Selain Kelapa, 5 Makanan Ini Mampu Redakan Rasa Stress & Kemurungan

Tekanan boleh datang dari mana-mana sahaja. Ia mungkin berlaku kerana anda yang berfikir sesuatu terlalu banyak. Tapi, tahukah anda ada beberapa jenis makanan yang mampu meredakan rasa stress anda.

IKLAN

Ya, memilih makanan yang sihat dapat mengurangkan rasa tekanan. Dengan pengambilan makanan yang lebih semula jadi, sudah tentu khasiatnya mampu buatkan anda menjadi lebih baik. Kali ini, kami ingin kongsikan 5 makanan yang boleh anda cari apabila dilanda stress.

Kelapa

Via Shutterstock

Tahukah anda bahawa walaupun menghidu kelapa boleh memperlambat kadar denyutan jantung anda apabila anda tertekan?

Menghirup aroma kelapa sahaja boleh mengurangkan tekanan darah. Sementara itu, memakannya boleh menenangkan tindak balas stres dalam badan.

Bukan sahaja mengandungi pelbagai vitamin yang baik untuk kesihatan, tomato juga kaya dengan asid folik dan asid lipoik yang dipercayai melawan kemurungan.

Tomato

Via Shutterstock

Malah, dalam kajian yang diterbitkan dalam Journal of Psychiatry and Neuroscience, kekurangan pengambilan asid folik sering berlaku pada pesakit yang mengalami kemurungan.

Asid folik dapat meminimalkan hormon homosistein, sehingga dapat meningkatkan produksi serotonin, dopamin, dan hormon lain yang berfungsi untuk membuat ketenangan dan kebahagiaan, juga menstabilkan mood.

Walnut

Via Shutterstock

Mengandungi asid lemak omega-3 yang tinggi, walnut boleh berfungsi untuk meningkatkan prestasi otak. Bukan itu sahaja, beberapa penyelidikan juga menunjukkan bahawa omega-3 dapat membantu mengurangkan simptom kemurungan.

Sebagai tambahan kepada walnut, anda juga boleh memakan ikan, minyak kanola, dan jenis sayuran hijau sebagai sumber pengambilan omega-3.

PSelain itu, cendawan juga boleh meradakan rasa stress. Makanan ini boleh membuat kadar gula darah dalam tubuh lebih stabil.

Cendawan

Via Shutterstock

Ya, makanan ini mengandung insulin yang dapat mengatur kadar gula darah, sehingga membuat mood lebih baik. Bukan itu sahaja, cendawan juga mengandungi probiotik yang menjadikan pencernaan lebih sihat. Jadi, apa kaitannya penghadaman yang sihat dengan tekanan?

Sel-sel saraf dalam usus kita sebenarnya menghasilkan 80 hingga 90 peratus serotonin – hormon yang menjadikan otak kita dapat berfungsi dengan baik dan meningkatkan mood kita. Jika penghadaman berjalan dengan baik, tahap tekanan kita juga berpotensi untuk berkurangan.

IKLAN

Brokoli

Via Shutterstock

Kandungan asid folik dalam brokoli boleh menjadikan minda menjadi lebih relaks, dan menyembuhkan sindrom panik bagi mereka yang mengalami kemurungan yang teruk.

Komponen-komponen ini juga boleh membuat kita tidak mudah diserang oleh stres, supaya dapat mengelakkan kemurungan.