...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (Threads)
Lokal

Kamal Adli Tegur Konten Persenda Solat- “Dah Basi Lawak Macam Ni”

by Nurul A.
March 17, 2026

Bab-bab ibadah memang tiada kompromi! Pelakon Kamal Adli mencuri perhatian ramai selepas meninggalkan komen berbentuk teguran kepada seorang pemuda di...

Read moreDetails
Foto - @princeandprincessofwales (IG)
Hollywood

Putera Andrew Terpalit Skandal Epstein, Putera William Larang 2 Puteri Ini Dekati Keluarga

by Nurul A.
March 2, 2026

Dua anak perempuan Putera Andrew, Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie, dilaporkan telah dilarang daripada menghadiri acara perlumbaan kuda Royal Ascot...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara