Stesen TV Malaysia Dianggap Rasis? Pelakon “Cinta Bae Kicap” Buka Mulut

Sebuah Stesen TV Berbayar minggu ini nampaknya diserang oleh netizen gara-gara menayangkan sebuah drama berjudul “Cinta Bae Kicap”. Rata-rata netizen kurang senang dengan panggilan “Kicap” menggambarkan pelakon lelaki dalam drama itu.

IKLAN

Ia dianggap satu penghinaan perkauman terhadap orang yang mempunyai warna kulit yang lebih gelap.

Bagi mereka yang tidak tahu, “Cinta Bae Kicap” mengisahkan tentang seorang gadis Melayu bernama Suhaila yang membawa teman lelakinya dari Afrika pada bulan Ramadan. Namun ibunya, Mak Leha sangat mengejutkan dan tidak dapat merima kehadiran lelaki itu.

Menyedari isu ini, bekas pekerja Stesen TV itu yang dikenali dengan nama Thiyagaraja Marimuthu buka suara. Thivagaraja menyelar tindakan Stesen TV itu yang bakal menayangkan drama ini semula pada Ahad depan (7 Jun 2020).

Menurut Thivagaraja, stesen TV tersebut tidak sensitif terhadap isu-isu perkauman, lagi-lagi kini sedang berlaku protes Black Lives Matter di Amerika Syarikat.

Pelakon Kaiho Rikambura Menafikan

Menanggapi hal ini, pelakon utama, Kaiho Rikambura terpanggil untuk menjelaskan mesej yang terkandung dalam telefilem ini. Pelakon berasal dari Afrika ini berkata, sebenarnya telefilem ini berjaya mengubah persepsi masyarakat tentang isu perkauman.

“Walapunpun tajuk filem ini agak rasis, (ingat genrenya adalah Drama komedi).
Mesej di Telemovie ini sangat sesuai dengan #BLACKLIVEMATTER, kerana pelakon utama yang dimainkan oleh saya akhirnya berjaya meyakinkan ibu mertua dan masyarakat bahawa perkauman tidak perlu dan kami tidak boleh melabel seseorang berdasarkan warna kulit mereka. Dia juga berjaya menambat hati gadis dan berkahwin serta mengubah persepsi masyarakat di kampung tersebut..

Ini mempunyai mesej yang sangat baik dan itulah sebabnya saya menawarkan diri untuk menjadi sebahagian daripadanya.” tulisnya di Facebook.

Dalam pada itu, Kaiho menolak dakwaan dari salah seorang netizen yang mengatakan kenyataannya ini untuk menjaga hati sesetengah pihak.

IKLAN

“Saya seorang yang menentang perkauman dan diskriminasi. Untuk pengetahuan anda, saya tidak lagi di negara anda. Isu perkauman memang sukar untuk dibendung. Jika anda mengambil berat tentang penderitaan orang kulit hitam di Malaysia, bangkit menentang Tuan Tanah yang menolak penyewa orang kulit hitam, telemovie ini diciptakan untuk memerangi perkauman dan ia mengubah beberapa pemikiran.”- jelasnya

Nampaknya penjelasan Kaiho ini seperti tidak di sambut baik oleh netizen.  Rata-rata netizen tetap tidak bersetuju dengan tindakan stesen TV ini menyiarkan semula telefilem tersebut. Malah ada yang memboikot dan macam-macam lagi. Tapi kalau tuan badan pelakon sendiri pun dah bersuara katanya tiada diskriminasi antara kaum, nak cakap apa lagi kan?

Black Lives Matter