• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Amylea Bersyukur Kendati ‘Trending’ Kerana Takdir Yang Tertulis

by Khai Azfar
February 5, 2021
Share on Facebook

Lagu terbaharu penyanyi, Amylea berjudul Kendati bukan sahaja menjadi antara lagu tema drama Takdir Yang Tertulis yang sedang hangat ditayangkan di TV3, tapi ia juga karya yang dianggap ‘takdir yang tertulis’ buat dirinya.

Ciptaan Amylea Sepenuhnya

Kendati yang membawa maksud walaupun itu adalah ciptaan sepenuhnya Amylea yang mana dihasilkan tahun lalu dan dilancarkan secara rasmi pada 31 Januari lalu serentak dengan video lirik di saluran YouTube Seventeen Eleven Music.

Trending Sejak Dilancarkan 

Amylea yang sudah terbabit dalam bidang penciptaan lagu sejak 2007 dengan anggaran lebih 100 lagu yang dihasilkan turut menyifatkan Kendati adalah keajaiban dan rezeki daripada Allah SWT. Malah, lebih istimewa apabila lagu itu berada di kedudukan ‘trending’ di YouTube selepas dilancarkan.

“Alhamdulillah, lagu ini masih ‘trending’ sejak hari pertama dilancarkan. Sangat bersyukur pada Allah. Dia Maha Mengetahui dan Maha Melihat segala dugaan yang saya dan pasukan lalui terutama sepanjang tahun lalu yang penuh cabaran buat kita semua.

“Sebenarnya lagu ini tidak tahu bila nak dilancarkan. Tapi, rezeki apabila syarikat produksi, Radius One cakap saya kena keluarkan juga dan minta saya arahkan sendiri video sebab peralatan memang ada di pejabat mereka. Ini kesempatan buat saya apabila mereka beri peluang dan keluarkan lagu ini di YouTube walaupun drama sudah tayang seminggu awal.

“Bagi saya ini adalah keajaiban daripada Allah. Saya tak rancang pun nak keluarkan sebab kita banyak halangan dan tak tahu nak ‘shoot’ ditambah dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Memang tak ada cara lain. Saya sudah reda. Saya fikir tak apa, mungkin ada waktu sesuai Allah nak bagi,” katanya.

Dipandang Rendah

Amylea juga mendedahkan terdapat segelintir pihak yang memandang rendah lagu ciptaannya itu sehingga membuatkan dia terfikir untuk menangguhkan pelancaran lagu itu.

“Sejak buat Kendati tahun lalu dan dalam masa sama banyak lagu juga saya tulis untuk artis lain. Ada yang sudah rakam, ada yang belum dan ada yang sedang dalam proses rakaman, tapi PKP pula.

“Sepanjang tiga bulan ini, saya tulis dalam 20 lagu termasuk lagu tema drama, jingle dan program TV lain. Jadi, tiga bulan yang sangat sibuk untuk saya. Sebab itu terfikir bila masa nak keluarkan Kendati. Sebab tidak ada masa.

“Tapi, inilah dikatakan rezeki yang mana Allah tunjukkan sewaktu menghasilkan Kendati ada beberapa pihak yang memandang rendah lagu ini. Dan saya fikir ini antara sebab kenapa saya tak keluarkan cepat sebab saya berasa lagu ini takkan diterima orang. Tapi, jujurnya ada pihak yang merendah-rendahkan lagu ini pada mulanya,” katanya lagi

Berada di kedudukan ‘trending’ seolah-olah memberikan gambaran awal akan kejayaan lagu Kendati seperti mana kejayaan kebanyakan lagu ciptaannya yang lain. Malah, daripada lagu ciptaan dan dinyanyikan sendiri, Amylea mendapat jolokan ‘soulful singer’.

“Alhamdulillah, sekurang-kurangnya orang kenal saya sebagai penyanyi dan penerbit yang pentingkan ‘feel’ serta penyampaian sesuatu lagu. Saya fikir, saya sendiri yang tulis kata-kata jadi berasakan ia sangat penting untuk seorang penyanyi itu menyampaikan cerita lagu itu sebaiknya melalui alunan suara dan lakonan dalam nyanyian yang tepat dengan cerita.

“Saya nak ucapkan terima kasih pada syarikat rakaman 17 Eleven Music dan Radius One terutama Hisyam Abdul Karim, Shahrulezad Mohameddin dan Fazli Baharun sebab mereka percaya bakat saya. Saya menghasilkan lagu tema untuk drama mereka sejak 2007 lagi.

“Perjalanan panjang bersama mereka dan sampai sekarang peluang diberikan kepada saya termasuk drama terbaru ini Takdir Yang Tertulis pula dan ada beberapa drama selepas ini. Bukan Kendati saja, tapi ada lagu lain lagi Cuma belum keluar saja. Saya berharap peminat akan menantikan lagu yang akan dikeluarkan untuk artis lain juga,” kongsi Amylea

Sebagai info, drama Takdir Yang Tertulis arahan Shahrulezad Mohameddin ini hampir setiap hari mencetuskan fenomenanya tersendiri apabila memaparkan pelbagai konflik kisah perhubungan suami isteri dan keluarga. Drama ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Nad Zainal, Nazim Othman, Elvina Mohamad dan Alvin Chong.

Amylea Dedah Rumah Tangga Bergolak Sejak Bulan Kelima, Dua Lafaz Talak Dirahsiakan Sebelum Ini
YouTube video
amyleaOST Takdir Yang Tertulis
https://lomp.at/kepkg
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Musik

Berhantu! 10 Lagu Ini Wajib Nyanyi Di Pusat Karaoke

by Khai Azfar
December 1, 2017

Ada peminat karaoke di sini? Jika ya, apakah judul lagu yang sering anda nyanyikan di pusat karaoke tersebut? Tahukah anda...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore