Lathi Challenge Haram! Ini Penjelasan PU Syed

Sejak minggu lalu, tular di media sosial mengenai #LathiChallenge yang dilakukan oleh pengguna media sosial. Malah beberapa selebriti ternama seperti Mawar Rashid turut merakam cabaran ini dan dipuji oleh ramai peminat.

IKLAN

Jatuh Hukum Haram 

Terbaru,pendakwah bebas Pencetus Ummah Syed Bakri atau lebih dikenali sebagai PU Syed menegur sikap mereka yang melakukan #LathiChallenge. Tegas PU Syed, hukum bagi cabaran tersebut telah jatuh haram disebabkan atas beberapa faktor dan menyalahi syarak.

Solekan Seperti Syaitan 

Malah dedah pendakwah itu lagi, dia kecewa kerana ramai yang meniru gaya orang kafir serta turut mengenakan solekan seperti syaitan yang sama sekali bertentangan dengan agama.

“Dengan merakamkan video berlatarbelakangkan lagu, dengan solekan ala-ala syaitan, maka adakah ingin kita katakan perbuatan itu harus dilakukan?

“Sila teruskan jika rasa Lathi Challenge itu sunnah yang baik, ambe tak mampu nak menyekat kecuali hanya menegur,”

Terdahulu, menerusi artikel murai Lathi Challenge menjadi tular di kebanyakan negara yang mana ianya mengisahkan mengenai hubungan cinta yang penuh dengan penipuan dan juga ego.

Lathi ChallengePU Syed