Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Bilik Air Pun Ada Sofa Mewah! Intip Rumah Katy Perry Yang Berharga RM40 Juta

by Zaidin Albert
August 29, 2019
Share on Facebook

Memperolehi jutaan dollar dalam pendapatan bukan jaminan bahawa seorang artis dapat menikmati harta untuk selamanya. Contohnya penyanyi terkenal Katy Perry, sebelum ini pernah mengiklankan rumahnya di Los Angeles untuk dijual dengan harga USD 9.4 Juta (RM40 Juta).

YouTube video

Bakat semulajadi Katy Perry dalam bidang seni bermula sejak dia menjadi penyanyi di Gereja. Pada tahun 2008 yang namanya terkenal melalui album yang dipanggil One of the Boys. Sehingga hari ini dia masih menghasilkan lagu-lagu yang banyak ditunggu oleh peminat.

Beralih semula kepada kisah kediaman mewah Katy Perry, mari kita lihat sendiri rumahnya di kawasan Los Angeles yang dijual dengan harga USD 9.4 Juta di bawah ini:

Luas tanahnya sekitar 696 meter persegi

Dipetik dari Variety, rumah ini mempunyai tanah seluas 696 meter persegi boleh dikatakan sangat besar. Ditambah suasana di sekeliling rumah yang dikelilingi oleh pokok-pokok dan tumbuhan hijau. Ia kelihatan sangat sejuk jika dari luar.

Reka bentuk rumah kelihatan cukup minimalis dengan dominasi warna putih di seluruh dinding ditambah sedikit sentuhan coklat dari jubin.

Ruang tamu yang dipenuhi jendela

Untuk ruang tamu, hal pertama yang terfikir di kepala tatkala datang ke rumah ini adalah rasa tenang dan segar. Kerana semua dinding dipenuhi dengan tingkap besar yang menghadap ke pokok.

Meja yang digunakan agak ringkas dan kecil. Tetapi untuk sofa boleh menampung 6 hingga 9 orang. Lantai menggunakan motif kayu yang sebahagiannya dibalut dengan permaidani yang sama.

Memiliki 4 bilik tidur yang besar

Rumah ini dimiliki oleh Katy Perry, memiliki 4 bilik tidur untuk para tetamu yang ingin tinggal di rumahnya. Perhiasan kayu coklat terang menghiasi lantai dan bumbung.

Seperti di ruang tamu, tetamu yang tidur di sini disajikan dengan pemandangan indah seperti di dalam hutan.

2 bilik mandi dengan sofa panjang

Tidak seperti bilik mandi secara umum, tab mandi di rumah Katy Perry berada di tengah-tengah bilik. Sebagai penyeri, bilik ini dipasang gambar besar kehidupan Mesir kuno.

Lantai menggunakan bahan jubin yang dihangatkan dengan merah, putih dan kelabu. Apa yang paling menarik perhatian ialah sofa panjang.

Dapur yang kecil tapi selesa

Walaupun secara keseluruhan rumahnya besar, tetapi untuk dapur ternyata ia hanya cukup untuk diduduki oleh hanya 6 orang.

Kerusi yang digunakan juga sangat ringkas dengan meja makan. Menggunakan motif jubin yang sama seperti di bilik mandi, dinding dapur diisi dengan rak memasak.

Kemudahan gym yang lengkap

Untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik, Katy Perry memiliki giym-nya sendiri yang dipenuhi dengan pelbagai peralatan seperti treadmills, bola yoga dan angkat berat.

Kolam renang

Tidak lengkap jika rumah artis Hollywood tidak mempunyai kolam renang. Di sini ada kolam renang yang panjang.  Selain berenang, terdapat tempat duduk yang boleh digunakan untuk berjemur di bawah sinar matahari. Dengan bahagian belakang rumah yang masih ada, kemungkinan disini boleh buat BBQ dengan saudara terdekat.

Untuk pengetahuan, pada tahun 2017 rumah ini sebenarnya sudah dijual dengan harga USD 9.45 Juta tetapi kerana tidak ada yang mahu membelinya hingga 2019 harga turun menjadi USD 9.4 Juta.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/nd2zf
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem