Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selera

Simpan Lauk Berbuka Untuk Sahur? Ini Petua Elak Makanan Jadi Basi

by Aphit J.
May 14, 2020
64
KONGSIAN
Share on Facebook

Rata-rata daripada kita akan masak lauk berbuka dalam kuantiti yang lebih sedikit supaya lauk ini dapat dibawa untuk dimakan ketika bersahur. Kadangkala lauk yang dimasak menjadi basi sebelum tibanya waktu bersahur.

Jom lihat tips yang berguna untuk elakkan makanan anda daripada mudah menjadi basi menurut halaman Alaf21.

Elak Guna Timun Atau Tomato

via Hilloverd

Elak menggunakan sayur yang cepat berair seperti timun dan tomato. Penghasilan air daripada sayur ini dapat merosakkan makanan yang akhirnya menyebabkan makanan anda mudah basi.

Jika diperhatikan, kebanyakkan peniaga membuang biji tomato bagi mengelakkan makanan cepat berair dan basi.

Masak Sehingga Mendidih

via DailyMail UK

Menurut halaman Alaf21, pastikan masakan anda dimasak dalam tempoh yang agak lama. Disamping itu juga, sekiranya anda memasak lauk yang berkuah, pastikan kuah tersebut mendidih dahulu sebelum anda menutup api.

Jangan Guna Sudu Basah Atau Tangan

via BroBible

Elakkan masakan yang siap dimasak terkena sudu yang basah dan jangan sesekali menggunakan tangan untuk menyentuh makanan anda. Pastikan sudu anda kering terlebih dahulu.

Masakan tidak boleh terkena tangan atau air mentah bagi mengelakkan berlakunya pencemaran dan sekaligus menyebabkan basi.

Menggunakan Asam Keping

via Mama Jue

Kebiasaannya, makanan yang mengandungi santan tidak tahan lama dan mudah basi. Bagi mengelakkan masakan berkuah basi, masukkan 1 atau 2 asam keping ke dalam masakan apabila hampir selesai.

Pastikan asam keping yang dimasukkan tidak berlebihan untuk mengelakkan daripada rasa masakan anda terjejas.

Hilangkan Wap Nasi Selepas Dimasak

via Serious Eat

Jangan lupa buka penutup nasi sebaik saja butang cook berubah kepada warm dan biarkan wap yang terkumpul keluar daripada periuk. Ini menjadikan nasi tidak terlalu lembab.

Sebelum menutup semula nasi, lapkan penutupnya dengan kain bersih. Ini akan menjadikan nasi tahan lama, bertekstur lembut dan berderai elok.

Pastikan Garing Dan Pecah Minyak

via Keluarga

Semasa menumis, pastikan bahan-bahan tumis betul-betul garing dan pecah minyak. Pecah minyak ini dapat dilihat apabila warna tumisan menjadi sedikit gelap atau minyak tumisan akan terpercik sedikit daripada kuali.

Setelah pecah minyak barulah anda memasukkan bahan utama. Menurut halaman Alaf21, perkara ini akan menjadikan masakan tahan lama dan lebih sedap.

Perah Limau Di Dalam Beras

via Berita Harian

Sebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji limau nipis kedalam 2-3 pot beras yang telah dibasuh dan disukat dengan air. Jangan risau, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ditambah dengan perahan ini. Malah ia menjadikan nasi lebih harum dan tahan lama.

Antara tip lain untuk memastikan makanan tahan lama adalah seperti berikut:

  • Apabila masakan siap dimasak, angkat dan jauhkan daripada bahang api.
  • Jangan biarkan hidangan tersimpan dalam periuk atau kuali.
  • Guna senduk yang kering ketika menceduk makanan.
  • Jangan masukkan makan yang sudah disenduk ke dalam periuk semula.
  • Sebelum dimasukkan ke dalam bekas berpenutup, pastikan ia benar-benar sejuk.
  • Masukkan secubit garam untuk menjadikan nasi tahan lama, sedap dan kenyal.

Sekiranya anda memahami teknik masakan yang betul, lauk masakan ini dapat kekal lama walaupun tanpa meletakkan di dalam peti sejuk.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
cara elak makanan basicara elak nasi basimenu sahurtip elak makanan basitip masakan tidak basi
https://lomp.at/7baxm
Share32Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem