Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result

Siti Sarah, Noryn Aziz & Misha Omar Bakal ‘Bergabung’ Tahun Hadapan!

by Khai Azfar
November 7, 2018
Share on Facebook

Sebelum ini beberapa teaser mengenai Konsert Soul Sisters hangat diperkatakan peminat. Manakan tidak, mereka hanya mengetahui akan ada tiga penyanyi adakan konsert namun gerangan penyanyi tersebut menjadi teka-teki.

Gabungan Tiga Suara Dalam Satu Konsert

Kini teka-teki terjawab apabila sebuah sidang media mengenai konsert tiga penyanyi tersebut telah diadakan. Siti Sarah,Noryn Azizdan Misha Omar bakal bergabung dalam satu konsert yang dinamakan sebagai Konsert Soul Sisters di Panggung Sari, Istana Budaya pada 5 dan 6 April 2019.

Konsert Bertaraf Antarabangsa

Menerusi terbitan Edd Razhe Entertainment (ERE), pemilihan ketiga-tiga penghibur ini dibuat berdasarkan reputasi dan kemampuan mereka menyanyi secara live dan menyampaikan lagu-lagu Inggeris dengan hebat.

Konsert yang menampilkan genre muzik Soul dan R&B itu akan dilangsungkan hampir 2 jam dan mengetengahkan beberapa segmen menarik.

” Setiap daripada kami punyai cenderung tersendiri. Saya rasa berbesar hati dapat membuat  persembahan bersama rakan saya, Sarah dan dapat tahu pula Noryn akan bersama kami dan tidak dinafikan saya memang teruja sehingga mengalirkan air mata,” ujar Misha

Menjanjikan ianya bertaraf antarabangsa, Konsert Soul Sisters ini juga bakal menggabungkan kepakaran teknikal, penataan cahaya dan bunyi yang terbaik. Tiket-tiket berharga RM755 (Meet & Greet), RM555 (Diamond), RM355 (Platinum), RM 255 (Gold) dan RM155 (Silver) boleh dibeli bermula 8 November menerusi laman www.airasiaredtix.com

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Nyanyian Talita Dikritik Netizen!-"Bakat Tidak Dapat Diwarisi, Tiada Aura Penyanyi?"
Konsert Soul Sistermisha omarnoryn azizsiti sarah
https://lomp.at/okaz3
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem