Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Anak Fitri Haris Disahkan Menghidap Pneumonia-“Tiada Ibu Bapa Yang Sanggup Lihat Anaknya Sakit..”

by Naddy Joe
December 17, 2025
14
KONGSIAN
Share on Facebook

Anggota kumpulan nasyid UNIC, Dr. Fitri Haris berkongsi keadaan kesihatan anak ketiganya, Adwa Qalbi yang baru berusia enam bulan itu disahkan menghidap Pneumonia.

Perkara itu dikongsi sendiri Fitri menerusi hantaran di Instagram, yang memaklumkan bahawa anaknya itu kini telah dipindah dari zon kritikal (merah) ke wad untuk pemantauan pihak doktor terhadap Adwa.

“Alhamdulillah anakanda Adwa Qalbi dah dipindahkan dari zon kritikal (merah) ke wad untuk pemantauan.

Doktor sahkan Adwa diuji ‘Pneumonia’. Terima kasih yang tak putus-putus mendoakan.

Tiada ibu bapa yang sanggup melihat anaknya sakit samada sakitnya fizikal atau emosi. Terima kasih ibu dan ayah.”-kongsi Fitri Haris di Instagram

View this post on Instagram

Dibanjiri Doa Netizen

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen serta rakan selebriti dilihat menitipkan doa buat Adwa Qalbi agar diberikan kesembuhan dan sentiasa dilindungi Allah SWT.

“Alhamdulillah. Semoga terus baik dan sihat Adwa 😢🤍. Baby kuat.”-Farhatul Fairuzah

“Alhamdulillah 🤲🏻 moga diberi kesembuhan segera buat anakanda Adwa..”-Zehra Zambri

“Masya Allah semoga Allah sembuhkan segera ..Amin 😢.”-Ustaz Elyas Ismail

“😢😢😢 ALLAH MAHA PENYEMBUH 🤲.”-Haiza Hanafi

“Cik Krol doakan baby Adwa kuat, cpt sihat..moga abi mama kuat..Syafakillah syifaan ‘ajilan 🤲🏻🤲🏻🤲🏻 @fitriharisofficial @el_mrsfitri.”-Fakhrul UNIC

Sekadar info, Fitri dan Fazilah mendirikan rumah tangga pada Disember 2019. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Bilal Habibi dan Adwa Qalbi.

Fitri juga memiliki seorang cahaya mata perempuan iaitu Sofea Solehah, menerusi perkahwinan sebelum ini.

Manakala, Fazilah juga pernah berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Qalish Rayyan Adam.

Sama-sama kita doakan agar Adwa Qalbi diberikan kesembuhan dengan cepat dan dapat membesar menjadi seorang anak yang baik serta sihat.

Apa komen anda?

Berkongsi Tarikh Lahir Yang Sama, Fitri Haris Syukur Sambut Zuriat Di UK
fitri Haris
https://lomp.at/6lnk2
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Zain Saidin & Aaisyah Dhia Rana Pergi Bazar Ramadan, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
February 23, 2026

Perkongsian aktor, Zain Saidin mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen dia dan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana mengunjungi bazar Ramadan...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Sajat Menari Seksi, Undang Teguran Netizen!-“Bulan Puasa Ni, Kamu Tu Islam…”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat kembali mencetuskan pelbagai reaksi selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video...

Read moreDetails
Foto - @badgalriri (IG)
Hollywood

[VIDEO] Penampilan Terkini Rihanna Buat Peminat Tergamam- “Mengandung Lagi?!”

by Nurul A.
January 28, 2026

Kecoh di media sosial, apabila peminat mendakwa penyanyi dan usahawan Rihanna sedang hamil anak keempat! Khabar angin itu tercetus selepas...

Read moreDetails
Lokal

Nurin Afiqah Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

by Naddy Joe
March 9, 2026

Pelakon baharu dan personaliti media sosial, Nurin Afiqah berkongsi khabar gembira apabila dia selamat menimang cahaya mata kedua. Nurin menerusi...

Read moreDetails
Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Brooklyn Peltz Beckham Pilih Tidak Mahu Berdamai Dengan Ibu Bapa

by Nurul A.
January 20, 2026

Selepas mendiamkan diri beberapa tahun, anak sulung Victoria Beckham dan David Beckham, iaitu Brooklyn Peltz Beckham berkata dia tidak mahu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara