Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

Angeline Tan & Jalil Hamid Antara 18 Pelawak Veteran Dalam Stand Up Comedy Otai

by Khai Azfar
November 28, 2019
Share on Facebook

Seiring dengan seruan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi menggalakkan penglibatan penggiat seni veteran untuk terus kekal relevan dalam industri, pihak Astro menerusi Astro Warna dan Warna HD telah melancarkan sebuah lagi program berkonsepkan komedi terbaharu berjudul ‘Stand Up Comedy Otai’ yang menampilkan seramai 18 orang pelakon dan pelawak veteran yang cukup disegani sejak mula bertapak di dalam industri.

Tampilkan 18 Pelakon Dan Pelawak Veteran Popular 

Bermula 5 Disember ini, peminat boleh bergelak ketawa menonton persembahan komedi stand-up secara solo ini yang ditampilkan mengikut tema berbeza selama 10 episod.

‘Diketuai’ oleh pelakon, penyanyi dan pelawak Joey Daud sebagai hos program ini, dalam edisi pertama rancangan ini 18 selebriti veteran popular tanah air kembali menggamit memori bersama peminat.

Selebriti yang dimaksudkan adalah AR Badul, Salih Yaakob, Fauziah Nawi, Angeline Tan, Azlee Senario, Hamdan Ramli, Saiful Apek, Sheila Mambo,Mr Rama, Dato Sri Shah Rezza, Wan Maimunah, Pak Ya Senario, Jaafar Onn, Shamsul Ghau Ghau, Imuda, Ebby Yus, Jalil Hamid dan Sathiya.

Beri Peluang Kepada Selebriti Veteran 

Bukan sahaja dapat menyaksikan selebriti-selebriti ini kembali menghiburkan peminat malah ianya juga merupakan penyatuan diantas kesemua mereka menerusi satu platform yang sama.

Menurut ketua saluran Astro Warna, Prima dan InTrend, Norzeha Mohd Salleh penerbitan rancangan ini diharap dapat menjaga dan membantu kebajikan golongan artis tanah air khususnya kelompok artis veteran.

“Penerbitan Stand Up Comedy Otai ini merupakan salah satu contoh terbaik kami dalam merealisasikan misi FINAS dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk membantu menjaga kebajikan golongan ini. Di pentas Stand Up Comedy Otai barisan artis ini diberikan platform untuk turut sama berkongsi pengalaman mereka dalam mengharungi kanvas seni yang penuh warna warni”

Malah mereka turut dibayar dengan kadar berpatutan atas kerjasama menjayakan rancangan ini.

stand up comedy otai
https://lomp.at/k9o0s
Share4Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Video -@syedsaddiq (IG/ Threads)
Lokal

“Tu Hantaran Ke Hiasan”- Netizen Makin ‘Excited’, Video Raya Syed Saddiq Jadi ‘Clue’

by Nurul A.
March 24, 2026

Nampaknya perkongsian video Raya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Menerusi beberapa...

Read moreDetails
Insentif

Rumah Subsidi RM20K & Pinjaman Tanpa Faedah 16 Tahun, RMR Jadi Rebutan Rakyat Terengganu

by Ayu Kamaruddin
March 4, 2026

Sebanyak 680 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dibina di Terengganu pada tahun ini menerusi inisiatif Syarikat Perumahan Negara Berhad...

Read moreDetails
Spotlight

Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

by Phic ARMAN
March 22, 2026

Pelakon kacak Nazim Othman sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila memuat naik sebuah video di Instagram miliknya yang nyata mengundang...

Read moreDetails
SuaraNETZ

Tolak Stroller Anak di MITEC Tak Salah, Ini Nasihat Warganet Leraikan Pergaduhan di Threads

by Phic ARMAN
March 16, 2026

Menjelang tibanya Hari Raya Aidilfitri, suasana membeli-belah di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) semakin meriah… dan sesak! Orang...

Read moreDetails
Spotlight

‘Malam Tiga Syukur’, Dalami Pengertian Qana’ah Raya Ini

by Naddy Joe
March 8, 2026

Bayangkan seorang lelaki yang ada segala-segalanya. Rumah besar, kereta mewah, keluarga yang setia. Orang memandangnya dengan penuh rasa kagum, dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara