Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Amira Othman Tampil Manis Berbaju Pink, Peminat- “Comel Sangat Kaklong!”

by Farah Fatihah
December 9, 2025
Foto: Ig @amiraaothman

Foto: Ig @amiraaothman

36
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa je tak kenal Fattah Amin, atau nama penuhnya Abdul Fattah Bin Mohd Amin, dan Amira Othman yang sebenarnya bernama Nadia Amira Binti Othman, merupakan selebriti terkenal sekaligus pasangan sejoli yang diminati ramai dan telah mencuri perhatian apabila kedua-duanya tampil bersama dalam sesi bual bicara sempena Festival KEMAS (FESMA) 2025 yang berlangsung di Pentas Utama, Dewan A, MAEPS Serdang.

Kehadiran dua selebriti popular ini bukan sahaja mengujakan para pengunjung, malah turut menambah kemeriahan festival yang menghimpunkan pelbagai aktiviti komuniti serta program pembangunan masyarakat.

FESMA merupakan medan penting untuk mencungkil potensi anak-anak pintar KEMAS melalui program seperti Huffaz Cilik 5 dan 6 Tahun, Ikon Bitara Ilmu dan Grand Finale Akademi Alpha Gen Talents @ KEMAS. Turut memeriahkan festival ini ialah persembahan Choral Speaking yang penuh bersemangat oleh kanak-kanak TABIKA KEMAS, sekali gus menyerlahkan bakat dan keyakinan mereka di pentas besar.

Outfit Pink Amira Jadi Perhatian Peminat

View this post on Instagram

Selain penampilan di pentas, tumpuan netizen turut terarah kepada gambar yang dimuat naik Amira Othman di Instagram. Dalam gambar tersebut, Amira tampil anggun dengan busana serba pink di samping Fattah Amin, sekali gus mencetuskan perbualan hangat di media sosial.

Ramai memuji penampilannya yang kelihatan semakin berseri, dengan komen,

Amira dan pink sangat cantik

Masha Allah berseri sangat kak Long pakai pink, seronoknya kerja dengan rakan serumah. Semoga rezeki kalian melimpah ruah

MasyaAllah, Tabarakallah… Amira awak memang berseri dengan warna pink

Mira looks so gorgeous in hot pink… Tak semua sesuai tapi you catry it well…Fly high my fav couple …Keep shining together

Apa yang turut mencuri perhatian ialah kapsyen Amira yang berbunyi,

“Sepetang Ahad kerja bersama rakan serumah.”

Kapsyen tersebut telah membuatkan peminat terhibur. Ada juga netizen yang meninggalkan komen nakal seperti, “Senyum kak long sejuk banget, semakin deras rezekinya dengan rakan serumah,” menambah lagi gelak tawa di ruangan komen.

Di pihak lain, peminat memuji keserasian Fattah dan Amira sepanjang berada di FESMA 2025. Mereka digambarkan sebagai pasangan yang profesional, merendah diri serta mudah didekati.

Secara keseluruhan, penampilan Fattah Amin dan Amira Othman di FESMA 2025 bukan sahaja memeriahkan festival, malah menjadi perbualan hangat di media sosial khususnya gaya manis Amira dalam pakaian pink yang terus ‘menang’ di hati peminat.

amiraothmanfattahaminFESMAKEMAS
https://lomp.at/wuigm
Share14Tweet9SendShare

KINI TRENDING

Foto - @noornabila (IG)
Lokal

Noor Nabila Buka Mulut Tentang Kekasih Baru, Netizen Lega Bukan Aliff Aziz

by Nurul A.
February 5, 2026

Usahawan dan pempengaruh gaya hidup, Noor Nabila kembali mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar mesranya bersama seorang jejaka. Menerusi...

Read moreDetails
Berita

Ayda Jebat Kesal Dengan Sikap Peminat Yang Datang Usap Perut-“Nak Cakap Tak Selesa..”

by Naddy Joe
January 12, 2026

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat meminta pandangan warganet di media sosial berhubung sikap sesetengah individu yang bertindak sesuka hati memegang...

Read moreDetails
Lokal

Nedim Nazri Pertahan Nora Danish Dikecam Netizen Di Threads-“Jangan Persendakan Seseorang!..”

by Naddy Joe
March 4, 2026

Bekas suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz dilihat mempertahankan bekas isterinya yang dikecam netizen selepas memberi respon...

Read moreDetails
Lokal

Intan Najuwa Diganggu Selama Berbulan-Bulan Oleh Seorang Lelaki, Tampil Buat Laporan Polis!

by Naddy Joe
March 9, 2026

Sering diganggu sehingga pernah membuat panggilan di pejabat Polo Club, pelakon Datin Intan Najuwa memaklumkan bahawa dia telah membuat laporan...

Read moreDetails
Foto - @ezzaniejasny (IG)
Lokal

Ezzanie Mohon Maaf- “Saya Bukan Berlagak Tapi…”

by Nurul A.
January 19, 2026

Kenyataan permohonan maaf pelakon Ezzanie Jasny telah mencuri perhatian ramai. Menerusi hantarannya terbaru di platform Threads, pelakon itu memohon maaf...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara