Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Engku Imran Titip Penghargaan Buat Soraya Ann, Anak Aisyah Sinclair

by Ayu Kamaruddin
December 25, 2025
5.5k
KONGSIAN
Share on Facebook

Persahabatan yang terjalin jauh di perantauan nyata meninggalkan makna tersendiri. Itulah yang dikongsikan oleh Engku Emran Engku Zainal Abidin atau Engku Imran, ayah kepada Engku Aleesya binti Engku Emran atau lebih dikenali sebagai Aleesya, apabila beliau memuat naik satu hantaran penuh emosi dan penghargaan di akaun instagram peribadinya @aintmeemrawnoon, memaparkan gambar Aleesya bersama sahabatnya, Soraya Ann.

Dalam kapsyen tersebut, Engku Imran menzahirkan rasa terima kasih khusus buat Soraya Ann yang bukan sahaja menjadi rakan penerbangan Aleesya ke London dan pulang ke tanah air, malah turut menjadi rakan sebilik di Oxford serta teman rapat sepanjang mereka mengikuti program di Lady Margaret Hall, University of Oxford.

Menurut Engku Imran, kehadiran Soraya memberikan ketenangan buat dirinya dan pelakon tersohor Erra Fazira, memandangkan ini merupakan kali pertama mereka berjauhan dengan Aleesya dalam tempoh yang agak lama.

“This is an appreciation post for Soraya Ann who was Aleesya’s flightmate to London and back, roommate in Oxford and buddy throughout their stay at Lady Margaret Hall, University of Oxford.

Menariknya, Soraya Ann merupakan anak kepada Aishah Jennifer Mohamed Sinclair atau Aishah Sinclair adalah adik kepada Allahyarham Ashraf Sinclair , figura yang cukup dikenali, sekali gus membuatkan Engku Imran dan Erra berasa lebih selesa melepaskan Aleesya berada jauh di luar negara.

View this post on Instagram

“So having to know both her parents gave me and Erra some level of comfort being so far away from Aleesya for the first time,” tulisnya dalam kapsyen berkenaan.

Engku Imran turut menyebut bahawa beliau juga mengenali bapa Soraya sejak zaman pengajian malah beliau merupakan juniornya di Kolej Tentera Diraja (RMC), sekali gus memberikan rasa yakin dan selesa apabila Aleesya berada jauh di luar negara.

Engku Imran turut memuji keperibadian Soraya yang disifatkan sebagai seorang rakan yang manis, baik hati dan penuh empati terhadap Aleesya sepanjang mereka bersama di sana. Beliau berharap persahabatan yang terjalin itu akan terus mekar walaupun masing-masing bakal membawa haluan sendiri.

“Thank you Soraya for being such a sweet and kindhearted friend to Aleesya. May this friendship continue to blossom.”

Paling mencuri perhatian warganet, Engku Imran sempat menutup kapsyen dengan janji manis bersama ayah Soraya untuk membawa Aleesya, Soraya serta adik-beradik mereka keluar menikmati ais krim bersama, satu detik kecil tetapi sarat makna kekeluargaan dan kasih sayang.

“Your dad and i promised to take both of you and your sister out for an icecream date soon”

Persahabatan yang bermula di bumi Oxford ini jelas bukan sekadar kenangan sementara, sebaliknya Murai sifatkan sebagai satu ikatan tulus yang mencerminkan sokongan, kepercayaan dan kasih sayang antara keluarga, truly wholesome, and very heartwarming.

aleesyaanak Aisyah Sinclairengku imranSoraya
https://lomp.at/qyrt3
Share2218Tweet1386SendShare

KINI TRENDING

Insentif

SARA One-Off RM100 Mula Disalur Hari Ini, Lebih 22 Juta Rakyat Layak

by Ayu Kamaruddin
February 9, 2026

Bermula hari ini, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Untuk Semua rasmi disalurkan kepada rakyat Malaysia, melibatkan peruntukan besar berjumlah RM2.2 bilion....

Read moreDetails
Berita

“Saya Tak Sanggup Lukakan Hati Isteri Dia…”-Sharifah Zarina Syukur Suami Orang Telah Henti Ganggu Athalia

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sharifah Zarina terdahulu pernah meluahkan rasa berang apabila anak perempuannya, Athalia diganggu seorang lelaki yang berstatus suami orang.  Kongsi...

Read moreDetails
Insentif

Permata Makmur Pahang 2026: Bayi Dapat RM300, 5 Perkara Penting Ini Perlu Tahu Sebelum Mohon

by Phic ARMAN
February 6, 2026

Jika anda memgenag status sebagai ibu bapa di Pahang dan baru sahaja menyambut kelahiran anak, pastinya tidak mahu melepaskan peluang...

Read moreDetails
Insentif

Raya Masih Sakan, Tapi Jangan Lupa Claim Bantuan BAKIPT Untuk Anak Kedah, Ini Cara Mohon & Syarat

by Ayu Kamaruddin
March 25, 2026

Dalam kesibukan beraya, ziarah sanak saudara dan menikmati juadah tradisi, ada satu perkara penting yang anak Kedah jangan terlepas pandang,...

Read moreDetails
via Imagefx
Sosial Buzz

Lampu Berkelip & Bau Hangit Tengah Malam, Rupanya Fius Terbakar – Tindakan Pantas Selamatkan Keadaan

by Naja Nix
February 25, 2026

Satu perkongsian di Thread baru-baru ini mengundang perhatian ramai apabila seorang wanita berkongsi detik cemas yang berlaku di rumahnya sekitar...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara