Jeffrey Ng Mempopularkan “Mamak Malaysia” di New Zealand

Bulan Ogos amat bermakna bagi rakyat Malaysia, terutama mereka yang berada di perantauan seperti Jeffrey Ng, pemilik restoran ‘Mamak Malaysia’ di New Zealand.

Jeffrey dilahirkan di Brickfields, Kuala Lumpur, dan telah menetap di New Zealand lebih dari 20 tahun. Beliau juga merupakan generasi ketiga di Brickfields.

Brickfields, yang juga dikenali sebagai ‘Little India’, sememangnya popular dengan restoran-restoran dan makanan jalanan. Walaupun Jeffrey sudah berhijrah ke New Zealand, beliau tidak pernah melupakan budaya rakyat Malaysia, terutama sekali makanan Malaysia.

Jeffrey amat menggemari makanan Malaysia dan disebabkan inilah terlahirnya restoran beliau di New Zealand yang dibuka beberapa tahun yang lalu.

Berapa lama anda tinggal di New Zealand dan apa yang anda paling sukai di sini?

Ini merupakan tahun ke-15 saya di New Zealand. 14 tahun daripadanya saya bergiat dalam bidang hospitaliti, berkenaan dengan kafe dan restoran. Kami membuka restoran Mamak di The Chancery pada tahun 2011 dan kemudian menjualnya pada tahun 2015 untuk membuka Mamak di Takapuna.

Saya memilih untuk menetap di New Zealand kerana gaya hidupnya yang santai. Keadaannya aman dan alam sekitarnya juga amat sesuai untuk saya dan isteri saya,
Charlotte. Selain itu, masyarakat di sini juga peramah dan tidak takut mencuba sesuatu yang baru, termasuklah makanan Malaysia.

Boleh kongsi pengalaman paling manis yang pernah anda alami sepanjang berada di New Zealand?

Saya amat menyukai perladangan. Pengalaman paling manis saya disini berkaitan dengan ladang-ladang yang saya lawati di kawasan utara New Zealand, terutamanya ladang yang dimiliki oleh pasangan suami isteri yang mengembala 30 ekor alpaca.

IKLAN

Agrodome di Ngongotaha. Foto: Tripadvisor

Kami juga pernah berkunjung ke ladang di Agrodome di Ngongotaha, berdekatan dengan Rotorua. Kami amat mengagumi ‘Pertunjukan Ladang’ yang dipersembahkan oleh haiwan-haiwan yang berbakat! Tidak lupa juga dengan ‘Farmyard Nursery’ dan ‘Farm Tour’ yang kami kunjungi, yang amat menarik sekali.

Pengalaman-pengalaman seperti ini tidak boleh didapati di Malaysia dan ini membuatkannya sangat sukar untuk dilupakan.

Apakah lima perkara yang wajib dilakukan oleh pelancong Malaysia di New Zealand untuk kali pertama?

  1. Kunjungi Sky Tower untuk menikmati pemandangan 360 darjah bandar Auckland, Pelabuhan Waitemata dan tujuh puncak gunung berapi utama, dan Pulau Rangitoto.
  2. Pengembaraan luar biasa di Queenstown: Lakukan lompatan bungy, selaman udara (sky diving) dan berperahu jet. Kemudian, ketika berada di sana (dan juga Wanaka), jangan lupa untuk nikmati pemandangan tasik dan gunung-ganang yang menakjubkan.
  3. Berakit di air hitam Waitomo dan laluan bawah tanah yang sangat luas.
  4. Melawat Rotorua untuk melihat tarikan panas bumi dan gunung berapi termasuklah Waimangu Volcanic Valley, Wai-O-Tapu, di mana Lady Knox Geyser meletus
    setiap pagi tepat pada pukul 10.15 pagi dan Hell’s Gate yang sangat aktif. Pada waktu petang, ambil bahagian dalam aktiviti memasak makanan tradisional Maori iaitu hangi. Anda boleh juga berkunjung ke Polynesian Spa di Rotorua.
  5. Pergi ke set penggambaran Lord of The Rings dan The Hobbit dan ladang kerja di Hobbiton, Matamata.
Waimangu Volcanic Valley. Foto: TripAdvisor

Terangkan gaya masakan Mamak dan bagaimana ia dipengaruhi oleh NZ.

Kami memilih Mamak bagi nama restoran kami kerana ia mewakili masakan Malaysia yang mempunyai unsur-unsur makanan India (Tamil)/ Muslim, dimasak dan disajikan dalam gaya makanan penjaja jalanan. Namun, untuk memenuhi citarasa New Zealand yang berbeza, makanan yang kami sediakan di sini tidak sepedas seperti makanan di Malaysia.

Kesemua makanan kami adalah halal. Kami menyajikan ayam dan ikan kami tanpa tulang, kerana kami mendapati rami pelanggan kami tidak menyukai tulang dalam makanan mereka. Tanpa tulang, ia juga membuatkan makanan kami lebih senang untuk dimakan dan dipotong. Yang paling penting, makanan kami dijamin halal.

Bagaimanakah Mamak menjadi sebahagian kepada penggerak untuk menyebarkan rasa cinta terhadap makanan Malaysia di luar Malaysia?

Kami ingin memperkenalkan gaya makanan penjaja jalanan Malaysia kepada rakan-rakan New Zealand dengan harapan supaya mereka dapat kenali budaya pemakanan Malaysia dan akan gemarinya juga.

Kepakaran kami termasuklah laksa Sarawak, nasi lemak, dan mee goreng. Kami juga menyediakan pencuci mulut seperti roti tisu cendol dan teh ais cincau. Kami berasa gembira kerana diberi peluang untuk memperkenalkan makanan Malaysia di New Zealand dan semestinya sangat bangga kerana ia diterima masyarakat tempatan.

Apakah ucapan Merdeka anda untuk masyarakat Malaysia di seluruh dunia?

Kami berharap bahawa Malaysia akan terus aman dan makmur. Kami juga berharap Malaysia akan mencapai Wawasan 2020. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Hidup
Malaysia! Selamat Hari Merdeka!