Akaun Instagram Wanita Ini Hilang Selepas Dikaitkan Dengan Engku Emran

Rata-rata pembaca Murai MY sudah mengetahui bahawa Engku Emran secara rasmi telah kembali bergelar duda selepas bercerai dengan Laudya Cynthia Bella. Selepas bercerai, muncul pula gosip di mana Emran akrab dengan seorang wanita cantik bernama Atikah. Isu ini timbul setelah kedua-duanya dilihat berbasikal bersama baru-baru ini.

IKLAN

Menurut tinjauan Murai MY di Instagram, kedekatan mereka berdua menimbulkan banyak spekulasi dari netizen. Namun setelah hal ini menjadi perdebatan, akaun Instagram Atikah tiba-tiba hilang. Jadi apa sebenarnya yang sedang berlaku ya?

Via IntipSeleb

Jika anda mengikuti Instagram Emran, bapa kepada Engku Aleesya ini menyibukkan diri dengan sukan berbasikal. Emran dan rakan-rakannya sering menjelajah pelbagai lokasi menarik di sekitar Kuala Lumpur dengan berbasikal. Tetapi akhir-akhir ini ada seorang wanita yang juga ahli kumpulan basikal yang mencuri perhatian.

Wanita itu bernama Atikah atau nama sebenarnya Atikah Abu Bakar itu. Berita ini muncul setelah Emran meletakkan tags akaun Atikah, @atikashburn ke dalam muat naik Instagramnya.

Posting itu segera menarik perhatian orang ramai dan banyak yang membuat spekulasi bahawa Emran dan Atikah menjalin hubungan yang istimewa. Ada juga tuduhan yang mengatakan Atikah sebagai orang ketiga di sebalik perpisahan Emran dan Laudya Cynthia Bella.

Akaun Instagram Atikah Hilang

Ketika berita ini menjadi sebutan peminat, tiba-tiba akaun Instagram Atikah hilang. Setelah dicari, akaun Atikah tidak dijumpai lagi. Namun tidak diketahui sebenarnya mengapa Atikah memadamkan Instagramnya.

Walaubagaimanapun, Emran dan Atikah tidak pernah bersuara menjelaskan hubungan mereka. Jadi apa pendapat anda mengenai hubungan antara Emran dan Atikah? Mungkin sekadar kawan biasa je tu..

Atikah Abu Bakarengku emranerra faziraLaudya Cynthia Bella