Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Aniq Suhair Masih Terkejut Dengan Pemergian Dharma Harun-“Baru Je Aniq Jumpa Syafiq, Tanya Khabar Uncle..”

by Naddy Joe
November 26, 2025
17
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon, Aniq Suhair mengakui masih merasa terkejut dengan berita pemergian pelakon veteran yang popular dengan filem Adik Manja, iaitu Dharma Harun Al Rashid yang meninggal dunia di rumahnya, malam tadi.

Aniq atau nama penuhnya Muhammad Aniq Suhaiq Mohd Salleh menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa dia baru sahaja bertemu anak kepada arwah iaitu Syafiq dan sempat bertanyakan khabarnya sebelum ini.

“Innalillahi wainnailaihi rajiun. Aniq masih terkejut dengan pemergian Uncle. Tak percaya. Baru je Aniq jumpa Syafiq, tanya khabar Uncle.”-kongsi Aniq di Instagram

View this post on Instagram

Dedah Sikap Arwah

Tidak menyangka telemovie yang dilakonkan bersama Allahyarham sebelum ini merupakan lakonan terakhirnya, Aniq turut mendedahkan sikap Allahyarham yang sangat merendah diri dan suka menyakat orang lain ketika di set penggambaran.

“Telemovie Ayah yang Aniq berlakon dengan Uncle, rupa-rupanya jadi lakonan terakhir Uncle. Dari hari pertama shooting, Aniq rasa kecil sangat bila sedar Aniq tengah bekerja dengan seorang legenda.

Tapi Uncle tak pernah sombong. Uncle sangat humble, suka menyakat, dan selalu buat set rasa hidup. Kadang-kadang Uncle serious tapi Uncle selalu buat lawak random, yang semua orang gelak.

Terima kasih Uncle, untuk ilmu dan kenangan. Moga roh Uncle dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang beriman. Al-Fatihah Dharma Harun Al Rashid.”-tulis Aniq lagi

“Doakan Roh Arwah..”

Dalam pada itu, anak lelaki kepada Allahyarham Dharma iaitu Syafiq menerusi hantaran di Insta Stories, turut berkongsi mengenai jenazah arwah bapanya yang dikebumikan di DI Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Fasa 2, Batu Caves, Selangor pada jam sekitar 10.00 hingga 11.00 pagi tadi.

“Minta sedekahkan Al-Fatihah kepada ayah dan halalkan hutang arwah.

Doakan roh arwah, dia seorang bapa yang baik.”-tulis Syafiq di Insta Stories

Sama-sama kita doakan agar roh allahyarham Dharma Harun dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman..Al-Fatihah.

Aniq Suhair Terima 6 Jahitan Selepas Alami Kecederaan Ketika 'Shooting'-"Malang Memang Tak Berbau.."
Aniq Suhairdharma harun
https://lomp.at/sehkb
Share7Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Foto - @wanielena (Threads)
Lokal

Pelanggan ‘Return’ Sampah, Pengasas HijabistaHub Luah Kecewa- “Yang Buat Ni Melayu Islam”

by Nurul A.
April 9, 2026

Pengasas jenama HijabistaHub, Wanie Elena mencuri perhatian ramai selepas meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap sesetengah pelanggannya. Menerusi platform Threads, Wanie...

Read moreDetails
Foto - @hannahyeoh (FB)
Lokal

Kenapa Penampilan Hannah Yeoh Berselendang Di Bulan Ramadan Tuai Kecaman?

by Nurul A.
March 12, 2026

Jujur MURAI katakan, Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh nampak sangat manis dan sopan apabila menggayakan selendang. Berdasarkan beberapa kongsiannya di...

Read moreDetails
Foto - @aisharetno02 (IG)
Lokal

“Enam Tahun Saya Terima Ugutan Bun*h, Body Shaming”- Aisha Retno

by Nurul A.
February 19, 2026

Penyanyi Aisha Retno mencuri perhatian ramai selepas meluahkan perasaan kesal dan terkesannya apabila menerima pelbagai komen negatif susulan persembahannya di...

Read moreDetails
Foto - @austinskyyyy (X)
Hollywood

[VIDEO] Aksi Selena Gomez Cium Kaki Suami Buat Peminat Rasa ‘Kembang Tekak’

by Nurul A.
March 4, 2026

Nama penyanyi Selena Gomez dan penerbit rekod Benny Blanco menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial selepas penyanyi...

Read moreDetails
Foto - @zul_ariffin (IG)
Lokal

Zul Ariffin Berhasrat Tamat Zaman Bujang Sebelum Usia 50-an

by Nurul A.
April 6, 2026

Bakal mencecah usia 40 tahun, nampaknya pelakon kacak Zul Arifin nampaknya tidak akan berhenti daripada 'diburu' netizen mengenai soal perkahwinan....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara