• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Ammar Alfian Dibenarkan Menyita Premis Guardian Fitness

by Phic ARMAN
July 23, 2020
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Ammar Alfian memfailkan satu permohonan untuk menyita dan menjual aset bernilai RM500,000 daripada premis gimnasium Guardian Fitness yang telah gagal membayar penghakiman pada bulan Februari 2020.

Pengurus krisis dan jurucakap Ammar Alfian, Saiful Ridzuan dari Saiful Ridzuan Public Relations and Communications berkata, notis permohonan tersebut yang difailkan telah disempurnakan hari ini.

“Lelongan akan dilakukan dalam 14 hari sekiranya wang tersebut tidak dibayar kepada Ammar Alfian.”

Pada 24 Februari 2020, Ammar telah mendapat satu penghakiman berjumlah RM500,000 ribu ke atas syarikat Guardian Fitness Sdn Bhd kerana syarikat tersebut telah menipu dan melakukan salah nyata semasa mempelawa Ammar untuk melabur lebih dari RM400,000 sebagai balasan untuk ekuiti saham 30% peratus dalam perniagaan syarikat tersebut.

Ammar telah memeterai perjanjian perniagaan tersebut pada tahun 2016 melalui pelawaan oleh Lee Chung Howe yang merupakan salah seorang pengarah Guardian Fitness Sdn Bhd. Mahkamah bersetuju dengan pihak peguam Ammar yang syarikat itu telah membuat untung dan rugi yang dipalsukan supaya beliau melabur ke dalam syarikat tersebut.

Ekuiti saham yang dibayar oleh pelakon itu adalah untuk pegangan minoriti bagi gimnasium Anytime Fitness berkeluasan 8000 kaki persegi yang terletak di tingkat 2 di Menara Hap Seng 2, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur.

Peguam sivil dan korporat yang mewakili Ammar Alfian iaitu Nurul Hafidzah Hassan dari firma guaman NHA Advocates and Solicitors berkata, permohonan tersebut dibuat mengikut aturan undang-undang yang memberi kuasa kepada pihak Ammar untuk mendapatkan satu perintah bagi menyita dan menjual aset kepunyaan gimnasium tersebut dan melarang defendan untuk menguruskan harta yang telah disita tersebut.

“Saya menyatakan bahawa ianya adalah penting untuk anak guam kami, Ammar Alfian mendapat kembali wang yang telah dilaburkan serta kos guaman setelah pihak Guardian Fitness Sdn Bhd enggan, gagal, abai dan cuai dalam membayar penghakiman. Kami akan memastikan anak guam kami mendapat hak undang-undangnya,” tambah peguam Nurul Hafidzah Hassan. Beliau dibantu peguam Zeti Zulkifli bagi kes penipuan dan salah nyata tersebut.

ammar alfianGuardian FitnessSaiful Ridzuan
https://lomp.at/w6mpp
Share11Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

by Farah Fatihah
January 18, 2026

Bila dengar nama negeri Selangor, ramai terus teringat "shopping mall" yang besar, jalan sesak dan suasana bandar yang sibuk. Tapi...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Lokal

Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon, Adam Corrie membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang tidak menghantar anak lelakinya itu untuk belajar di sekolah...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  2. 2

    Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

  3. 3

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  4. 4

    Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

  5. 5

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore