Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Anak Saudara Siti Nurhaliza, Umairah Nekad Berhijab Penuh Pada Usia 14 Tahun

by Puteri Alia
October 22, 2025
Share on Facebook

Penyanyi remaja Umairah, yang juga anak saudara kepada Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, mencuri perhatian ramai apabila kini tampil berhijab sepenuhnya. Keputusan berani itu diambil oleh Umairah, 14, selepas merasakan ketenangan luar biasa setiap kali mengenakan tudung.

Perubahan itu disahkan sendiri oleh ibunya, Siti Sairah atau nama penuhnya Siti Nursairah Tarudin, 42, yang meluahkan rasa syukur dan sebak dengan keputusan anak gadisnya itu.

“Sejak dua tiga hari ni, bila nak keluar rumah dia nak pakai tudung. Jadi saya tanya dia adakah dia sudah bersedia nak bertudung? Dia kata ya, dia sudah bersedia kerana dia rasa sangat tenang,” ujar Sairah ketika dihubungi.

Bagaimanapun, menurut Sairah, Umairah memilih untuk tidak membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai penampilannya itu kerana tidak mahu mencetuskan perhatian berlebihan.

“Dia tidak mahu buat apa-apa kenyataan, cuma saya tahu dia ikhlas nak berhijab. Sebagai seorang ibu, sudah tentu saya terharu dan gembira bila anak saya sendiri membuat keputusan untuk berhijab,” katanya penuh rasa syukur.

Dalam masa yang sama, Sairah berharap agar perubahan positif anaknya itu kekal dan terus diberi kekuatan untuk istiqamah dalam perjalanan baharu ini.

“Saya harap kami sama-sama istiqamah. Doakan agar Umairah kekal bertudung. Manalah tahu dalam banyak-banyak doa ada yang Allah angkat. Sebagai ibu, saya hanya mahu yang terbaik untuk anak-anak saya,” katanya lagi.

Terdahulu, penampilan Umairah atau nama penuhnya Ummi Umairah Saiful Anuar mula menjadi tumpuan apabila dia memuat naik beberapa foto dan video berhijab di media sosial. Penampilan sopannya ketika menghadiri konti radio Era Sarawak turut menerima pujian ramai yang menyifatkan wajahnya semakin manis dan matang dengan imej baharu itu.

Keputusan Umairah untuk berhijab sepenuhnya bukan sahaja menggembirakan keluarga, malah turut mencuri perhatian peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza yang melihat perjalanan anak saudaranya itu sebagai satu langkah besar dalam membentuk keperibadian muslimah muda yang matang dan berprinsip.

umairah
https://lomp.at/4ikq1
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Aida Aris Buat ‘Live’ Di Sebelah Jenazah Anak Amyza Aznan, Undang Teguran Netizen!-“Tolong Hormat…”

by Naddy Joe
February 24, 2026

Baru-baru ini industri seni dikejutkan dengan berita pemergian putera sulung kepada pelakon dan pelawak, Amyza Aznan iaitu Allahyarham Andre Mikhail...

Read moreDetails
Lokal

Atiq Azman Bersyukur Isteri Selamat Lahirkan Anak Sulung Lelaki

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Atiq Azman berkongsi khabar gembira apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada Isnin. Atiq Azman menerusi hantaran di...

Read moreDetails
Foto - @hrisbismail (IG)
Lokal

PU Riz Balas Kritikan Tak Beri Teguran Pada Keluarga- “Simpan Kurang Cerdik Pada Diri Sendiri”

by Nurul A.
February 11, 2026

Pendakwah bebas, PU Riz tampil memberi penjelasan susulan kritikan orang ramai yang mendakwa dirinya tidak lantang memberi teguran kepada ahli...

Read moreDetails
Lokal

Agy Penat Dikeji Netizen!-“Kita Cuba ‘Improve’, Tapi Ramai Yang Cabar-Cabar..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Personaliti media sosial, Agy yang sentiasa menjadi kecaman setengah netizen disebabkan gayanya yang feminin. Terkini, Agy atau nama sebenarnya Muhammad...

Read moreDetails
Berita

Haqiem Stopa & Aireena Sofia Sah Bercerai

by Naddy Joe
January 13, 2026

Krisis rumah tangga pasangan pempengaruh iaitu Haqiem Stopa dan Aireena Sofia menemui titik noktah selepas mereka sah bercerai talak satu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara