Monday, August 18, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Aniaya Muat Naik Video Lucah, Facebook Ella Digodam

by Puteri Alia
July 28, 2023
54
KONGSIAN
Share on Facebook

Akaun Facebook (FB) rasmi ratu rock Malaysia, Ella menjadi mangsa apabila digodam dan platform itu digunakan untuk memuat naik gambar serta video tidak senonoh.

Justeru itu, Ella atau pemilik nama penuh, Nor Zila Haji Aminuddin memaklumkan sudah mengambil tindakan undang-undang iaitu dengan membuat laporan polis berhubung isu berkenaan.

“Saya ingin memaklumkan akaun Facebook rasmi saya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab pada 27 Julai sekitar jam 6 petang.

“Pihak pengurusan dalam usaha melapor perkara ini kepada Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan akan menyerahkan makluman kepada Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) untuk tindakan selanjutnya.

“Lebih menyedihkan apabila ruang media sosial itu turut dijadikan tempat untuk menyebarkan gambar dan video tidak senonoh oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, pengurus Ella ketika dihubungi memaklumkan laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Sungai Buloh, Selangor dan SKMM untuk tindakan selanjutnya.

“Pihak kami sudah membuat laporan polis semalam sebaik saja perkara ini berlaku dan selanjutnya diserahkan kepada pihak berwajib untuk menjalankan tugas.

“Saya berharap akaun terbabit boleh dapat semula, jika tidak padamkan terus sekiranya menjadi ruang menyebarkan yang tidak baik.

“Semestinya perkara ini memberikan impak kepada Ella kerana medium media sosial memainkan peranan penting untuk seseorang artis. Jadi saya harap dapat diselesaikan dengan cepat,” katanya.

[VIDEO] Konsert Ulang Tahun Ke-30 Ella USA Meraikan Wira Negara Di Arena Of Stars
ella
https://lomp.at/7zjbh
Share22Tweet14SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!

  2. 2

    Anak Bongsu Rosyam Nor Curi Perhatian Netizen-“Bapak Mentua Ku”

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Rina Petah Nyanyi Lagu Melayu, Netizen Terhibur!-“Sumpah Ni Je Yang Tak Cringe..”

  4. 4

    MyLesen B2 JPJ Fasa 2: Rebut Peluang Ambil Lesen Motor Tanpa Bayar Satu Sen

  5. 5

    Ramai Batal Pesanan Rendang, Ini Respons Khairul Aming- “Saya Taknak Aniaya Masa Orang…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem