Zulin Aziz Nafi Hanya Makan Kurma Ketika Berpuasa

Baru-baru ini tular di media sosial memperkatakan mengenai rutin pemakanan yang diamalkan oleh pelakon dan pengacara, Zulin Aziz.

IKLAN

Zulin Dikecam 

Ketika ini, bentuk fizikal Zulin kelihatan susut berbanding sebelum ini kononnya hanya mengambil kurma sebagai sajian berbuka puasa. Kerana kenyataan tersebut, terdapat sesetengah pihak telah menyalah sangka dan mengecam gaya pemakanan Zulin yang dianggap tidak bagus untuk kesihatan tubuh badan.

Nafi Hanya Makan Kurma

Tampil menjelaskan keadaan sebenar, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda binti Abdul Aziz menafikan kenyataan tersebut. Tegas Zulin menerusi laman Twitter nya, dia akan memakan apa sahaja ketika berbuka puasa kecuali nasi.

Mengenai pengambilan kurma pula, sebenarnya ketika sahur dia cuba amalkan gaya pemakanan ringkas dengan mengambil kurma, susu berperisa dan air mineral.

Merujuk kepada tajuk yang dikeluarkan oleh sebuah portal itu, Zulin juga akui tidak terdaya untuk hanya memakan kurma ketika berbuka puasa dan memaafkan mereka yang menularkan perkara yang tidak benar.

“Sekarang org konpius.saya bukan makan kurma je.Headline kome pun adoi”

“Sahur saya makan kurma 2 biji,susu berperisa dan air mineral”

“Berbuka saya makan je semua kecuali nasi. Siapa pulak cakap saya makan kurma je?saya pun tak daya makan kurma je”

Dalam pada itu, Zulin mendedahkan berat badannya kini telah berjaya mencapai di bawah 60 kilogram selain menyifatkan transformasi kali ini paling berjaya setelah mengalami proses naik dan turun selama setahun. Ketika ini, berat pelakon itu mencecah 58 kilogram dan berazam untuk mendapatkan sebanyak 55 kilogram.

IKLAN

Sebagai info, berat Zulin sebelum ini pernah mencecah 82 kilogram sebelum memulakan rutin dan gaya hidup sihat sejak setahun yang lalu.

diet zulin azizzulin aziz