Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Tidak Pernah Patah Semangat, Andi Bernadee Mohon ‘Satu Peluang’

by Phic ARMAN
October 8, 2018
Share on Facebook

Walaupun tersingkir daripada program Big Stage yang lalu, penyanyi remaja Andi Bernadee tidak pernah patah semangat dalam mengukir namanya di arena seni. Bagai memohon peluang diberikan ruang, bintang Big Stage ini tampil dengan single ketiganya “Satu Peluang”.

Sebelum ini Andi Bernadee atau mesra disapa Andi memulakan kerjaya seninya pada tahun 2017 dengan single yang bergenre balada ‘Tiada Lagi Maaf’.

Walaupun single pertamanya itu tidak berjaya memberikan impak yang besar kepada kerjaya seninya, namun Andi berjaya mencuri perhatian peminat seni apabila menjadi tular sekitar penghujung tahun lalu menerusi nyanyian parodi lagu ‘Tak Tun Tuang’.

Andi juga pernah mendapat kepercayaan penyanyi rap terkenal Indonesia, Roy Ricardo untuk merakam semula lagu hits rapper tersebut, ‘Semalam Sahur Dimana’ pada bulan Ramadhan yang lalu.

View this post on Instagram

A post shared by Andi Bernadee (@andibernadee)

Hasil nukilan rapper dan penerbit tersohor

“Satu Peluang” membawakan konsep pop dengan elemen reggaeton ini, merupakan hasil nukilan rapper dan penerbit tersohor, Alif. Ini bukanlah pertama kali Andi mengenengahkan irama muzik rancak, sebelum ini Andi pernah mencuba membawakan irama hip hop menerusi single keduanya ‘Semalam Sahur Di Mana’.

Mengulas tentang irama rancak yang diketengahkan dalam single terbaru Andi ini, Anne Mukhtar, Pengurus Promosi dan Pemasaran Bahagian Dosmestik Warner Music Malaysia berkata,

“Menerusi ‘Semalam Sahur Di Mana’, kami mendapati Andi lebih cenderung dan selesa membawakan irama rancak seperti ini. Peminat pun memberikan reaksi yang positif.”

“Saya berharap pertaruhan kali ini dapat menambat hati semua pendengar. Simboliknya, seperti tajuk lagu ini saya juga berharap diberikan peluang untuk mendapat tempat dalam arena muzik tempatan. Lagu ini bukan sahaja single terbaharu saya malah ianya juga lagu yang menjadi titik tolak kepada hala tuju muzik saya seterusnya,” ulas Andi tentang harapannya untuk “Satu Peluang” ini.

Single “Satu Peluang” terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 5 OKTOBER 2018.

Andi Bernadee Alami Hyperthyroidism-"Saya Tak Boleh Telan Air Liur, Badan Menggigil, Meracau.."
andi bernadeeanne mukhtarRoy Ricardosatu peluangWarner Music Malaysia
https://lomp.at/bfuri
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara