Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Amira Sentiasa Utamakan Suami, Ambil Tahu Apa Saya Suka” – Fattah Amin Dedah Rahsia Bahagia Lepas Kahwin

by Puteri Alia
October 14, 2025
Share on Facebook

Sebulan melayari kehidupan berumah tangga, pelakon popular Fattah Amin menzahirkan rasa syukur dikurniakan seorang isteri penyayang dan berhati lembut yang sentiasa mendahulukan suami dalam setiap perkara. Menurut Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, isterinya yang juga penyanyi dan pelakon, Amira Othman, memiliki keperibadian menenangkan serta dianggap sebagai pelengkap hidup dan anugerah terindah dalam rumah tangganya.

“Amira sentiasa utamakan suami. Itu antara perkara yang buat saya rasa sangat istimewa tentang dia. Apa jua keputusan, dia akan dahulukan saya, tanya pendapat, minta izin dan ambil tahu apa yang saya suka. Itu buat saya rasa dia sangat istimewa, dia isteri syurga,” katanya dalam satu sesi siaran langsung di TikTok.

Perkongsian ikhlas pelakon Hero Seorang Cinderella itu segera tular di media sosial dan menyentuh hati ramai peminat yang kagum dengan cara Fattah menghargai isterinya. Rata-rata netizen menyifatkan pasangan itu sebagai simbol cinta matang yang sarat dengan rasa hormat dan kasih sayang.

“Sejuk hati dengar Fattah cakap macam tu. Nampak betapa dia menghargai isterinya,” komen seorang pengguna media sosial.

“Baru nampak seri kahwin Fattah sejak berkahwin dengan Amira. Semoga pasangan ni kekal bahagia dunia akhirat,” tulis seorang lagi netizen.

“Dengar cara Fattah cerita pun dah tahu Amira tu wanita lembut, penuh hormat pada suami,” ujar seorang peminat yang turut mendoakan kebahagiaan pasangan itu.

Fattah dan Amira disatukan dalam majlis pernikahan sederhana di sebuah resort di Sepang pada 14 September lalu, sebelum diraikan dalam majlis resepsi meriah di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada) Johor seminggu kemudian.

Untuk rekod, Fattah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fazura namun hubungan itu berakhir dengan perceraian pada 7 Oktober 2024. Hasil perkahwinan selama tujuh tahun, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia lima tahun.

[VIDEO] Gelagat Amira Othman Makan Bersama Keluarga Fattah Amin Di Restoran, Curi Tumpuan Ramai!
fattah amin
https://lomp.at/e493i
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @mfmirafilzah (IG)
Lokal

Mira Filzah Ambil Tindakan Selepas Wajah Disalah Guna AI

by Nurul A.
January 16, 2026

Pelakon Mira Filzah mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan kandungan yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan...

Read moreDetails
Lokal

Adam Shahz 7 Bulan Tiada Tawaran Berlakon, Persoal Rakan Mahu Pinjam Wang-“Apa Yang Dia Nampak Kat Aku..”

by Naddy Joe
January 7, 2026

Pelakon, Adam Shahz mempersoalkan tindakan salah seorang rakannya yang difahamkan seorang pelakon mahu meminjam wang daripadanya, baru-baru ini. Kongsi Adam...

Read moreDetails
Lokal

Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon, Adam Corrie membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang tidak menghantar anak lelakinya itu untuk belajar di sekolah...

Read moreDetails
Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
Foto - @chazynash (IG)
Lokal

“Salah Dari Sisi Islam Ke Tak, Biar Saya Tanggung. Tamak Betul”- Chazynash

by Nurul A.
January 8, 2026

Nampaknya isu perceraian pempengaruh media sosial, Chazynash dan bekas isterinya, Fatin Morat terus menjadi perhatian orang ramai. Kali ini  Chazynash,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore