Rihana Oksana Tuntut Rumah Agam Bernilai RM41.2 juta

Lagi pendedahan mengenai bekas ratu cantik Moscow 2015, Rihana Oksana. Sebelum ini, Rihana buat pertama kalinya muncul di hadapan media apabila dia telah ditemubual secara eksklusif bersama Mail Online pada September lalu. Dalam sesi temubual tersebut dan juga posting terbaharunya di laman Instagram, wanita Rusia itu seolah-olah menuduh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai punca.

IKLAN

Tuntut Rumah Agam Dan Nafkah 

Terbaru, menerusi laporan The Sun UK mendakwa Rihana telah menuntut sebuah rumah agam bernilai £8 juta bersamaan hampir RM41.2 juta. Lebih mengejutkan, Rihana turut menuntut nafkah anaknya sebanyak £24,000 (RM123,694) sebulan. Dikatakan, perkara itu telah didedahkan sendiri oleh sumber terdekat baginda kepada Mail Online.

Dibongkar Media Antarabangsa 

Sebelum ini, media antarabangsa mendedahkan pasangan tersebut bercerai selepas enam bulan diijabkabulkan. Malah, kontroversi kehamilan Rihana turut dibongkar oleh mereka sebelum ianya tular dalam negara.

Dalam pada itu, peguam Sultan Muhammad V turut mempersoalkan kembali bahawa tiada bukti sahih mengatakan Sultan Kelantan itu adalah bapa kandung kepada bayi Rihana, Tengku Ismail Leon Petra biarpun wanita berkenaan bertegas mengenainya.

Rihana Oksana Gorbatenko