• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Anda Positif Covid-19! Elak Dari Mengambil 6 Jenis Makanan Ini

by Jash Lee
February 19, 2022
Share on Facebook

Semasa pandemik Covid-19, terutamanya dengan varian Omicron yang merebak dengan sangat cepat, ia memerlukan kekuatan badan yang cukup baik terutama bagi kanak-kanak. Tetapi malangnya ramai diantara kita yang mengambil beberapa makanan dan minuman yang sebenarnya boleh menurunkan sistem imuniti badan.

Selepas dijangkiti Covid-19, penting bagi kita untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat untuk kembali pulih dengan cepat. Salah satunya adalah dengan menyesuaikan pengambilan pemakanan harian. Penting juga untuk kita ambil tahu jenis makanan yang baik dan boleh dimakan serta makanan yang perlu dielakkan supaya gejala Covid-19 tidak menjadi lebih teruk. Ini kerana jenis makanan tertentu boleh memburukkan gejala dan proses penyembuhan juga akan mengambil masa yang lebih lama.

Jadi, apakah makanan yang tidak boleh dimakan sepanjang anda dijangkiti Covid-19? Jom kita tengok!

1. Makanan Yang Dibungkus

via rajalepak.com

Apabila anda sakit, anda pastinya akan berasa seperti tidak cukup tenaga untuk memasak, maka akan timbul keinginan untuk makan makanan yang sedia dibungkus. Berhati-hati! Sebaiknya perlu dielakkan kerana makanan yang dibungkus biasanya mengandungi bahan pengawet, natrium, bahan ketagihan dan gula tambahan. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan keradangan yang dapat memberi kesan kepada sistem imun badan. Ini juga boleh menyebabkan viurus penyebab penyakit menjadi lebih mudah untuk diserang.

2. Daging Merah

via BH

Daging merah mengandungi kandungan lemak tepu yang sangat tinggi dan boleh meningkatkan risiko keradangan. Orang yang dijangkiti Covid-19 dinasihatkan untuk mengelakkan dari mengambil daging merah secara berlebihan kerana jika dimakan secara berlebihan, ia boleh menyebabkan pengumpulan lemak tepu dalam badan.

3. Makanan Bergoreng

via maskulin.com

Selain daging merah, makanan bergoreng juga mengandungi banyak lemak. Jika diambil secara berlebihan, jenis makanan ini akan mengganggu sistem imun badan. Ini akan melambatkan lagi proses pemulihan daripada Covid-19. Bukan itu sahaja, tabiat makan makanan bergoreng juga boleh mencetuskan peningkatan paras kolesterol jahat atau juga dipanggil LDL. Ini boleh meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

4. Minuman Manis

via Hello sehat

Orang yang dijangkiti Covid-19 bukan sahaja perlu mengelakkan pengambilan garam dan lemak, tetapi juga gula. Salah satu jenis pengambilan minuman yang perlu dielakkan ialah minuman manis. Dalam satu hidangan minuman manis, terdapat gula tambahan yang boleh menyebabkan keradangan dalam badan. Selain itu, elakkan juga minuman ringan yang boleh memberi kesan yang sama.

5. Makanan Pedas

via blod misteraladin.com

Pesakit Covid-19 perlu elakkan dari mengambil makanan yang terlalu pedas. Ini kerana bahan yang digunakan boleh merengsakan tekak. Ini kemudiannya boleh memburukkan lagi batuk yang merupakan salah satu gejala jangkitan virus Covid-19.

6. Minuman Beralkohol

via KlikDokter

Walaupun tanpa dijangkiti Covid-19, pengambilan minuman beralkohol harus dielakkan atau dihadkan. Walau bagaimanapun, pada pesakit Covid-19, mengambil minuman beralkohol ini dikatakan boleh mencetuskan keradangan dalam badan. Bukan itu sahaja, minuman beralkohol juga boleh menyebabkan ubat-ubatan yang diambil menjadi tidak berkesan. Jika itu berlaku, proses penyembuhan akan mengambil masa yang lebih lama.

Disamping mengelakkan makanan yang kami senaraikan di atas, adalah dinasihatkan untuk mengambil multi vitamin atau vitamin tambahan. Ini dapat membantu mengekalkan dan meningkatkan sistem imuniti badan.

#kitajagakita

Covid19makanan
https://lomp.at/7zy3o
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

by Iffah Najwa
January 14, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa menemui serpihan seperti logam di dalam makanan...

Read moreDetails
via AI Generated
VMY2026

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  3. 3

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  4. 4

    “Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

  5. 5

    Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore