Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Anak Jutawan Pun Jumpa Bomoh Tulang – Cik B Tak Sanggup Susahkan DSV dan Kacak

by Puteri Alia
August 4, 2025
Share on Facebook

Malang sememangnya tidak berbau apabila anak kepada usahawan sensasi Datuk Seri Vida, iaitu Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B, terpaksa menanggung kesakitan selepas mengalami kecederaan di lutut kiri ketika menyertai sebuah program baru-baru ini. Kecederaan tersebut berlaku semasa beliau mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal dalam program Sambutan Minggu Perpaduan 2025 yang berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.

Biarpun masih muda, Cik B menunjukkan kematangan luar biasa apabila memilih untuk tidak hanya bergantung kepada rawatan moden semata-mata. Dalam usaha mempercepatkan proses penyembuhan, beliau turut mencuba kaedah tradisional dengan mendapatkan rawatan daripada bomoh tulang di Batu Gajah.

Menurut Cik B, ibunya yang juga lebih dikenali sebagai DSV, turut memainkan peranan besar dalam usaha pemulihan tersebut dengan membawa beliau ke sana. “Mama bawa saya ke Batu Gajah untuk berjumpa dengan bomoh tulang, cuba ikhtiar cara kampung. Tak salah kalau nak usaha, perubatan moden kita buat, tradisional pun kita cuba,” katanya menerusi satu perkongsian video di TikTok.

Lebih menyentuh hati, Cik B mengakui bahawa motivasi terbesar beliau untuk segera sembuh adalah kerana tidak mahu terus menyusahkan keluarga, terutama ibunya dan adiknya, Kacak. “Saya nak sembuh cepat, banyak urusan tergendala sebab saya jatuh. Saya tak mahu susahkan orang sekeliling tolak saya ke sana sini, tak mahu susahkan mama dan Kacak,” ujarnya penuh jujur.

Perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai netizen yang rata-ratanya tersentuh dengan semangat kental dan jiwa rendah diri yang ditampilkan oleh Cik B. Ramai yang memuji ketabahannya dan menyifatkan dirinya sebagai contoh anak muda yang tidak hanya bersandar pada kemewahan, sebaliknya sanggup berikhtiar seperti orang kebanyakan. “Bagus Cik B, terbuka hati untuk ikhtiar cara kampung. Semoga cepat sembuh. Semangat awak ni memang kuat,” tulis seorang pengguna. “Walaupun anak DSV, tetap turun padang cari perubatan macam orang biasa. Suka tengok Cik B, matang dan rendah diri,” kata seorang lagi.

Cik B Bengang Dengan Scammer Salmon Skin Salted Egg!- "Buy One Free One Tapi Dapat Mister Potato"

Tidak kurang juga yang mendoakan agar penyanyi lagu Tolonglah itu kembali pulih sepenuhnya dan dapat meneruskan aktiviti seperti biasa. Keprihatinan peminat terhadap keadaan Cik B membuktikan bahawa beliau bukan sahaja dikenali sebagai figura popular, malah dihormati atas sikapnya yang tulus dan tidak meninggi diri meskipun bergelar anak kepada seorang jutawan terkenal.

cik Bdatuk seri vida
https://lomp.at/rmnus
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Goyang Raya 1119 (Triple1nine)
Lokal

Kumpulan 1119 Rai Pelbagai Budaya Di Malaysia Dengan ‘Goyang Raya’

by Nurul A.
March 14, 2026

Tahun 2026 membuka tirainya dengan penuh kemeriahan. Suku pertama tahun ini menyaksikan keunikan budaya Malaysia apabila sambutan Tahun Baru Cina...

Read moreDetails
Spotlight

Ammar Alfian Tegur Wanita-wanita Yang Berangan Mahu Lelaki ‘Provider’- “Munafik Tahap Maksima!”

by Phic ARMAN
March 13, 2026

Baru-baru ini, pelakon tempatan Ammar Alfian tidak menahan diri untuk berkongsi pendapatnya tentang isu hubungan cinta dan tingkah laku sesetengah...

Read moreDetails
Foto - @aisharetno02 (IG)
Lokal

“Enam Tahun Saya Terima Ugutan Bun*h, Body Shaming”- Aisha Retno

by Nurul A.
February 19, 2026

Penyanyi Aisha Retno mencuri perhatian ramai selepas meluahkan perasaan kesal dan terkesannya apabila menerima pelbagai komen negatif susulan persembahannya di...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara