Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

SARA One-Off RM100 Mula Disalur Hari Ini, Lebih 22 Juta Rakyat Layak

by Ayu Kamaruddin
February 9, 2026
34
KONGSIAN
Share on Facebook

Bermula hari ini, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Untuk Semua rasmi disalurkan kepada rakyat Malaysia, melibatkan peruntukan besar berjumlah RM2.2 bilion.

Menurut Kementerian Kewangan (MoF), inisiatif ini memberi manfaat kepada lebih 22 juta pemegang MyKad warganegara Malaysia dewasa, dengan setiap penerima layak menerima RM100 secara sekali beri (one-off).

Menerusi satu kenyataan, kementerian itu memaklumkan bantuan berkenaan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2026, sekali gus memberi ruang lebih fleksibel kepada rakyat untuk berbelanja mengikut keperluan.

Isi Rumah Boleh Terima Bantuan Berganda

Menariknya, SARA Untuk Semua direka agar manfaatnya berganda untuk isi rumah bergantung kepada jumlah ahli dewasa yang layak.

“SARA Untuk Semua membolehkan isi rumah menerima bantuan berganda bergantung pada jumlah ahli dewasa yang layak” katanya.

“Sebagai contoh, keluarga dengan suami, isteri dan dua anak berumur 18 tahun ke atas akan menerima keseluruhan RM400, tidak termasuk bantuan SARA Bulanan sekiranya berkelayakan,” menurut kenyataan itu.

Pendekatan ini dilihat lebih inklusif dan mesra keluarga, terutama bagi isi rumah besar yang menanggung kos sara hidup lebih tinggi.

Barangan Sejuk Beku Termasuk

Dalam usaha menambah baik pelaksanaan SARA, MoF memaklumkan kerajaan meluaskan kategori barangan yang boleh dibeli, termasuk makanan sejuk beku, menjadikan keseluruhan 15 kategori barangan.

Langkah ini turut meningkatkan jumlah barangan layak dibeli kepada 140,000 jenis barangan, sekali gus memberi lebih banyak pilihan kepada penerima.

Topik Berkaitan Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Selaras dengan Perutusan Tahun Baharu 2026 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan turut menyasarkan,

  • 10,000 kedai runcit kecil sebagai Rakan Niaga SARA menjelang hujung tahun
  • Jarak kedai runcit terdekat dikurangkan daripada 10 kilometer kepada 7 kilometer

Pendekatan ini bukan sahaja memudahkan penerima, malah membantu peniaga kecil tempatan. Win-win situation, memang rakyat coded.

Semak Status & Elak Penipuan

Orang ramai boleh menyemak status pengkreditan serta soalan lazim (FAQ) melalui portal rasmi SARA.

Dalam masa sama, MoF mengingatkan penerima supaya berwaspada terhadap pautan palsu dan cubaan penipuan.

Kementerian menegaskan bahawa mereka tidak pernah meminta maklumat peribadi melalui SMS atau WhatsApp, dan sebarang maklumat rasmi hanya disalurkan menerusi portal rasmi STR.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
MyKadone offRM100SARA
Share14Tweet9SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Cari Kerja Sambil Berhibur? Khai Bahar Bakal Gegarkan Kuantan & Lebih 500 Peluang Kerja Menanti

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kalau anda ingat Karnival Kerjaya cuma tempat berjalan dari satu booth ke satu booth sambil pegang resume, kali ini lain...

Read moreDetails
Insentif

Modal Seawal 12 Hari, PUNB Sedia Dana RM80 Juta Untuk PKS Bumiputera

by Phic ARMAN
July 30, 2026

Kalau ada satu perkara yang sering menjadi cabaran usahawan, mestilah soal modal. Faham perkara itu, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)...

Read moreDetails
Insentif

Ramai Tak Tahu, Waris Boleh Tuntut Khairat Kematian RM1,000 Jika Penerima STR Meninggal Dunia

by Phic ARMAN
August 27, 2026

Bila bercakap tentang bantuan kerajaan, ramai mungkin lebih familiar dengan STR atau SARA. Tapi tahukah anda, ada satu lagi bantuan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

  2. 2

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  3. 3

    Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara