Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Ammar Nazhan Akhirnya Merisik Elya Maisara, Netizen Terharu- “Alhamdulillah, You Kept Your Promise!”

by Farah Fatihah
December 18, 2025
via Instagram @elyamaisara_

via Instagram @elyamaisara_

56
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas bertahun bercinta, pempengaruh digital Ammar Nazhan atau nama sebenarnya Ammar Mohd Nazhan bin Noralyadi akhirnya melangkah ke fasa lebih serius apabila dikhabarkan telah merisik kekasih hatinya, Elya Maisara. Berita gembira ini membuatkan peminat dan netizen tidak menahan rasa teruja, lebih-lebih lagi melihat kesungguhan pasangan ini menjaga hubungan selama ini.

Hubungan Ammar dan Elya sudah lama menjadi perhatian peminat. Walaupun sering bekerjasama dan kelihatan mesra di media sosial, pasangan ini memilih untuk tidak terlalu mendedahkan kehidupan peribadi mereka. Sikap mereka yang santai dan sederhana membuatkan ramai menghormati ruang peribadi yang mereka tetapkan.

Majlis Merisik Mesra dan Tertutup

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @amnazhan, majlis merisik pasangan ini dikatakan berlangsung secara tertutup dan sederhana, hanya dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan komen Elya dalam video itu turut menarik perhatian netizen.

“Alhamdulillah, you kept your promise datang merisik”

@amnazhan

Eps 1- Akhirnya penantian lama. Am mulakan first step. @Elya Maisara 💍

♬ original sound – Ammar Nazhan – Ammar Nazhan

Elya Maisara turut berkongsi gambar di akaun Instagram peribadinya, @elyamaisara, memperlihatkan suasana mesra dan penuh kehangatan. Dalam gambar tersebut, Elya kelihatan anggun mengenakan busana ungu lengkap dengan cincin di jarinya, manakala Ammar Nazhan tampil kemas dengan kemeja. Perkongsian ini sekali gus membuktikan bahawa langkah Ammar membawa hubungan mereka ke tahap lebih serius.

View this post on Instagram

Reaksi Peminat dan Netizen

Rata-rata netizen meninggalkan ucapan tahniah dan doa agar urusan pasangan ini dipermudahkan. Ramai yang memuji Ammar kerana kesungguhannya membawa hubungan lama ini ke arah yang lebih serius, sementara ada juga yang berharap agar kisah cinta mereka kelak akan menjadi inspirasi ramai pasangan muda.

via Tiktok @amnazhan

Setakat ini, kedua-dua pasangan masih belum berkongsi tarikh pertunangan atau perkahwinan. Ammar dan Elya dilihat lebih selesa menyimpan perkara itu sebagai urusan peribadi, hanya akan dikongsi apabila tiba masa yang sesuai.

Untuk rekod, Ammar Nazhan memulakan kerjaya sebagai pempengaruh digital dan kini memiliki saluran YouTube, @AmmarNazhan, yang diikuti oleh berjuta-juta peminat. Selain itu, Ammar juga aktif di TikTok dan Instagram, menghasilkan pelbagai kandungan menarik termasuk drama pendek, cabaran, dan prank bersama pasukan AMZ Team.

Elya Maisara pula sering mendapat pujian kerana personaliti manis dan versatilnya di media sosial. Langkah merisik ini jelas menunjukkan keseriusan Ammar terhadap Elya, sekaligus membuktikan bahawa cinta lama boleh berakhir manis apabila kedua-dua pihak saling menghargai dan menyayangi.

Peminat pasti tidak sabar menantikan langkah seterusnya dan berharap kisah cinta Ammar dan Elya akan terus bersemi hingga ke jenjang pelamin.

Ammar Nazhanelya maisaramerisikyoutuber
https://lomp.at/xiv2w
Share22Tweet14SendShare

KINI TRENDING

Foto - @norliaghaniofficial48 (IG)
Lokal

Rahsia Lama Terungkai, Norlia Ghani Dedah Dilamar P.Ramlee Ketika Usia 17 Tahun

by Nurul A.
February 20, 2026

Pelakon veteran, Norlia Ghani menjadi perhatian selepas berkongsi satu rahsia lama yang disimpannya bertahun-tahun. Menerusi podcast 'Legasi: Sembang Sambung' yang...

Read moreDetails
Insentif

Biasiswa Anak eKasih Diperkenalkan, 10,000 Pelajar IPTA Bakal Terima Manfaat

by Ayu Kamaruddin
March 12, 2026

Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi terus komited memperluaskan akses pendidikan kepada golongan memerlukan dengan memperkenalkan Biasiswa Anak eKasih. Inisiatif baharu...

Read moreDetails
Berita

Amyza Aznan Kongsi Keadaan Anak Kedua Disahkan Hidap Kanser Tulang

by Naddy Joe
February 19, 2026

Ujian menimpa pelakon, Amyza Aznan apabila anak keduanya, Adrian Adam disahkan menghidap kanser tulang. Kongsi Amyza di Instagram, dia mendapat...

Read moreDetails
Foto - @aryanformen (TikTok) / @bront_palarae (IG)
Lokal

[VIDEO] Gemuruh ‘Catwalk’ Sampai Lupa Buang ‘Chewing Gum’, Bront Palarae Mohon Maaf

by Nurul A.
January 30, 2026

Pelakon kacak, Bront Palarae tampil memohon maaf selepas dilihat mengunyah chewing gum ketika berjalan di pentas peragaan Warna Lebaran Ariani...

Read moreDetails
Spotlight

Shiha Zikir Hidupkan Memori Raya, Gembira Dapat Bekerjasama Dengan Giant Malaysia

by Phic ARMAN
March 13, 2026

Raya tahun ini makin hangat dengan kemunculan penyanyi popular, Shiha Zikir, yang tampil dengan lagu raya terbaharu berjudul Memori Raya....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara